 Blog For Free!
Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..

|
| Aku kah yang resah itu |
| 05.25.05 (3:37 pm) [edit] |
Semalam , aku sempat ber"sms" ngan seorang "anak". Anak ini adalah di antara ramai ramai anak yang singgah dalam hidupku. Seronok gak ber"sms" ngannya , kerana dia punya pandangan yang berbeda dari yang lain.
Bukan sengaja nak memerangkapkan dia, tapi cuma ingin menguji dia akan keresahan jiwannya. Namun , satu yang membanggakan dia telah boleh berdiri tanpa perlu memegang tongkat. Satu kepujian harus diberikan padanya yang mana satu ketika dulu dialah orang yang paling merintih akan kekurangan diri.
Aku cukup bangga dengannya, namun jauh di lubuk hatiku berharap agar dia ditemukan jodoh dengan seseorang yang memahami jiwannya. memahami apa yang dia inginkan dalam kehidupan hariannya.
Hari ini aku yang merasa keresahannya, entah kenapa , jiwaku rasa sepi dan hening..
|
|
|
| |
| Selamat Harilahir Along |
| 05.17.05 (3:29 pm) [edit] |
Assalammualaikum wbt,
Along,
Mama teringat 26 tahun lalu sewaktu mama melahirkan along yang merupakan anak sulong dalam 4 beradek. Mama cukup bersyukur kerana along lahir pada tarikh yang sama mama kenal ngan ayah...hehe.. kenanganlama tu...
Apa pun along, mama cukup berterimakaseh dan bersyukur pada Allah kerana diberikan seorang anak saperti along yang tahu tanggungjawab sebagai abang yang tua.
Anak anak mama yang lain pun tidak ada cacat celanya, semuanya baik baik belaka dimata mama dan ayah.. alaaa... perkara kecik kecik tu biasalah along... sappp..saappp soouuuiiiiii... kata orang china.....
Entah kenapa mama tetiba terkenangkan anak anak mama sewaktu kecil kecil... riang ceria , gelak ketawa, menagis merajuk... semua lengkap....hanya tinggal kenangan.
Mama tahu mama dan ayah bukan laa parent yang baik buat along, namun sekurang kurangnya kami telah berusaha untuk memberi yang terbaik buat along dan adek adek...
InsyaAllah... adek akan mendapat tempat di IPT tak lama lagi... semoga dia juga menurut jejak langkah abang abang dan kakaknya... menjejak kaki ke menara gading.
Hanya yang mama lakukan saat ini, sekadar beroda semoga along dipanjangkan umor dimurahkan rezeki, diberi hidayah dan pertunjuk...dan dipermudahkan perjalanan dan rancangan......InsyaALlah..
|
|
|
| |
| Warkah Buat Bonda |
| 05.11.05 (11:03 pm) [edit] |
ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh.
Menemui bonda yang dikasihi, semoga sentiasa dalam kesejahteraan dan limpah rahmat kasih sayang-Nya. Anakanda doakan mudah-mudahan dirimu terus tegar dan tabah dalam menghadapi keperitan dan ranjau kehidupan yang kian mencabar. Selamat Hari Ibu.
Bonda tersayang.
Sesungguhnya tiada kata yang dapat anakanda lafazkan. Tiada lukisan yang dapat dilakarkan dan tiada tulisan yang dapat dititipkan untuk melahirkan rasa penghargaan buatmu ibu, melainkan rasa kesyukuran setinggi-tingginya kerana dikurniakan ibu seperti mu.
Sedar tidak sedar, kini usiaku menjangkau 20 tahun. Tidak dapat kugambarkan betapa keperitan yang ibu rasakan ketika bertarung nyawa melahirkanku. Ibu berkorban segala jiwa dan raga demi melihat sinar hidup anakmu. Hanya Dia yang layak membalasnya.
Bonda.
Seketika aku terkenang firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya hingga berpisah selama 30 bulan sehingga apabila dia dewasa dan umurnya menjangkaui 40 tahun, dia berdoa: Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku beramal soleh yang Kau redai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang berserah diri."
Firman-Nya lagi: "Mereka itulah orang yang kami terima daripada mereka amalan kebaikan yang mereka kerjakan dan Kami ampunkan kesalahan mereka bersama penghuni syurga sebagai janji benar yang telah dijanjikan kepada mereka." (Surah al-Ahqaf, ayat 15 hingga 16)
Aku terharu. Tanpa disedari, air bergenang di kelopak mataku. Betapa tingginya kedudukanmu di sisi Tuhan. Betapa mulianya tugasmu ibu hingga disebutkan dalam al-Quran. Betapa Dia menjanjikan keampunan dan syurga buat mereka yang mentaati ibu bapa.
|
|
|
| |
| Hari Ibu |
| 05.11.05 (6:16 pm) [edit] |
Hari Ahad baru ni, adalah hari Ibu yang kebetulan juga hari cuti hunjung minggu.
Seronok rasa di hati, bila anak anak memberi sedikit hadiah sebagai tanda kasih dan sayangnya.
Terasa betapa sejuknya perut mengandungkan mereka selama 9 bulan 10 hari andainya perkiraan itu tepat.
Apa pun pemberian anak anak, itu tandanya mereka mengasihi ibunya
|
|
|
| |
| Maafkanlah |
| 05.04.05 (11:40 pm) [edit] |
Maafkanlah kewanitaanku
Aku tersungkur di atas katil di kamar itu. Dan ketika aku angkat wajahku, selepas beberapa ketika mata kami bertemu, aku jadi kaku, dengan tangan melakar ke tangan kiriku di rentapnya dengan perlahan dan di tariknya ke dadanya. Lantas dengan spontan tubuhku didakap olehnya mesra.
Aku terkarisma dan terhenti nafas ku sekejap. Aku meronta sekuat hati namun aku tewas jua. Di dada suamiku hatiku berbisik “Maafkanlah kewanitaanku”.
|
|
|
| |
|


Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..
|