Hanya Di sini


Blog For Free!


Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..






Hati-hati melawat org meninggal
04.14.05 (4:14 pm)   [edit]
Org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah. Aku dapat dari e-mail member aku, saper yg dah tau bacer jela untuk mengingatkan, yg belum tau tuh amik iktibar yer?

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya,tidak tidur,tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu.Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha.

Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi,terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal. Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak banyak.Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih.

Saya dan suami mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya
bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.
Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.

 
Suami isteri perlu tahu hak harta sepencarian
04.11.05 (9:22 pm)   [edit]

Oleh Masrina Mohd Yunos


SETIAP pasangan suami atau isteri perlu mengetahui hak terhadap harta pencarian yang diperoleh ketika perkahwinan. Perkara itu penting bagi mengelak masalah berlarutan mengenai hak berkenaan selepas berlaku perceraian atau kematian salah seorang daripada mereka.

Dalam banyak kes, kebiasaannya pasangan bercerai menumpukan usaha merebut hak penjagaan anak. Mereka kadangkala terlupa satu lagi aspek penting dalam perkongsian hidup iaitu hak harta sepencarian suami dan isteri.

Menyedari keadaan itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dengan kerjasama Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) mengadakan seminar Mahkamah Syariah dan Isu-isu Semasa-Harta Suami: Harta Isteri Siri II pada Sabtu lalu.

Lima kertas kerja merangkumi peruntukan undang-undang; prosedur di Pejabat Pusaka Kecil; birokrasi dan penyelesaian serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibentangkan.

Pembentang kertas kerja ialah Prof Madya Dr Suwaid Tapah dari Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam UM; Presiden PGSM, Muhamad Burok; Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahaya; Pengarah Pembahagian Pusaka Kecil Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah, Abdullah Mohamad dan Pengurus Besar Kanan Undang-Undang KWSP, Ibrahim Taib.

Dr Suwaid berkata, kebelakangan ini pelbagai tuntutan harta dibangkitkan oleh isteri atau bekas isteri termasuk isu berkaitan mengurus rumah, anak dan simpanan suami.

Katanya, begitu juga bagi pasangan yang salah seorang meninggal dunia, di mana si isteri atau suami meminta hak harta sepencarian dibahagikan terlebih dulu sebelum menentukan harta pusaka sebenar si mati.

Perkara ini, katanya, amat rumit dan memerlukan tuntutan kepada sumber hukum syarak yang mengiktiraf hasil penat lelah pasangan itu sebagai harta sepencarian.

Dalam hal ini, pertikaian harta suami isteri menurut Imam Al-Syafie menerusi kitabnya Al Um boleh diselesaikan menerusi kaedah pembuktian. Tetapi, jika tidak dapat dibuktikan maka sumpah digunakan dan harta itu dibahagi dua dan sama banyak.

Dr Suwaid dalam kertas kerjanya bertajuk Harta Suami: Harta Isteri - Perspektif Menurut Undang-Undang Syariah juga menyebut syarak harta sebenar adalah harta bersih selepas ditolak hutang atau wasiat.

Katanya, pembahagian harta juga boleh dibuat secara adat di mana amalan adat seperti itu pernah dikanun di sesetengah negeri dan dikuatkuasakan.

“Contohnya Undang-Undang Mahkamah Syariah Sarawak 1985 yang memperuntukkan kadar pembahagian mengikut sumbangan tenaga atau harta atau wang dan satu pertiga lagi jika isteri bekerja.

“Tetapi jika isteri menjadi suri rumah sepenuh masa, maka dia berhak mendapat satu pertiga daripada harta sepencarian yang dipertikaikan,” katanya.

Dr Suwaid berkata, pembahagian harta sepencarian mengikut adat seperti itu diiktiraf dalam Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian 1955) Beliau kemudian memetik kes Ramah dan Latun (zaman penjajahan British) diselesaikan secara sulh (perdamaian) di mahkamah kadi.

Bagaimanapun, sekitar tahun 1990-an timbul isu sama ada sumbangan tidak langsung boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Berikutan keadaan itu kerajaan Selangor, Negeri Sembilan dan Perak membuat tafsiran dengan mengiktiraf harta tidak langsung itu sebagai harta sepencarian.

Bagaimanapun, katanya, dalam beberapa kes yang dibawa ke mahkamah, si isteri yang menuntut hanya diberikan hak satu pertiga atau satu perempat atas ihsan mahkamah.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan suami isteri supaya memanfaatkan harta sepencarian mengikut hukum syariah kerana pemilikan harta individu memang diiktiraf di sisi syarak.

Ibrahim dalam kertas kerjanya bertajuk Harta Suami: Harta Isteri-Caruman KWSP dan Peruntukan Undang-Undang Berkaitan menjelaskan mengenai status KWSP yang tidak boleh dituntut sebagai harta sepencarian, sebaliknya diserahkan kepada pentadbir harta (wasi) untuk tujuan pembahagian.

Katanya, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan wang KWSP yang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.

Bagaimanapun, katanya, masalah yang timbul adalah wasi tidak membahagikan simpanan mengikut hukum faraid di mana jika perkara itu berlaku, KWSP tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap wasi terbabit.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam masing-masing membuat peruntukan undang-undang yang sesuai bagi menangani kes itu. Setakat ini, hanya Terengganu mempunyai peruntukan undang-undang berkaitan.

Ibrahim menekankan penting ahli KWSP membuat penamaan ketika hayat bagi memudahkan wang simpanan dibahagikan kepada waris berhak.

Katanya, bagi ahli yang meninggal dunia dan tidak membuat sebarang penamaan yang simpanannya tidak melebihi RM20,000, KWSP akan membuat pembayaran kepada waris dalam tempoh dua bulan selepas kematian.

“Bagi simpanan melebihi RM20,000, penuntut perlu mengemukakan surat probet, surat kuasa pentadbiran dan perintah pembahagian kepada lembaga KWSP sebelum sesuatu bayaran dibuat,” katanya.

KWSP terikat kepada Seksyen 51 Akta KWSP, yang memperuntukkan caruman dan deposit dalam dana KWSP tidak boleh diserah hak, dipindahkan atau ditahan untuk apa-apa maksud sekali pun.
 
Suami tak ubah macam diktator
04.11.05 (9:16 pm)   [edit]

Putri,
Biarlah saya perkenalkan diri sebagai Tun sahaja. Saya telah pun berumah tangga dan mempunyai sepasang cahaya mata yang masing-masing berusia dua dan empat tahun.

Saya dan suami berkenalan tidak lama. Pada waktu itu pun, kami sudah sama-sama terlajak. Maksud saya, umur kami telah menjangkau 30 tahun. Selepas sebulan perkenalan, suami telah menghantar rombongan meminang.

Walaupun saya telah mengambil keputusan untuk membuka pekung di dada di ruangan ini, tidak bermakna saya tidak lagi menyayangi suami. Dia seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab. Makan pakai kami anak-anak memang tidak terabai sama sekali.

Dan kerana mengenangkan kebaikannya itulah, saya telah menyerahkan seluruh jiwa dan raga ini untuknya. Memang saya begitu menyanjungi suami saya, bagaikan seorang raja yang bertakhta di hati.

Dalam pada baiknya itu, saya tetap menjeruk rasa disebabkan oleh sikapnya yang terlalu suka mengawal kehidupan saya. Saya akui, salah saya sendiri kerana terlalu menurut segala kata-katanya selama ini walaupun kadangkala, keputusan yang dibuatnya berat sebelah dan sama sekali tidak menggembirakan saya.

Walaupun tidaklah serba tahu di dalam hukum agama, saya akan cuba merasionalkannya dengan menyedari hakikat diri saya sebagai seorang isteri. Siapalah saya untuk mendabik dada? Justeru, saya lakukan mengikut kemahuannya.

Sepanjang tempoh lima tahun bersama suami, sudah banyak kali saya bersabar dengan perangainya sampaikan ada ketikanya saya mahu menjerit sahaja di depan mukanya. Tolonglah abang, jangan buat saya macam ni!

Pada saya, suami juga jenis yang kuat cemburu walaupun dia menafikannya apabila saya mengajukan pandangan itu kepadanya. Saya tidak bebas untuk bergerak ke mana-mana walaupun hendak ke kedai berhampiran rumah. Mesti minta keizinan daripadanya terlebih dahulu. Diulangi, wajib! Pada hal, saya pernah meminta izin daripadanya secara umum, kalau setakat hendak pergi ke kedai membeli barang keperluan, izinkanlah sahaja.

Saya selalu katakan kepadanya juga, tidak ada orang yang hendak menggoda dan tergoda dengan saya yang sudah tua macam ini. Suami menyangkal kata-kata saya. Katanya, bukan soal itu tetapi soal mendapat keizinan seorang suami. Hah! letih saya dibuatnya. Bila sudah jadi begitu, mulalah kami bertaki, setakat ini masih boleh dikawal. Bertaki kecil. Saya yang banyak mengalah.

Bagi saya, suami datang daripada spesies yang tipikal seorang lelaki melayu yang mana darjah egonya ada tinggi sedikit. Dia selalu hendak menang dan tidak akan mengeluarkan kata-kata maaf walaupun itu memang salahnya. Saya sudah masak dengan perangainya itu.

``Yalah, yalah, saya yang bersalah, saya minta maaf,'' dialog itu bagaikan sudah lali dan menjadi sebahagian hidup saya setelah bergelar isteri. Kadang-kadang Putri, terasa bagaikan saya ini pula yang berperanan sebagai suami. `Isteri' saya tu kuat sangat merajuknya. Bayangkan, ada musim-musim tertentu di mana hari-hari saya terpaksa berdepan dengan kerenahnya ini. Kalau tidak tahan sangat, saya akan menangis sahaja untuk melepaskan tekanan.

Seperkara lagi, suami suka sangat campur tangan dalam hal saya berpakaian dan mengenakan solekan bila keluar rumah. Ada sahaja yang tidak kena di matanya. Mulalah dia akan sinis-sinis saya kalau saya tersilap memakai baju yang singkat sedikit menampakkan bahagian punggung atau tudung kepala yang agak terang warnanya. Dia akan ungkit, kata saya cuba menarik perhatian orang lain, dari pagi sampailah ke malam.

Kalau dia teringat balik selepas beberapa bulan kemudian pun, dia akan ungkit juga. Saya pun tak faham. Suami saya pun bukannya jenis yang pakai kopiah dan saya pula bukanlah berpakaian menjolok mata seperti seorang anak dara. Mekap yang dikatakan mekap oleh suami saya cumalah secalit gloss yang antara nampak dengan tidak di bibir.

Entahlah Putri, saya tidak tahu mengapa saya perlu meluahkan semua ini. Saya boleh jadi gila dengannya tetapi dalam masa yang sama, saya tidak boleh hidup tanpanya. Tolonglah saya Putri. Mungkin, Putri ada apa-apa cadangan yang boleh menenangkan sedikit hati saya ini.

Haruskah saya terus bertahan dengan perangainya itu. Kalau boleh saya mahu pergi jauh dari hidupnya supaya dia tahu menghargai bila saya tiada. Terima kasih kerana sudi mendengar. Sekurang-kurangnya, reda sedikit rasanya beban di hati ini. - TUN

~~~~~~~~jawapannya ~~~~~~

[i]Tun,

Sama-sama puan. Kadangkala, rasa tak seronok juga kan, bila kita terpaksa menyerah diri semata-mata untuk menggembirakan hati orang lain. Tapi, bukan orang lain pun. Suami kita juga.

Putri sedar, puan tidak gemar untuk meletakkan hubungan dengan suami dalam keadaan dilambung ombak. sebab itu, puan banyak mengalah sekalipun puan tidak bersalah. Tetapi puan, itulah yang puan perlu lakukan untuk menjamin sebuah perhubungan yang baik atau lebih baik.

Bayangkan sekiranya puan bertemu jodoh dengan seseorang yang mempunyai begitu banyak persamaan dengan puan, minat, personaliti, apa yang disukai atau tidak disukai pun sama? Seronok tak kalau macam tu? Tidak semestinya?

Tahu kenapa? Sebabnya, dalam pengembaraan kita yang dinamakan kehidupan ini, salah satu tujuannya adalah untuk membesar, belajar dan terus menjadi dewasa. Kita tidak akan belajar apa-apa pun jika kita selalu sahaja bersetuju dengan orang lain apatah lagi teman hidup kita sendiri.

Konflik yang puan hadapi itulah yang mengajar puan. Jangan ambilnya sebagai sesuatu yang boleh meretakkan hubungan, jauh sekali untuk berpisah apatah lagi dengan adanya anak-anak yang masih kecil dan memerlukan perhatian kedua-dua ibu bapanya.

Banyak orang seperti puan, baik lelaki mahu pun perempuan yang terjerumus dalam pertelingkahan rumah tangga menganggap, perhubungan mereka tidak lagi berjaya. Retak hanya menunggu belah. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan Putri ini tetapi jauh di sudut hati, Putri percaya, satu-satu perhubungan itu tidakkan mampu terus berjalan tanpa adanya sikit-sikit masalah.

Suami puan mungkin merasakan bahawa dia yang sepatutnya membuat semua keputusan tanpa menanyakan puan terlebih dahulu. Tetapi, puanlah yang seharusnya mengajar beliau untuk mengubah sikapnya itu.

Sekiranya puan terus bertegas dengannya tentang apa yang puan percaya dan mahukan, memang akan ada konflik. Namun, dalam masa yang sama, masih terselit kematangan, kompromi dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Bukan begitu, puan?

Suami puan hanya akan belajar menjadi seorang yang lebih memahami apabila dia mendapat mesej daripada reaksi negatif puan terhadap perlakuannya yang tidak ubah seperti diktator itu. Sekian ramainya yang Putri dengar wanita bersuara, `Telah banyak yang aku lakukan untuknya tetapi dia tetap pergi meninggalkan aku.''

Putri tidak salahkan lelaki 100 peratus kerana mereka lama-kelamaan akan hilang dari pandangan apabila kita menyerahkan semuanya dan berputus asa dengan diri sendiri. Bila kita menyerah begitu sahaja, bermakna, kita sengaja memberhentikan atau menidakkan kewujudan diri. Siapa yang mahu hidup dengan orang mati?

Putri tidak berniat hendak mengajar puan menderhaka kepada suami tetapi lain kali, kalau puan merasakan seperti hidup dengan diktator dan bukannya suami, nyatakan dengan jelas perasaan itu dan berpegang kukuh padanya.

Untuk tidak menampakkan puan sebagai seorang isteri yang `jahat', puan boleh gunakan pernyataan `saya' dan bukannya `kamu' (abang). Pernyataan `saya' mengambil tanggungjawab terhadap perasaan puan sedangkan pernyataan `abang', kelihatan lebih menyerang suami.

Sebagai contoh, ``Saya tidak setuju dengan cara abang, kita kena bincangkannya dan cari jalan penyelesaian'' berbanding ``Abang yang bersalah, abang telah melakukan satu kesilapan besar.''

Suami mungkin akan mengatakan puan mengarut kerana berfikiran begitu tetapi tugas puan ialah untuk mempertahankan kata-kata puan itu. Ia mungkin mengarut kepadanya tetapi hakikatnya, itulah yang puan rasa. Kemungkinan lain, suami akan berasa marah dan seperti biasa merajuk dengan puan selama beberapa hari tetapi insya-Allah, dia akan pulih semula.

Putri doakan semoga dengan percubaan puan ini, suami akan lebih menghormati puan selayaknya dalam jangka panjang, berkat kesabaran puan juga.[/i]
 
Serindit
04.04.05 (5:37 pm)   [edit]
Burung Serindit mati tersepit....

Hmmm.....

Kekadang bila berbual dan bercerita rasanya lebih tenang jika dapat berbual dengan binatang peliharaan saperti kucing, arnab, burung , hamster dan lain lain..

Aku punya beberapa ekor kucing yang dipungut dari longkang... Dua ekor.. masih bayo tatkala terjatuh didalam longkang ditepi pangsapuri . Kasihan sungguh , hujan lebat baru berhenti dan aku sekeluarga baru pulang dari kampong. Anak bongsuku ternampak anak anak kucing kesejukan .. lalau aku mengambil dan membawa balik.
Aku lapkan sampai kering bulu mereka. lalu ku buat sus dan berikan minuman. mereka menjilat sudu yang berisi susu dengan rakus...
Kasihan sungguh.... maka bermulalah kehidupan anak anak kucing itu dirumahku. anak bongsuku namakan mereka dengan nama bon-bon dan baby. Maka membesarlah kedua anak kucing itu sehingga dewasa. Malangnya..kerana kecantekan bulu dan kemanjaan mereka.... maka mereka pun berubahlaa rumah... Menangislaaa anak bongsu ku beberapa hari....

kemudian kawan suamiku berikan seekor anak kucing parsi. Aku tak mahu membelanya bukan kerana apa , hanya satu sebab.. bila samapi waktu dia akan hilang tanpa dikesan.... orang ramai keluar masuk ke pangsapuri, mereka berkenan dengan kucing lantas di ambil dibawa pulang...Namun untuk mengambil hatinya, aku membela jugak anak kucing itu dan pastinya bila dia dewasa, hilang dari pandangan.

Suatu hari, suami ku bawa balik seekor burung serindit,...aku mulanya bising keran belum pernah pelihara burung, namun kerana burung itu cantek, maka aku pelihara jugak....
Lama aku pelihara burung itu, aku selalu berbual dengannya, dan yang paling aku gemar dengan burung ini ialah bila aku berzikir, dia jugak akan berzikir dengan membuka mulutnya mengikut rentak mulutku. Namun bagitu laaa kehidupan... nyawanya tidak lama, dia mati tatkala hujan lebat..suamiku terlupa nak angkat sarangnya... dibiarnya diluar... basah kuyup burung itu kesejokkan....maka ilanglaaa aku seekor burung serindit.

Sekarang ni , aku tak minat nak pelihara binatang jinak lagi... aku tanam pokok bunga pulak ..pelbagai..
seronok gak nengok pokok itu membesar...cuma yang tak dapat dilakukan ialah menunjukkan kemanjaan saperi binatang peliharaan lain.

Apapun, aku cukup bersyukur dikurniakan sebuah kehidupan yang sederhana dan memuaskan...
Ada temapt berteduh, tempat berlunjur , tempat beradu....heheh






 



moon phases
 


Image hosted by Photobucket.com





Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..