 Blog For Free!
Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..

|
| Kenduri Kawin |
| 08.28.05 (5:16 pm) [edit] |
Semalam g kenduri kawin kat dewan, yalah kan sekarang nie musim kawin buat kat dewan ngan gun khidmat catering, Kalau dulu kat kampong reramai bergotong royong.. nak buat macam mana ya.. trend orang zaman sekarang.. mudah rengkas dan selesa... tak yah penat penat nak cantekkan umah.
Maka ramailah jiran jiran yang datang awal sedang enka menikmati makanan... nasi beriani...pelbagai lauk.. dah ada trend sekarang nie... mesti ada kueh dan teh tarik... tapi tak apa laa..makan dan minum jugaklaaa , sebab org dah hidangkan.
Dan trend sekarang juga, dah tak ada telor rebus lagi, ditukar ngan potpuri ataupun jeli dan mungkin sapu tangan... sebagai cenderahati. alahaiii rasa sedih gak ya... satu tradisi orang melayu dah mula pupus....
Waktu nak balik, kami bersalaman ngan tuan umah yang bertanya tentang masakannya, sekadar menjawab..sedap.. kerana rezeki telah dinikmati...kenapa mesti komen kan!
Balik umah, cuaca redup....apa lagi..dah pekena nasi beraini... mat apun dah ilang besi berani dia.. dah nak terkatup....hmmmm.. terlelap laaa sekejap...
Petangnya, buat cucur bawang dan teh panas....hehehe....konon konon tak moh kemana...memang pun tak kemana.. memerap jer kat umah.....biasalaaaa tu...hari minggu kan...
|
|
|
| |
| Salam Mesra |
| 08.25.05 (2:11 pm) [edit] |
Pagi ini saperti biasa , jalan ikut jalan jauh sebab nak elakkan kesesakan, dan nak beli beehoon lagi sebenarnya. Kat kantin dah tak lalu nak makan masakannya... heheh.. bukan memilih tapi itulah hakikatnya. Tapi hari ini, abang tu mendayung kuali lama sangat, sampai taklarat nak tunggu...maka terpaksalah beli nasi lemak....hmmm.. nak tahu berapa harganya sebungkus nasi lemak yang dibungkus tu...ada telor rebus sebelah, sedikit sayur, sambal dan sesudu kerang...harganya RM3. Tiga ringgit Malaysia.....wahhhhhhhh...............betapa untungnya berniaga nasi lemak... yang hanya bermodalkan gerai kecik tanpa lesen... Tapi apa nak buat ya.. dah teringin sangat nak makan... belilah jugak.. Tapi yang paling tak best sekali...... ada kumpulan perbandaran itu makan nasi lemak cam makan free...semuanya diisi dalam pinggan..sampai tak nampak nasi.... kalau diikutkan.. mahu harganya RM7 ringgit....uwahhhhhhhhh..sekali sarapan pagi RM7.... hampesshhh....tu belum lagi makan tengahari.
yeh....yeh.... hari ini rasa nak makan kat restoran tu laa... restoran yang menyediakan sup sup yang sedap....hmm... tapi semangkok sup harganya mencecah RM7 ke Rm10 ...belum lagi ngan service charge... tapi tak per laaa.......ada org nak sponsor.... bedal ajalaa kan...
bila dikenang balik...elok ker makan belanja orang nie.. mesti ada sebab kan dia nak belanja.....tak perlaaa...sesekali apa salahnya.. memang allowance tu untuk entertainment.... so gunakanlah dengan betul kan....
Hmmmmmm... bau nasi lemak nie menyucuk hidung sungguh.....alahai............musnah diet seminggu.. namun alhamdulillah masih ada rezeki... masih diberi peluang bernafas... so apa lagi....rasailah segalannya....oopsssss... tapi jgn rasa yang makruh menuju ke haram........bahaya tu..untuk kesihatan dan keimanan....
byee...bye.......
|
|
|
| |
| Hari Ini |
| 08.24.05 (5:03 pm) [edit] |
Hari ini bukan saperti semalam, terasa panas dan terang cahaya di laur sana. Semalam seharian hujan turun... segar pokok pokok...bangunan pencakar langit nampak sedikit bersinar yang pada satu ketika ternampak kusam dan suram dengan jerebu.
Pagi ini aku disapa oelh seseorang...seseorang yang pada aku seorang yang baik dari segala seginya, yang menjadi perhatian , yang menjadi idola pujaan ramai...hehe.. namun awas.. dia bukan lah seorang bintang filem atau bintang ternama...tapi dia adalah sebuitir bintang sahabat diantara banyak banyak bintang sahabat yang ku miliki.
Hari ini aku mula belajar sesuatu, sesuatu yang dinamakan ehsan. Ehsan yang dilahirkan dari rasa kesihan dan belas.... rasa kekurangan rasa kejenkelan rasa kengerian, bila aku dipermainkan....Oh!!... ya kah aku dipermainkan.... hmm.... sekejap ya... nak check apa yang silapnya.
Hari ini, sekejap tadi, aku belajar mengenai sesuatu...ia itu keikhlasan ...keikhlasan dalam berkata kata...keikhlasan dalam menyuarakan satu satu pendapat, keikhlasan dalam mencari kebenaran.
Hari ini , sekejap tadi jugak aku belajar mengenai sesuatu, iaitu kejujuran... kejujuran dalam mempertahankan keikhlasan. Demi sebuah persahabatan.... kenapa mesti menyampingkan keikhlasan dan kejujuran dalam menegakkan sesuatu pendapat.
Sekarang baru aku faham, kenapa manusia sanggup jadi hipokrit hanya kerana tidak mahu merosakkan sesuatu hubungan. Aku rasa ngeri ngan pendapat mereka....memang ngeri....kerana pandangan ku berbeda ngan pandangan mereka...aduhaii.....pening pening....
Haruskah aku yang memecahkan tembok yang angkuh itu, atau haruskah aku yang membina tembok pemisah antara kejujuran dan keikhlasan.....
Masa akan menentukannya.
|
|
|
| |
| Mentor vs AF3 vs Malaysian idol |
| 08.15.05 (7:50 pm) [edit] |
Lama tak bercerita, kekadang tu bukan tak mahu bercerita, tapi keadaan tak mengizinkan maklumlah, pelbagai perkara timbul tanpa diminta.
Ada waktunya, masa bagitu terluang, namun idea tak timbul pulak, puaslaaa dok cari idea apa yang nak di loretkan, tak terjembul pulak... tetapi tu bila duduk santai santai.. terkeluar pelbagai idea dan imiginasi.
Sejak dua menjak nie, bila jerebu melanda, pelbagai penyakit datang menghinggap. tak sebenarnay sebelum jerebu lagi dah mula timbul penyakit, penyakit yang dicari.
Pantang turun dari kereta bila balik kampong , masuk jer ke lorong umah , kiri kanan pokok rambutan yang buahnya merah kuning melambai lambai.., buka pintu kereta tanga nterus mencapai ranting dan memulas ranting kecil yang mengandungi beberapa biji buah rambutan. macam tak pernah jumpa., kalau durian jangan citerlaa.. seklai telan mau 3 biji baru puas.
Aaaaaa.... bila dah berkumpul segala pesaka. vitamin buah2an tempatan dan badanpun dah mula tak leh terima....aaaaaaaa...teruslaaa meletup....sana sakit sini sakit...semuanya sakit...lega...kata badan.... boleh berehat.. santai santai.biar panas badan janji leh santai...
Aduh, tekak...nak telan pun tak leh... aduh suara...dah kemana perginya... bila rakan sekerja tanya mana pergi suara...simple jer jawapannya... mawi AF3 pinjam.. tak pun si nabil mentor pinjam.. eh wah eh wah... kan main lagi promo depa tu kan...tapi takper laa...cakap cakaap jerr.. .tak support pun walau sekali sms.... arammmmmm..
Final AF3, badan longlai dalam bilik... esok tanya si bongsu sapa menang AF3, dia kata...alahai mama nie... dah tahu tanya pulak......huwahhhhhhhh...gerammmm nya.. man aada kita nonton.
aaaa.. nie mentor pulak.. sesekali seronok nengok si nabil ngan pija tu.. cute...tapi tu laa... sekaadar nonton mat akat screen tv, tapi fikiran entah kemana....
hehehe... kalau bab malaysian idol pulak.. tak reti laaa sapa nak vote...sebab tak nonton langsung...awal awal jer nonton..seronok nengok gelagat peserta...pastu .. rasa ilang serinya...apa pun.. biorlaa... sapa yang nak menang... rezeki meka tu...
Alhamdulillah , suara pun makin pulih, berat badansusut sikit sebab tak makan ..ilang selera.. adalah nampak pinggang...heheh... tapi tu laa... bila dikenang kembali...bukan kah demam itu sebenarnya datang dari Allah, diberinya kita pertunjuk supaya kita sedar dan insaf dengan diri yang dok kita seksa tanpa sempadan nie....idak gitu teman... sebabnya asyik dok balun jer apa yang teringin.. pastu tak tau bersyukur....sesekali diberi peringatan... baru timbul keinsafan.
Tapi kan.... dalam banyak banyak hal.. bulan ini adalah bulan kemerdekaan..... yang ke 48... hehe.... dah matang rupanya negara bertuah ini... namun matangkah fikrian rakyatnya....rasanya masih kurang matang, kerana memasing ada kalanya macam dah ilang ingatan terutama bila memandu di jalan raya, kesopanan langsung ilang...
Aduhai ...negaraku tercinta....
seronok lagi masa dulu bila kereta tak berlambak on the road... aman rasanya.. dari deruman engin...dan asapnya....
apa pun itulah harga sebuah pembangunan....
hehhe.. glokal gitu.....
ooo....ia ker?????.............
:roll:
|
|
|
| |
| Ahakzzzzz |
| 08.02.05 (4:56 pm) [edit] |
Assalammualaikum wbt,
Salam sayang , salam sejahtera, salam ceria.. buat semua yang singgah disini...
Sudah lama tak menulis....kerana tetiba sibuk ngan benda benda yang membazir....
hahaha... saja nak bagi tau.... singgahlah ker laman baru....
http://siapapunya.blogdrive.com" title="http://siapapunya.blogdrive.com" target="_blank"http://siapapunya.blogdrive.c...
http://sebentarcuma.blogdrive.com" title="http://sebentarcuma.blogdrive.com" target="_blank"http://sebentarcuma.blogdrive...
klik kat link tu tau.....dan layari laaaa......
terseronok plak duduk kat blog tu....
singgah ya...
|
|
|
| |
| Rasa kecintaan - Satu keajaiban |
| 08.02.05 (4:50 pm) [edit] |
Seorang sahabat bertanya, kenapa tidak mahu membalas topic Shikin TJ mengenai Rasa Kecintaaan. Mudah saja jawapan merahsaga, belum diberi idea dan jari belum mahu menaip bait bait perkataan. Katanya lagi, balaslah mengikut pandangan sendiri akan rasa kecintaan itu.. InsyaAllah merahsaga akan membalasnya.
Satu waktu dulu pernah merah saga postkan topic mengenai demam. Demam yang hadir dalam diri yang menyebabkan suhu tubuh melebihi dari biasa. Tambah pulak keadaan cuaca yang tidak menentu (PATUTKAH KITA MENYALAHKAN CUACA), kerana tidak tahu dimana letaknya kelemahan diri kita . Tubuh badan kita yang boleh menyerap segala apa yang boleh dimakan. Saperti riwayat Bukhari dan Muslim bahawa demam itu berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih. Atas nasihat sahabat supaya meminum air banyak dan ubat ubatan dengan izin ALLAH , maka sembuhlah penyakit itu... Teringat peristiwa nabi Ayub as…akan tentang penyakit yang dilaluinya…dengan tabah…maka Allah berikan ganjaran padanya.
Rasa kecintaan ditafsirkan pelbagaiaan. Bagaimana ia lahir dan mengapa ia terjadi. Kecintaan yang lahir itu bermula dari mana?.. Dimana datangnya cinta. ????....Apa yang membuat seseorang itu memiliki rasa kecintaan yang amat sangat walaupun dalam kepayahan. Mengapa dikatakan dengan rasa kecintaan???.
Cinta adalah satu sifat anugerah Allah yang Maha Pengasih , Maha Penyayang. Diberinya rasa cinta kepada hambaNya yang memohon dan meminta agar mendapat sedikit dari limpahan rasa cintanya untuk diberi kepada yang dicintai. Maka Allah kurniakan rasa cinta itu dengan harapan pemberian itu bertempat. Kerana telah ditempatkan rasa cinta yang mendalam pada pencipta dan utusannya. Selebihnya adalah untuk mereka yang mengingininya untuk dicurahkan kepada yang berkenaan supaya mendapat atau tanda penghargaan. Merasai cinta itu amat payah bagi sesetengah mereka kerana cinta itu bagai buih buih dilautan, bagai air yang mengalir di lurah yang kering, lantas air itu diresapi selut yang kering dan ilang sehingga bila tiba satu tempoh air itu akan mengalir keluar dengan sendirinya kerana selut itu telah di lembutkan dan menjadi pembentong dan alur untuk air itu mengalir bagi kegunaan yang memerlukannya.
Nikmat rasa kecintaan itu tidak dapat dihuraikan, bagi mereka yang melaluinya adalah satu nikmat yang tidak tolok bandingnya dengan cinta luar biasa ini.
Kekadang dalam kehidupan , kita merasakan yang kita telah pun berada dilandasan yang benar dan telus, namun hakikatnya masih kabur dan sempit. Kita merasakan yang orang lain tidak saperti kita , lalu kita menyatakan yang segala itu tidak menepati citarasa. Betulkah???... pandangan ikhlas kita, luahan kejujuran kita, atau sekadar saperti yang lain, mengiakan apa yang telah kita hayati.
Seronok dibuai cinta, entah dimana silapnya , cinta terburai ditengah jalan, lalu terjadi apa yang patut terjadi pada pasangan yang bercinta, ya.. mungkin tuduh menuduh ataupun prasangka akan apa saja pasangannya lakukan. Namun hakikatnya, pernahkah kita menilai semula akan segala perlakuan kita, akan kesilapan kita, akan keterlanjuran kita, akan kebiadapan kita, akan ketidak pastian kita. Kenapa kita tidak boleh menerima hakikat bahawa sebenarnya itu adalah ketentuan Ilahi. Setiap segala yang terjadi adalah atas ketentuanNYA.. kun fayakun Nya… kenapa kita mesti accuse yang orang itu tidak setia. Setianya cinta bukan dibuktikan, setianya cinta bila ia sanggup melakukan perkara yang disukainya. Perkara yang disenanginya, bukan yang digeruninya.
Buat sekian pertama kalinya dalam pengabdian diri pada Ilahi, sujud pertama dengan tidak sengaja berjujuran air mata mengalir tanpa henti dan sempat berdoa kepadaNYA, Allahuma…. Ya ALLAH berilah aku rasa kecintaan pada dia yang ku cintai, bagai diibaratkan cinta aisyah r.a kepada Rasullulah saw, berilah aku keampunanMu kerana keterlanjuran aku mencintainya, andainya cintaku ini tidak ikhlas, ambillah kembali, aku redha kerana aku tahu dia telah berusaha untuk mencintaiku jugak. Bagi sujud kedua, dalam linangan air mata, ku pohon diberi hidayah dan petunjuk dan diberi kelapangan buatku untuk bertatih kejalan lurus. Tangis yang tanpa hentinya, hati menjadi lapang selapang lapangnya, kerana dalam kepayahan demam , aku memulakan titik hala tuju. Sesuatu yang belum pernah ku lakukan sepanjang hayatku, menyesali setiap perbuatan di sepanjang kehidupanku. Sujud ketiga , ku mohon agar diberi keceriaan kembali kepada cahaya kesuraman yangku lalui hampir setahun yang lalu . Kembalikan laaa keceriaan itu, aku tidak mampu menanggungnya kerana aku tidak sekuat nabi ayub as. Sujud keempat ku pohon agar Allah mengampuni dosa dosaku yang lalu dan akan datang , dosa dosa kelaurgaku, dosa kedua ibubapaku dan dosa sahabat sahabatku. Dan ku pohon pereratkan tali siratulrahim sesame manusia.
Alhamdulillah… satu kekuatan telah meresap dalam jiwaku, betapa tidak ku perlu bergantung pada insane dalam menagih pertolongan . Sekarang baru ku paham akan kata kata sahabatku… : kenapa kamu sendiri tidak mampu menjadi wali Allah, minta pertolongan terus kepadaNYA.. mengapa mesti mencari para para kerohanian dalam mengubati penyakit, tidakkah penyakit itu datangnya dari Allah. Bersabar dalam memohon pertolongan dan bantuan dariNYA. Hanya yang mampu ku katakan, kita sekadar berdoa, berikhtiar, berusaha dan kemudian bertawakal, salah ker kita meminta pertolongan dari kalangan manusia itu sendiri. Jawapannya tidak salah, dan katanya, para para kerohanian juga meminta pertolongan dari Allah bagi pihak kamu, kenapa mesti mengunakan perantaraan dalam memohon pertolongan dari Allah, tidak bolehkah directly mohon padaNYA.
Terkedu dibuatnya,
Dalam mencari keredhaan Allah, satu keajaiban telah berlaku, (kerana Allah telah mendengar danmemunaikan permintaanku ) dimana telah setahun ku tak pernah kedengaran lagi suara lembut zuriatku, gelak tawanya, senyum manisnya, kelakarnya, gurau sendanya…..bersama ahli keluarga yang lain….yang tetiba memanggilku tiga kali, maha suci Allah yang telah menyahut permintaan ku, aku terlalu bersyukur kepadaMU. Setahun yang lalu, keceriaannya hilang, setahun yang lalu, dia membisu, setahun yang lalu dia membawa diri dalam kemurungan. Setahun yang lalu aku kehilangannya, kehilangan yang samar dalam nyata, Aku jadi kaget mendengar suaranya, dalam kebingungan aku menyambut sapaannya, dalam hati memanjat kesyukuran, mahu saja aku menjerit memberitahu dunia, betapa sujud dengan air mata taubat boleh membuka laluan tulisan di arasy membenarkan satu kejadian dengan izin ALLAH. Betapa sujud telah menemukan dua insane yang terpisah didalam rumah sendiri. Betapa besarnya kuasaNYA, bukan kuasa manusia yang menjadi perantaraan meminta untuk pemulihan. Innalillahiwainnailaihira jiuun…..Darinya ia datang kepadanya ia kembali.
Maka dengan rasa kecintaan yang meresapi dalam jiwa, timbul satu keinsafan bahawa setiap sesuatu terjadi datangnya dari PENCIPTA bukan datangnya dari manusia itu sendiri atau datangnya dari sumber yang tidak diketahui. Setiap orang punya persepsi sendiri mengenai rasa kecintaan.
Allahuma… Ya Allah ku memohon keampuananMU didalam setiap penulisan ku. .
Tersentuh ngan Firman Allah..
Tafsirnya…. “ Katakanlah ( Wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada Rahmat Allah , kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya DIAlah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)..
merahsaga
|
|
|
| |
|


Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..
|