Hanya Di sini


Blog For Free!


Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..






4 perkara
02.27.06 (4:42 pm)   [edit]
Hari hari berlalu bagai sebuah perjalanan usang, satu perjalanan dimana kita tidak bisa melihat apa yang kita lakukan sebentar tadi, apa yang kita fikirkan sekejap tadi, apa yang kita buat dalam sekelip mata , tanpa kita memikirkan setiap pergerakkan itu ada yang mengendalinya. Tidakkah kita merasa bersyukur dan amat bersyukur kerana diberi udara untuk menghirup dan membersihkan jantung kita dengan kemasukkan osigen kedalambadandan membuat jantung kita bergerak mengikut rentaknya. Dengan bagitu jasad kita dapat bergerak dengan sempurna . Tidakkah kita merasa bertuah , tinggal dibumi (tanah) yang subur dan mekar... dengan kehijauan pemandangan dan kesuburan tanah yang memberi rezeki pada manusia dan alam. Tidakkah kita merasa lega bila kehausan kita dihakis dengan mengalirnya air kedalam tekak menyejukkan suhu badan yang sedang panas . Tidakkah kita merasa panas dengan bahang api yang walau sekecil manapun ia, kepanasannya boleh membakar segala yang dekat dengannya. Ingatlah.... semua itu adalah anugerah Tuhan yang Maha Esa, Yang maha penyayang, yang maha mengasihani, yang maha mengetahui setiap perjalanan anak Adam dimuka bumi ini. Kembalilah ke asal tujuan kita dilahirkan dimuka bumi ini, kerana tidaklah dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Allah. Salam Maal Hijrah..... Sibuk... kekadang buat kita lupa apa yang patut kita buat.
 
Aduh malunya...
02.05.06 (9:59 pm)   [edit]
Teringat peristiwa kereta ditunda dek tow truck gara gara kipas aircon terputus. Citernya gini, malam sabtu saperti biasalah akan berhijrah dari satu negeri ke negeri lain untuk bersantai dan berehat hujung minggu. Lalu cam biasa jugaklah....mesti singgah kat gerai hujung bandar tepi jirat tu untuk makan sup dan mee goreng mamak yang cukup terkenal. Lepas makan , kami pun naik kereta nak pulang ke rumah baru, entah dimana silapnya, tetiba temperature panas dan aircon yang dipasang rasa macam atas bara api. Terpaksalah berhenti ditepi highway, lalu bila bonet dibuka menyemburlah asapnya keluar.....heheh... aduh... terasa pening sekejap... apa lagi... dah memang jadi ahli persatuan otomobil tu, lalu tiponlaaa minta tolong...bagus dan cekap sungguh khidmat pelanggannya, sekejap jer dah sampai tow truck. Lepas dipereksa lalu si technician tu kata terpaksa kena tow ke bengkel kereta dan dia tanya kat mana nak bawa... Alaaa cam biasalaa kat mana lagi, bengkel keta kita org , lalu dia pun memasanglaaa garpu kat tayar depan tu... hehe... terasa seronok gak bila duduk dalam kereta dan ditunda gitu... satu pengelaman baru...oopssssss...apa pun yang berlaku dan terjadi... semua itu adalah ketentuan Tuhan yang mencipta kejadian alam... Aku bersyukur kerena dipermudahkan perjalanan itu walaupun digodanya dengan sedikit musibah. Terimakaseh Tuhan kerana memberi aku sedikit rasa gundah kemudian di hadiahkan dengan keceriaan supaya aku bersykur akan nikmatNya selalu.
 



moon phases
 


Image hosted by Photobucket.com





Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..