 Blog For Free!
Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..

|
| Tahniah |
| 04.16.06 (5:44 pm) [edit] |
|
Ku panjat rasa syukur yang amat sangat, akhirnya walaupun mendapat kerja sebagai perpustakaan sambilan dipejabat swasta , namun sekurang kurangnya tidaklah terasa kasihan pada dia yang telah 3 tahun menanam anggur berpagola rendang tak berbuah. Sekurang kurangnya dia akan keluar rumah mencari kegembiraan yang telah lama tenggelam bersama derita. Kesabarannya dalam menghadapi tekanan setiap hari kerana menjadi siswazah pengganggur bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Semoga sinar mentari pagi akan beriringan dengannya mengorak melangkah mencari rezeki dibumi Allah . Tahniah Iena.. mama senantiasa mendoakan yang terbaik buatmu. Semoga Allah memperkenankan dan mempermudahkan perjalanan hidupmu setelah diberi dugaan yang kecil untukmu tabah mengharung kejayaan.
|
|
|
| |
| Bertunang |
| 04.16.06 (5:31 pm) [edit] |
|
Alhamdulillah, pagi sabtu 15/4/2006, telah selamat bertunang si adek ngan pemuda pilihannya. Anak ketiga panggilan adek bagi pasangan kakak dan abang ipar ini kerana tidak mempunyai anak dalam jarak yg agak jauh selepas melahirkan adek. Manjanya persis seorang kanak kanak biarpun usianya sebaya usia along embunpagi. Ringkas sahaja majlis itu namun ada sedikit kecacatannya. Kesedihan terpancar jua dihati sang ibu yang membawa hasrat untuk bermenantukan si adek yang lembut. Bukan kerana tidak diterima tapi kerana siayah buat pasangan lelaki tidak menghadirkan diri kerana ada urusan lain. Dari awal lagi siayah nampak tidak bagitu berminat untuk membina masjid buat anak lelakinya. Adakah kerana status yang dipegang itu membuat ia merasa tidak layak duduk bersama dalam bakal keluarga itu. Adakah kerana keturunannya pewaris nabi maka dia tidak boleh merendah diri. Aduh terasa sungguh dihati, tidakkah dia tahu bahawa qada dan qadar Allah itu satu ketentuan walaupun kita mengelak. Apa akan terjadi andainya si anak itu perempuan... bagaimana jodohnya nanti.... Termenung sekejap mengenangkan manusia yang masih angkuh tika dunia menuju ke akhir zaman.
|
|
|
| |
| Serupa jerrr |
| 04.12.06 (5:26 pm) [edit] |
|
Alhamdulillah, pagi ni bangun cam biasa, sebelum subuh, lepas mengeliat kekiri kekanan, halwa telinga disirami dengansuara azan subuh dari masjid Ukay Heights... hehe.. sejak kebelakangan ini terdengar setiap masuk waktu solat azan berkumandang dari arah timur ... Dulu dulu azan selalu didengari dari surau dekat rumah tu, tapi sekarang sejak ustaz tu pergi meninggalkan alam fana ini , sudah tidak ada penggantinya, dan perebutan kuasa pun terjadi. Entahlah manusia ni tak pernah puas dengan apa yang ada depan mata yang boleh mereka pandang, tapi tak boleh mereka fikir. Malas betul nak join , talking talking yang sebagitu.
Saparti biasalah jadi lipas kudung, kesana kemari, entah apa yang disiapkan pun tak tahu, yang tahu cuma seterika 3 helai baju termasuk seluar untuk kepejabat dan darling nak pakai jumpa kawan.
Sejak dia bersara nie, dah jarang seterika seluar kerja dia...sebab dia jarang pakai .. selalunya pakai yang simple jer... tak der lagi kemeja panjang ngan slack hitam kelabu pelbagaiannya.
Kekadang tu timbul rasa kasihan pulak nengok dia tu, bukan apa... darling tu tigngal seorang kat umah... lepas anto sweetheart nye g kerja.. dia pun ronda rondalaa... mana yang dia suka...
Selalunya dia akan g tau apa rancangan yang dia dah nonton, selalunya wanita hari ini... kalau topik menarik dia akan citerlaa... kalau tak menarik... tak ada apa laa...
Kekadang tu terfikir gak nak berhenti kerja ,.... temankan dia , tapi bila terkenangkan adek masih menuntut, tak jadi laaa sebab budget masih tight.. along pun bantu sikit sikit jerr... angah pun gitu jugak... lepas laaa buat duit roti canai dan teh tarik abahnya....
|
|
|
| |
| Percaya pada ketentuan qada dan qadar. |
| 04.11.06 (11:54 pm) [edit] |
|
Percaya tak, kalau dikatakan apa yang terjadi pada kita dihadapan sesaat tidak kita rancang dan impikan. Kerana apa yang berlaku adalah ketentuan maha pencipta. DIA mencipta kita dengan sempurna dan teratur, yang selalu membuat perkara jadi tidak seimbang adalah kerana kita suka melawan takdir.Andainya kita meredhakan apa apa yang terjadi dan menerimanya dengan senang hati tanpa membicarakan sebab dan musababnya pasti kita merasa cukup bahagia.
Tak pernah terfikir difikiran bahwa kehidpan yang sedang dilalui sebenarnya diatur oleh Penciptanya.. kerana, pada tujuan asalnya tidak ada dalam perhitungan untuk kekal disana bila abis waktu service dan menghabiskan waktu usia senja disitu. Dan tak terfikir juga yang adek akan mengambil pendidikan tingginya dekat ngan umah baru. Senang bila balik kampong ... sehaluan , tanpa keluar belanja. Maklumlah.. satu dah bersara wajib, pasti kewangan pun terhad perbelanjaannya.
Sesungguhnya, dengan mempercayaii qada dan qadar, ia menyedarkan kita betapa kerdilnya kita disisi Allah, pencipta sekelian alam yang berkuasa memerintahkan sesuatu yang diingininya berjalan mengikut jadual. Alhamdulillah... dia memberi pertunjuk, dia memberi jalan keluar, dia memberi penerangan dan dia membawa kejayaan dan kegemilangannya hamba hambaNya. Redha laa dengan setiap perkara yang terjadi,kerana ujianNya adalah untuk meningkatkan keimanan kita sebagai hamba yang patuh akan perintah Tuhan. .
|
|
|
| |
| Adakah |
| 04.11.06 (11:30 pm) [edit] |
|
Dalam dok sibuk sibuk meraikan orang kampong yang jadi "Ketua Menteri", dan dalam dok sibuk sibuk nak cantekkan kawasan perkampongan ketua menteri tu, adalah baru baru nie... dilancarkan Minggu kesenian dan warisan... hehe.. bukan main sibuk lagi ngan pertandingan pelbagainya..
Ada pertandingan memasak ikan tawar... apa lagi... masak lomak cili padi laaa.. podeh.. ke podeh...
Ada pertandingan karaoke.... aduhaiiiii... tak ada lagu mawi yaa.... semuanya lagu asli....hikssss..
Ada pertandingan melukis... dan pameran...
Adalaaa pameran dari kraftangan dan istanan budaya..
teater musikal suzana@60.... alamak.... zul yahya dan safura berlakon laaa..... favorite artis tu....
hmmm.... mesti tonton punyalaa... selepas menonton .. puteri gunung ledang the musical.. nak tahu.. ada peminat dari singapura turun ke kl, demi teater tu.. katanya kat singapura tak ada teater berbahasa melayu.. dia kemari semata mata nak menonton teater nie... cerita punya cerita...tak terkata .. bila dia berjiran dengan sepupu diblok dia tinggal... apa lagi.. cerita panjang laaaa...
yang geli hati tu kan.. malam penutup minggu kesenian tu ... adalah artis artis ternama datang untuk menghibur dan bermesra ngan peminat dari kampong nie...tapi tu laaa... kalau kat KL tak g nengok depa nie... tak kan balik kampong terserempak ngan mereka.. nak g jegil biji mata kat padang tu...
hik... banyak hal lain nak buat....
apa pun.. itulaaaaaa sebahagian dari kehidupan...
tunggu ya... nak citer bab lain pulak...bila jari rajin mengetuk kekunci...
|
|
|
| |
| Dah ke tentuan |
| 04.11.06 (11:22 pm) [edit] |
|
Dalam pada dok siuk ngan rumah baru, baru masuk rumah baru selepas ambil kunci dan setelkan segalanya.
Berselisih faham ngan pemaju yang hendakkan tunggakkan sebab katanya lambat bayar duit balancenya. Adakah gitu rupanya...padahal rumah tu dibeli dengan pinjaman kerajaan., Aduh... pemaju nie.. ndak duit jerr...
Oppssssss.... keliling rumah.. jira jiran semuanya sibuk ngan renovation rumah tanpa dapat CF lagi tu.. kit anie yang duit ciput nie kena tahan nafsu.. Alhamdulillah.. takkena compound, sebab tak tambah apa apa pun kat dinding atau depan umah.. ramai jiran yang kena compound antara RM200 - RM 500...
Apa ada ngan kompuan tu berbanding ngan harga renovation.. boleh beli sebiji lagi rumah....alahaiiiiiiiiii manusia.... tak penah puasa ngan apa yang mereka ada.
Buat grill, lampu , tambah itu dan ini.. dah langsai dekat RM10,000... nak simpan duit sebanayak tu makan masa yang panajang gak.. al maklumlah.. makan gaji.. bukan ada businesss... yang masukkk.. ribu ribu...
Apa pun cukup bersyukur kerana DIA mengajar kita erti kemewahan dunia dan cara menanganinya dengan cara bersyukur dan berterimakaseh kepada DIA.
Bila dikenang kembali, tiada rancangan asal untuk menetap disitu bila tiba waktunya, tidak ada ketentuan dan tidak ada penetapan bahawa selepas bersara dari kerjaya akan menetap di tepi bukit yang nyaman itu..
heheh.. kekadang tergelak sakan, bukan kerana geli hati tapi kerana dalam satu rumah ada dua stesen pemancar terpampang discreen henpon..
kalau kat bilik atas... terpampang.... "BEMBAN"... bila duduk di bawah... bersidai .. sambil nonton.. terpampang "RANTAU".. wahhhhhh....grand gak ya....
tak apa laa.. apa apa pun............ bersahaja laaa dalam semua hal...
|
|
|
| |
| Tergelak Besar |
| 04.11.06 (11:12 pm) [edit] |
|
Memang dah lama tak update abangnya.... kris, bukan apa sibuk memanjang, memandangkan keadaan tak mengizinkan,.ada waktunya membosankan, ada waktunay menceeriakan, ada waktu mengelisahkan jiwa memberontak tak tentu pasaal.
Apa pun yang paling seronok sekali waktu jiwa memberontak, segalanya akan terkeluar dari mulut, mujur tak celupar...
aaa.. ginilaaa.. akan di updatekan kembali...
maklumlah... tok gurunya dah bersara wajib... jadi anak murid kena pepandai bawa diri...
hehehe... apa pun terimakaseh buat abg kris...
lamunan terhenti laaa bang... sebab sibuk ngan blog lagi satu tu....
konon...konon... nak berjihad... ;-P
|
|
|
| |
|


Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..
|