 Blog For Free!
Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..

|
| Kalaulah.... |
| 06.22.05 (3:34 pm) [edit] |
Dah beberapa hari tak menulis, maklumlaaa sibuk... actually banyak perkara yang nak ditulis, namun ada kalanya tak terlintas idea tu.
Adek plak relaksssss jer...bila ditanya semuanya dah siap...yalah , bukan apa ayahnya ada , jadi senanglah dia melentok ajak ayahnya ikut kerenahnya beli barang yang dia idamkan.
Mama memang malas nak layan, sebab kalau layan mama kena ambik cuti...hehehe.. nak simpan cuti... nie pun dah book 2 hari...sebab nak antar adek ke Pekan.. Daftar Isnin... tentu penatkan...
Alhamdulillah... semuanya telah beres...cuma tunggu masa jer nak berangkat....
Tapi yang membuat hati rasa terkilan ialah jemputan kawin seorang kawan lama, nak pergi masa terlalu mengcengkam , tak pergi hari hari dok nengok muka dia kat pejabat....payah tul nak buat decision...apapun hanya Allah saja yang menentukan perjalanan hari itu.
Berbalik citer adek.... adek boleh dikategorikan bertuah kerana walaupun anak bongsu, dan terpaksa kena ikut peraturan jika berkeinginan sesuatu, namun ada kelebihannya bila punya ramai bapa angkat....
Semalam puas dipujuk bapa angkatnya, dapatlaa apa yang dihajati, yang kelakarnya berlawan sms melalui talipon telekom, maklumlaaa ayahnya belik talipon yang boleh restore nombor.... tak leh tipunyaaaaa...........tahu jer siapa buat call dan receive calll... mama memang guna hp sendiri.... biasanya memasing ada hp tu.. tapi bila balik umah.. pasti tipon umah jadi sasaran.....aduhhhh...
|
|
|
| |
| Adek oh adek......... |
| 06.16.05 (10:33 pm) [edit] |
Riuh sungguh petang semalam lepas balik jumpa kawan kawannya...nak tahu keputusan UPU. Mereka reramai berkumpul di Mid valley..konon konon nak celebratelaaa sesiapa yang dapat masuk memana U.. kelakar jugak dengar citer dia.....maklumlaa... kepoci semuanya..... lahaiiiiiiiii....... letih telinga ngan leter dia bila ditanya tentang camera yang dipinjamkan kawan dia masa kenduri kawan abang kawannya kat Rawang.... maklumlaaa camera digital dipinjamkan... aduhhhhhh... bukan senang nak dapat satu satu barang ini.... mesti ada sebab baru dibeli.. kalau idak... tak payah membazir..banyak lagi benda yang boleh dibuat dengan harga barang tu.. dah sakit telinga ngan yang kat umah kena suntil ngan prime minister berleter...maklumlaa pemberian along sempena hari ibu dengan wang gajinya baru kerja beberapa bulan . Adek dapat MP3... amboiiiiiiii..hebat tul pemberian along pada adek kesayangannya tu......
nasib baik dapat balik camera tu kalau idak... mungkin kena talkin kat camera tu.. kerana sebelum nie dah ditalkinkan kamera sebiji...waktu sibuk sibuk ambik gambar last day lepas exam SPM... entah kat mana diletaknya camera automatik tu....maklumlaa duduk asrama, dah bosan tambah plak exam masa cuti sekolah.. makan tak der.. kena survive sendiri...dewan makan sekadar ada makanan jerr...... jenuh laa jugak nak jawab ngan kakaknya.. sebab kamera tu dibeli waktu kakaknya buat praktikal... jadi sahnya hak milik kakaknya laaa..... Mujur kakak boleh terima kenyataan , itu bukan miliknya.. selepas disogok ngan hujah dan pandangan.
Namun dalam riuh rendah tu....along call katanya nak balik nak jumpa adek sebelum adek masuk U, ayah adek kata nak turun JB minta tolong tandatangan borang pinjaman..tak payah along balik KL... (kerana ayah adek kesian kat along, baru kerja nak cuti selalu)... ayah adek kata dia naik keretapi malam sampai JB pagi..suruh along tunggu kat stesen...tanda tangan..pastu ayah balik KL ngan bas.....tapi along bekeras nak balik KL....akhirnya ayah adek mengalah...seronok tul rasa hati.. dapat berkumpul sekeluarga sesekali.... Angah pun kata nak balik tapi tak pasti sebab dia kerja kat kedah..cutinya lain sikit..
Ayah adek tak moh minta kawannya jadi penjamin , katanya cukuplaa anak yang dulu.. sekarang anak sulong dah kerja.. boleh jadi penjamin... betul jugak kata ayah adek...tak kan nak minta tolong orang memanjang...maklumlaa along dah kerja.. leh jadi penjamin adek.. tak kan nak suruh orang menjamin kot.... cukuplaaa yang sudah sudah...
Hmmm......nampaknya.. alonglah jadi main sponsor adek masuk U nie... wahhhhhhhhh......... makan besar laaa adek ya..adek senyum lebar bila dengar along nak balik KL.. imbuhan menanti katanya... bertuah sungguh adek .. kerana menjadi adek bongsu kesayangan along.
mama tak mampu cakap apa pun, cuma mama mampu nasihat adek supaya belajar rajin rajin.. itula harta yang adek boleh simpan sampai mati....kalau wang ringgit ditinggalkan , abis dibelanjakan oleh yang hidup.. namun ilmu dibawa bersama...sebagai bekalan... andainya ilmu akhirat...
Adek riuh bercerita.. tak abis abis.. sampai penat mama suruh berenti.. dia tak moh.. katanya belum lagi abis citer kawan kawannya... tapi dalam banyak banyak citer... mama selitkan nasihat padanya, bila dia citerkan pasal kawannya yang tak dapat masuk memana U... sedih gak dengarnya...ada kawannya dapat kursus yang tak releven ngan keputusan SPM mereka.. namun mama beritahu adek supaya bersyukur yang amat kerana masih ada peluang dan rezeki....Alhamdulillah..
Mama beritahu sebuah citer sedih... bila mama call kawan mama yang lama tak dengar citer selepas dengar kabar anaknya dapat masuk matrik kat Gambang.. maklumlaaa dapat 5A.. mestilaaa ada peluang kan... tapi sebaliknya tak kesana kerana 2 hari sebelum mendaftar ayahnya aksiden... tak ada siapa yang mahu menolong... aduhhhhhh.. ada sedara mara pun malas nak membantu....mama cuma mampu memujuk kawan mama supaya bersabar.. katanya ia kat cc nak cek anaknya dapat masuk U ker idak.. takut laaa nama dah dipotong.. mama tolong cekkan sebab pc slow sangat.. maklumlaa ramai yang dok guna nak nengok keputusan UPU tu...namun alhamdulillah.... masih ada peluang buatnya...dapat masuk UTM skudai....katanya dengan sedih walaupun gembira... anaknya terpaksa mendaftar sendirian...kerana kawan mama masih belum boleh memandu disebabkan kakinya masih sakit selepas eksiden.... Baginilah .. bila tak punya saudara mara yang ramai dan mahu membantu.. Adek renung muka mama...pastu renung muka ayah... dia tunduk dan terdiam...dia jeling kakak... kakak buat tak paham..sambil baca majalah...... aaaaaaaa......lega rasa telinga... sunyi seketika....
tapi tulaaa.. sekejap jer.. dah mula bingit lagi.. bila ayah suruh adek nengok borangnya tu....suruh siapkan apa yang patut....hahahahaaha..........mama tergelak besar bila adek beritahu ayah kena sain borang depan pegawai besar..... ayah menahan gelak...macamlah tak pernah buat.. dah 3 kali ayah buat..... untuk along, angah dan akak...... ayah suruh adek sibukkan ngan sijinya dan benda lain... dari sibukkan borang pinjaman tu...
Ayah tergelak besar bila adek menjawab panggilan talipon... kata ayah... itu mesti ada sebab kenapa adek kata gitu....lepas adek letak gagang talipon ayah tanya adek apa sebabnya adek jawab gitu ...adek kata.. adakah dia tanya macam mana nak buat rayuan....sedangkan adek pun dok harap mama yang tolong isikan e-rayuan online esok..... hehehehe....
Mama selamba jer cakap... mama pilih mana mana kursus yang mama suka laaa untuk adek ...esok bila mama isikan online e-rayuan..... :wink:
Apapun pagi tadi, dah isikan e-rayuan...... sekadar mencuba untuk mendapat tempat di U. Sebenarnya adek telah mendapat tempat dalam kursus Kejuruteraan mekatronik di IKM .....
|
|
|
| |
| Sedih gak... |
| 06.15.05 (8:42 pm) [edit] |
Pagi tadi mesti ramai yang buka internet nak check keputusan UPU untuk masuk U laaa...
Kesian gak kat adek.. dia tak dapat mana mana tempat kat UPU... namun masih bersyukur kerana diberi tempat kat pengajian lain..
Nak buat rayuan atau idak....itu pun satu masaalah jugak..sebabnya ramai sangat yang nak buat rayuan... maklumlaa sekarang nie ..ramai yang pepandai..
Apa pun... bagi aku itu semua ketentuan ALlah.. dia yang lebih mengetahui dari kita sendiri.
Tak lama lagi..sunyilah umah.. dengan gelak ketawa dia.. kerja dapur yang kelentang kelentong bunyi bila dia membasuh .. pakaian dan masak.. membasuh pinggan mangkok...masak nasi... dan goreng telor....heheh...
Tapi tu laaa.... sakitlaaa sikit upahnya... lahaiiiiiiii... pelbagai....yang terpaksa diberi jugak.. kerana itu adalah keperluan bukan untuk hiasan...
|
|
|
| |
| Betulkah? |
| 06.14.05 (8:42 pm) [edit] |
Dalam dok diam tak diam , telah lama jugaklah kawan aku yang sorang nie g merantau, jauh kesana kemari atas apa tujuan aku pun tak tahu...tapi yang aku tahu, dia sempatlah menjengah beberapa negeri...
tapi yang tak sedapnya.. bila dia dah berpermergian, dan dititip plak tingkapnya suh aku buka tiap tiap pagi, tapi sebaliknya lain pulak terjadi.
langsir tu pulak dah bersimpul dengan sisipan tingkap..jadi payah benarlaaa nak perbetulkan kain sisipan tu.
sebenarnya aku cukup boring ngan segelintir manusia yang tidak mahu paham apa yang perlu diketahui dan tidak.,.lantas terjadilaaa pertelingkahan yang tidak dirancang yang menyebabkan timbul satu isu sensitif.
yang mana satu perlu aku singkap.!!!!!!
|
|
|
| |
| Pedoman Buat Wanita |
| 06.13.05 (3:42 pm) [edit] |
Pedoman Buat Wanita Ilmu manusia itu tidaklah mampu meneroka perkara-perkara yang ghaib tersembunyi dalam jiwa manusia itu sendiri. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hakikat diri seorang lelaki dan juga hakikat diri manusia ciptaanNya. berikut adalah pedoman-pedoman buat kaum wanita yang telah bersuami atau bakal bersuami, bagaimanakah menambat hati lelaki untuk kebahagiaan rumahtangga.
21 PEDOMAN BUAT ANDA
Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda. ------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda. ------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Berubah Untuk Menikmati Perubahan Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya. ------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Sanggup Memberi Untuk Menerima Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Percaya Untuk Dipercayai Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya. ------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Menangkan Lelaki Untuk Menang Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang. ------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Kritikan Akan Membuahkan Kritikan Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Hormati Dia Sebagai Lelaki Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Dengarlah Dengan Baik Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Elakkan Pergaduhan Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
Hidup Bukan Hanya Di Dunia Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
------------------------- ------------------------- ------------------------- -----------
|
|
|
| |
| Nyilu Tulang Ikan |
| 06.09.05 (5:49 pm) [edit] |
Haiiiiiii.....Salam sejahtera buat kengkawan yang singgah di sini.
Dalam melalui kehidupan harian, ada waktunya berjalan lancar dan mudah, dan ada waktunya bagai ada rintangan dan halangan. Namun biar apa pun yang melanda, samaada badai atau sepi sepoi bahasa .
Sudah termaktub tugas seorang isteri semestinya di dapur dan khususnya dirumah...dan semestinya jugak laaa terpikul dibahunya walaupun dia adalah seoragn wanita yang bekerjaya dan berjaya...
Hmmm.. semalam dan saperti biasa ke dapur memasak untuk hidangan makan malam... Agaknya kerana terlalu khyal.. sewaktu menyiang ikan cencaru, tercucuk duri dekat perut ikan tu....di tengah ibu jari ...agak dalam juga cucukannya... aduhhhhhhhhhhhhhhh.....terkencing....menahan pedihnya..dansakitnya sungguh nyilu ...ngalahkan terhiris pisau tajam.....terpaksa berhenti sekejap....memicit darah keluar supaya bisanya kurang...
Tetiba tersedar dalam ingatan dan sanubari, bahawa Allah sedang menguji kesabaran dan kekuatan iman diri, bahawa selama ini ada waktunya terlepas pandang dari nikmat yang diberiNYA. Ada waktunya terlalu ghairah dengan kehidupan dunia sementara...ada waktu hampa dengan kekurangan diri, ada waktu terasa macam disampingkan... walhal semuanya cukup sempurna sebagai seorang insan...
Malah rasanya kehidupan ini adalah yang terbaik yang pernah dimiliki... rezeki ALlah...yang tanpa sempadan..dicurahNYA pada hamba hambaNYA. Baru sedikit didugaNYA sudah rasa bagitu besar... belum lagi diduga dengan kejadian yang lebih ngeri atau musibah lain...
Rasa betapa kerdilnya diri disisi Penciptanya....
"Ya ALlah... aku memohon ampun yang teramat dari dosa dosa yang ku lakukan dalam waktu kelalaian ku, dalam waktu di luar keimananku , dalam waktu diluar kealpaan ku....AMPUNkanlah daku wahai Maha Penyayang dan Maha Pengasih... hanya dengan kasihsayangMU kami hidup aman dan bahagia....."
|
|
|
| |
| Helang vs gagak |
| 06.07.05 (5:40 pm) [edit] |
Assalammualaikum,
Dah lama tak menulis, bukan kerana malas atau pun tak ada idea, sebenarnya idea cukup banyak , tapi kerana kesuntukkan masa dan pulak tetiba pc meragam, maka dibatalkan hajatnya.
Suatu petang tatkala tengah bersantai ditepi sungai rumah pangsapuri yang menjalar ke Sungai Klang itu sambil memerhati keindahan alam walaupun sambil itu tengah menyedut udara kotor dari kenderaan yang lalu lalang...di MRR2, secara tak sengaja terpandang seekor burung helang terbang bebas diangkasa sambil matanya memerhati aliran air sungai . Mungkin ketajaman matanya dpat melihat ikan yang sedang berenang didalam air itu...kerana ia berlegar legar dengan senang hatinya.
Dalam waktu yang sama , kelihatan seekor burung gagak terbang seiring dengan burung helang itu...pada kadar rendah bagi burung helang dan kadar tinggi bagi burung gagak ( itu hanyalah pada pandangan embunpagi). Amat menarik sekali pandangan itu, jarang akan diketemui .. malangnya tak ada camera nak capture gambar saperti itu.
Maka dengan secara lisannya, pada suatu pemandangan saperti itu jarang dapat bertemu.. lalu terkenang betapa kita didunia ini berkongsi bersama dengan mahkluk lain...berkongsi segala..... air, api, udara, tanah, dan segalanya laa.... namun kenapa kita bersikap kejam pada sesetengah dari makhluk ini.
Sesungguhnya.....berkasih sayang sesama insan, dan makhluk Allah yang lain mendatangkan sifat menghargai alam semulajadi.
|
|
|
| |
| Hello |
| 06.02.05 (4:21 pm) [edit] |
Sudah lama aku tak mencoretkan segala rasa dihati, maklumlaa sibuk dan tetiba ilang segala idea....
bila diluar sana, idea bukan main banyak lagi... nak tulis citer itulaa nak tulis citer inilaa....
nak tulis pasal bunga laa...pasal cutilaaa...pasal apa apa laaaa...
tapi akhirnya... tak ada ..ide tu ilang bila mengadap pc...sebabnya..terbuat benda lain dulu....
hmm.. agaknya kena tulis kat "word" simpan kemudian ...tranfer kat sini...
apa pun...
seronok jugak sesekali bercuti panjang.....
|
|
|
| |
|


Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..
|