 Blog For Free!
Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..

|
| Pohon Rendang |
| 03.28.05 (11:54 pm) [edit] |
Hari ini harijadi seorang sahabat yang rapat... genap usianya 45 tahun....
Sahabat Kau datang bagai mimpi disiang hari Kita bersama menyusuri hari hari mendatang Bersama suka duka benci tertawa menangis Lantas tanpa disedari timbul bibit cinta Cinta pada sesama insan Cinta kerana kasih pada sebuah perbicaraan Cintak kerana sayang pada sebuah pengorbanan
Lantas Kau menjadi pohon yang rendang dengan dedaun yang hijau segar melambai membuai melindungi bebayang Bila terik mentari menyelinap masuk Supaya aku tidak kundang dimamah cahaya perit
|
|
|
| |
| Lalai........ |
| 03.28.05 (4:15 pm) [edit] |
Aduhai badan, aduhai nyawa...kenapa masih lalai....
Gempa bumi berlaku lagi..8.2 skal ritcher.....selepas tengahmalam....29/3/2005.....selepas 83 hari ...
|
|
|
| |
| Ahakzzzzz... |
| 03.24.05 (10:47 pm) [edit] |
Hehehe....sekadar nak kutip point...
chiss....tak malu....dapatlaaa 5 point...menulis nie....
ada citer tapi tak sempat nak ngomel....
:x
|
|
|
| |
| Merah itu apa yah!.... |
| 03.22.05 (5:17 pm) [edit] |
Yang merah itu saga yang biru itu kendi yang indah itu bahasa yang mulia itu budi.
|
|
|
| |
| Lapang dan Luas..... |
| 03.21.05 (8:29 pm) [edit] |
Sememangnya sebagai seorang Islam yang harus berada didalam lindungan dan perintah maha pencipta , kita sebagai umat harus menginsafi diri dan melapangkan jiwa dan raga... menerima kehidupan ini dengan hati yang lara dan pasrah.
Usah ada segelumit pun rasa riak, dengki, geram dan sebagainya.. malah digalakkan kita berkasihsayang sesama insan.
Namun, lumrah alam... memang payah untuk melapangkan dada menerima musibah dan dugaan dengan hati yang patuh dan tunduk dengan kejadian itu,
Berlapanglah didalam segala urusan, InsyaAllah diluaskan rezeki kita dan kelapangan dalam mengerjakan segala pekerjaan dengan mudah dan senang tanpa ada rintangan.
Memang payah... namun andainya diusahakan sedikit demi sedikit kita boleh menerima qada dan qadar dengan senang hati... :D
|
|
|
| |
| Makan Free.... |
| 03.21.05 (4:28 pm) [edit] |
Memang dah lama nak citer tentang satu perkara nie... tapi asyik dok terlupa aja... Tapi semalam masa kat umah waktu santai..tetiba teringat akan perkara yang telah berlaku kira kira 3 minggu yang lalu..... perasaan terus membuak buak nak buka citer pasalnya... so pagi nie.. bila mula mengadap pc, lantas dan terus jer menaip apa yang ingin di curahkan yang terbuku didalam benak hati ini...
Dua tiga minggu yang sudah.... sebelum citer sosej tak halal keluar... kami sekeluarga keluar g beli pizza kegemaran ..peperozi... hmmm... sambil menanti oder take away siap... kami duduk ditempat yang disediakan sambil memerhati gelagat mereka yang datang makan... ada juga ketemu dua tiga org member ....hehe.. sekadar senyum jer laaaa.
Dalam dok nunggu , terdengar suara kekecohan di counter bayaran... tapi tak pasti butir bualannya.
Rupa rupanya.. ada makhluk yang singgah makan kat situ , telah lesap dari pandangan, lari keluar tak bayar makanan yuang dipesan dan kemudian di makan....terkedu mendengarnya...
Terfikir gak, ada jugak manusia yang bagini perangainya, tak pasti plak agamanya dan bangsanya.
Jadi darah daging tau.....aduhaiiiiiiiiiiii......
|
|
|
| |
| Itu Hak NYA |
| 03.20.05 (6:56 pm) [edit] |
Aku cukup gembira bila mendapat kunci rumah baru.. rumahnya besar dan selesa dengan 4 bilik tidur , 3 bilik air.. dapur yang luas, ada balkoni dan laman...Innalillah....kerana aku terpanggil untuk memberi penjelasan nanti di SANA bila tiba waktunya andainya aku tidak berpegang pada amanahNya..
Alhmadulillah... nikmat Allah kurniakan padaku, tanpa ku duga.. tanpa ku pinta.. tetiba aku miliki sebuah rumah yang cukup selesa didunia ini.
Selama ini aku hanya tinggal dirumah pangsapuri 2 bilik yang tak ubah bagai sarang merpati , pangsapuri yang sebesar itulah keluargaku tinggal.. dari anak anak masih belum kering hingusnya sehingga besar panjang.. berpelajaran tinggi... selamat semuanya. masyaALlah.. sungguh aku tidak berniat memperkecilkan rezeki pemberian Allah tika itu.. Aku amat bersyukur...
Bila anak anak mula bekerja dan keluar rumah membawa haluan memasing , belajar mengerti erti kehidupan berdikari sesekali balik kerumah merpati ini, aku merasa kasihan melihat keadaan mereka yang berasak tidur dan tak punya privacy. SubhanaAllah.. itulaaa percaturan hidup manusia dimuka bumi ini...
Lantas , kami suami isteri pun mula mencari sebuah kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan, almaklumlaa... budgetnya... amat ketat dan sendat. Namun aku cukup bersyukur dengan pemberian Ilahi padaku, buat seketika didunia ini untuk aku diami sebelum kekal dirumah yang satu..rumah yang membawa pada pembalasan baik buruknya perangai ku didunia ini. Allahhu Akbar.. . sungguh rezeki memang tidak diduga.. diberinya pada hamba hambanya.. tanpa mengira kedudukan...
Aku termenung panjang.. selepas membersih rumah.. dan membawa masuk sedikit perabut.... aduhhhh.. budgetnya sudah lari... ku siapkan grill , railing langsir, lampu, perabut..sudah makan hampir sepuloh ribu.... waduhhhhhhhhhh.........semput dih......
Ku bayangkan andainya sepuloh ribu itu dimiliki oleh mangsa mangsa tsunami..tentu pelbagai ragam dan perkara boleh dilangsaikan... dan membawa kembali keceriaan dan smeangat yang ilang sewaktu dilanda bencana.
Kerana rumah yang luas dan punya tingkap yang melebihi pangsapuri yang ku nginapi, aku jadi kaget..... masih ada tingkap yang polos angin dan udara.....tak cukup kain kata orang dulu dulu...istilah lama
Hmmmm.........ku cuma mampu memasang langsir langsir lama ku... ku kutip dan bersihkan.. supaya rumah baruku dapat berlindung dari panas terik masuk kedalam...... tapi masih tak cukup....
Bila dikenang , aku menjadi takut ...dan terasa bagai diuji kesabaran ku akan nafsu memiliki, nafsu berkeinginan punya perabut yang xklusif, nafsu dari berkeinginan punya langsir yang beropol ropol dan berambu ramba...nafsu dari keinginan punya lampu lampu chindler... lampu lampu yang menarik dari plebagai corak....punya landscaping yang cantek dan redup mata memandang...
Ya ALlah!!.. ku terima ujian mu ini dengan hati yang lapang dan terbuka.. daku berharap tidak cepat gelap mata dan riak dengan harta yang ku miliki.....
Ampuni laaa daku .. Ya Allah...hanya padaMU aku bermohon..hanya padaMU aku berlindung
Daku berpegang pada terjemahan ayat al quran..
" TO GOD BELONGS ALL THAT IS IN THE HEAVENS AND ALL THAT IS ON THE EARTH. WHETHER YOU SHOW WHAT IS IN YOUR OWN SELVES OR CONCEAL IT, GOD WILL CALL YOU TO ACCOUNT FOR IT. THEN HE FORGIVES WHOW HE WILLS AND PUNISHES WHOM HE WILLS, FOR GOD IS ABLE TO DO ALL THINGS " (QURAN 2:284)
|
|
|
| |
| Pasrah.. bagitulah perjalanannya... |
| 03.16.05 (6:24 pm) [edit] |
Entah kenapa aku jadi kaku dalam penulisan ku yang mana...selalunya aku rajin menulis...
Pepagi akanku tulis apa yang terlintas dihati..Namun semalam aku rasa bagitu kosong...sekosong-kosongnya jiwaku...
Aku jadi pasrah tetiba, pasrah pada putaraan alam, pasrah pada ke "unjuran". Ke"unjur"an... yang mana aku jadi terpana dan teruja sekejap.
Aku bukanlah seorang yang punya daya tarikan atau super power yang membuat ramai tertarik.. Aku hanyalah insan yang sederhana sahaja kehidupannya.
Aku ditanya dengan pelbagai soalan, soalan yang mana aku tidak pernah terlintas ataupun mahu memikirkan jawapannya. soalan yang mana hanya ditujukan buat mereka yang punya daya imiginasi yang tinggi. Itulah soalan yang dilontarkan padaku yang membuat aku terpana dan teruja. Betapa sebagitu lama aku alpa dan lalai dan mempertahankan ... landasan itu.
Aku mahu dan kalau boleh, aku berada saperti dia berada sekarang, nyaman selesa berserah bersyukur dan pasrah ngan apa yang ada pada dia. Tak terdengar pulak kelohannya.... mempertikaikan kehidupannya.....
Aduhhhhhhh.................. aku jadi malu , malu pada diri, malu padanya , malu pada maha pencipta yang memberi aku secukup segalanya, pancaindera, kemewahan, masa dan segala yang mampir dalam kehidupan ku.
Aku maluuuuuuuuuuuuuuuuuu.................kerana tidak tahu menghargai pemberian atau anugerah itu.
|
|
|
| |
| Sahabat, disini jalan pulangmu |
| 03.14.05 (11:27 pm) [edit] |
Alhamdulillah,
Aku menadah tangan ke hadrat Ilahi...kerana punya seorang sahabat yang mengerti erti kehidupan di dunia yang fana ini.
Seorang sahabat yang senantiasa mengingati akan daku erti kehidupan yang sempurna dan sebaik2nya. Kehidupan yang diredhai dan kehidupan yang diingini.
Sahabat yang mengajar aku erti berkasihsayang sesama insan kerana Allah. Mengerti erti kehidupan kerana ALlah, mengajar erti kesabaran kerana ALlah, memperelokkan perkerti kerana ALlah.
Aku merasa hidup aku cukup sempurna walaupun tidak sempurna disisi pencipta, namun cukup bahagia.
DIA memberi aku tangan yang tidak kelihatan, belaian yang lembut dan bersahaja, yang membuat aku rasa disayangi dan dikasihani.
Yang penting , dia mengajar aku erti HAK, HAK pada pencipta....HAK kepada insan, HAK kepada haiwan dan HAK kepada alam.
Semoga aku senantiasa diberi pertunjuk kejalan yang benar dan diredhai.
Aminnn.,.aminn....aminn...
|
|
|
| |
| Panduan hadapi kesedihan dalam hidup |
| 03.14.05 (12:08 am) [edit] |
MARILAH kita hidup hari ini tanpa kesedihan, keresahan, kemarahan, kedengkian dan kebencian. Bunyinya memang mudah, tetapi tanpa semangat atau formula tepat, agak sukar untuk kita menghilangkan rasa sedih, resah, marah, benci dan perasaan dengki yang terbuku di hati.
Mungkin buku Jangan Bersedih, hasil tulisan ‘Aidh Abdullah Al-Qarni yang diterjemah oleh Mohd Sofwan Amrullah dapat membantu menangani perasaan negatif yang mula hendak bersarang dalam jiwa kita.
Buku motivasi terbitan Jasmin Enterprise ini adalah hasil kajian bersungguh, cermat dan bertanggungjawab penulis yang ingin membantu mereka yang berhadapan dengan kesedihan dalam hidup.
Jangan Bersedih mengandungi ramuan dan formula yang boleh membantu masyarakat hari ini menangani kemelut hidup berpunca daripada kesedihan, kecemasan, keresahan, hilang kepercayaan kepada diri sendiri, putus asa dan rasa rendah diri.
Buku ini boleh dikatakan sebagai antara bantuan yang dihulurkan penulis untuk mencari penyelesaian kepada masalah harian berdasarkan bimbingan wahyu dan hadis yang sudah pasti sesuai dengan fitrah manusia yang lemah.
Penulis turut memetik peristiwa menarik yang benar-benar berlaku, selain memetik kata-kata sahabat, madah dan syair sejumlah penyair, nasihat kesihatan pakar perubatan, kata-kata mutiara ahli hikmah dan ulasan ulama serta ilmuwan.
Buku ini mengandungi tesis Timur dan Barat; lama dan moden; laporan media massa dan sumber maklumat yang boleh dipercayai kesahihannya.
Sebagai buku yang dikategorikan buku motivasi, Jangan Bersedih agak unik dan istimewa kerana menghimpunkan pelbagai persoalan dengan jawapannya. Ia sesuai dijadikan panduan agar pembaca menikmati hidup lebih bermakna, tenteram dan jauh daripada rasa takut atau cemas.
Buku Jangan Bersedih ditujukan kepada mereka yang merasakan hidupnya sempit, resah dan sedih serta mereka yang jauh daripada ketenteraman batin.
Buku ini sesuai untuk semua golongan, yang muda dan tua, pelbagai tahap pendidikan. Buku ini juga untuk semua bangsa tidak kira orang Islam atau agama lain.
Salah satu ramuan yang disebut penulis, jika seseorang itu ingin hidup bahagia, mereka perlu bersedia menerima serta menjalani hidup dengan rela dan reda, tanpa ada rasa sedih, resah, dendam dan sakit hati.
Buku ini juga cuba memperbetulkan kesalahan lumrah manusia moden yang condong melawan fitrah sehingga wujud konflik sesama manusia, alam dan apa juga yang bersentuhan dengan kehidupan harian mereka.
Harmoni mempunyai pengertian luas. Tetapi untuk hidup dalam suasana harmoni, setiap anggota masyarakat perlu menjauhi sikap duka memusuhi hidup dan melawan aturan yang ditetapkan untuk kembali kepada fitrah.
Pada masa kita melawan sikap negatif, kita diajak mengenal pasti bakat dan anugerah yang ada dalam diri dan menggunakan kelebihan itu untuk mencapai hidup bahagia penuh optimis pada masa depan.
Setiap saranan atau panduan dalam buku ini disertakan nas al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan, termasuk contoh yang perlu dijauhi seperti kisah teladan.
Bait syair yang indah dan kuat kesannya, ucapan ahli hikmah, pakar perubatan dan sasterawan besar bukan semata-mata nasihat, buah fikiran atau pidato, tetapi formula hebat untuk menghantar kita ke gerbang kebahagiaan sebenar.
Isi kandungan atau topik perbincangan dalam buku Jangan Bersedih tidak disusun mengikut bab atau fasal khusus sebagaimana buku moden yang lazim, tetapi dipelbagaikan mengikut kesesuaian.
Topik perbincangan dipersembahkan melalui bab pendek, mungkin kerana penulis percaya cara itu lebih mudah difahami setiap lapisan pembaca berbanding perbincangan yang panjang lebar.
Dalam hal petikan, terkadang penulis memetik dengan redaksi sendiri sejauh mana yang beliau fahami dari sesuatu yang dijadikan rujukan. Terkadang beliau mengambil secara bulat-bulat, tanpa sebarang tokok tambah atau perubahan.
Adakalanya penulis membincang topik tertentu dan tiba-tiba beralih ke topik yang lain. Kemudian beliau membincangkan perkara itu semula selepas beberapa muka surat.
Mungkin itu adalah gaya penulis bagi menarik minat pembaca dan melancarkan perbincangan.
Apabila membaca Jangan Bersedih, pembaca mungkin merasakan berlaku pengulangan bagi sesetengah makna dengan ungkapan atau perkataan yang berbeza.
Barangkali ia disengajakan agar pemikiran atau penyampaian maklumat lebih mantap dan kesannya lebih kuat.
Kesimpulannya, buku ini menarik dibaca kerana ia mampu mengungkap dan menganalisis perkara besar dengan cara yang mudah serta sederhana, menjadikannya bacaan yang sesuai untuk semua golongan dan pelbagai peringkat umur.
|
|
|
| |
| Biarkan |
| 03.10.05 (3:23 pm) [edit] |
Aku masih bermimpi Pada waktu semalam Renyai hujan turun merebas Panas sang mentari petang Pelangi pun datang Menyinari busana alam.
Aku masih bermimpi Tika senja menjelang Remang remang pun menghiasi dada langit Burung burung berkicauan kembalinya Ke sarang berehat buat seketika Riuhnya, umpama desiran angin Mencari tempat bersantai sepi.
Tika cinta berlerai Senja lama telah berlabuh Di tambatan langit Bulan pun mula mengambang Layu kuyu bagai disampok Menambah derita pada sebuah cinta
Maka Aku pun berkata pada dia Mana dia yang ku cari Mana dia yang ku mahu Mana dia yang ku kedapatan.
Lalu dia menjawab Masih ada disitu Masih ada disana Masih ada dimerata Carilah ia sehingga ketemu
Lantas Jawapan itu menutup tirai penantian Melipat segi kenangan semalam Membulat ranjau kesedihan.
Aku tidak mampu melepaskan mu ....
|
|
|
| |
| Sayang Adek dodoikan... |
| 03.09.05 (7:12 pm) [edit] |
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen daripoket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya kebelakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi...aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
|
|
|
| |
| Luhurnya Budimu |
| 03.09.05 (3:31 pm) [edit] |
Semalam ...... Daku ketuk pintu ruangmu Hari ini pun bagitu terusan mengetuk Sebelum ini pun aku gagahi jugak Dan akan berterusan sehingga Dikau membuka lamanmu Menjemputku bersama Bersiaran dan berlapangan Dilaman sepi nan indahmu
Kelmarin , Aku saperti terlupa akan ruang itu Saperti tertutup rapat dan kejab Payah dibolosi Payah ditembusi Walau sebesar zarah Aku pasrah.
Hari ini Daku terpandang ruang yang luas terbentang Menanti kedatanganku dengan seribu lebaran Hatiku merintih penuh sayu Hatiku meruntun malu Hatiku dibersih titisan embun
Selepas ini dan hari hari mendatang Akan terpancar sinar diri Akan terpana matahati Akan terlucut semua dosa Akan terkumpul pahala .... Dan yang pasti RAHMAT Allah senantiasa ada.
|
|
|
| |
| Bagaimana bila kasih bersemi |
| 03.08.05 (5:31 pm) [edit] |
Semalam ku cari dia merata rata Disini disana disitu nun di hujung kampong diseberang sana Dia masih menyepi , menyendiri, keseorangan Aku rasa luluh memendam rasa Hingga tidak bisa menjamah rindu
|
|
|
| |
| Dia |
| 03.07.05 (9:33 pm) [edit] |
Yang memahami Yang mengerti Yang paham Yang tahu Yang mahu ..... yang tidak serik....
tika aku meragam tika aku mengamuk tika aku merajuk tika aku membutuhinya
Dia ada disitu...senantiasa disamping
menemani tanpa rasa jemu, tanpa rasa jelak... tanpa rasa jelik
aku rasa saperti digenggaman kasih diselubungi sayang diufuk cinta....
|
|
|
| |
| Kaget |
| 03.03.05 (4:50 pm) [edit] |
Sejak sekian lama aku memerhatikannya, perhatian yang tertumpu pada suatu perkara yang remeh buat orang lain tapi mudah buatku...namun payah unutk mendapatkannya.
Aku memang kagum dengan kesabarannya, dengan keikhlasaannya, dengan kasihsayangnya, dengan sifat berterusterangnya, hidup dengan apa yang ada....aku cukup kagum....terlalu kagum.
Dengan setiap perjalanan hidupnya, aku mendekati dirinya tanpa batas.....aku ingin mendekatinya, untuk mencari keselesaan dirinya...tentang kerohaniannya bukan kejasmaniannya...
Aku ketemu dengannya secara kebetulan... kerana kebiasaannya kebetulanan adalah kebenaran sesebuah cerita...aku gembira sekali...walaupun payah didekati , akhirnya aku tembusi juga pintu kerohaniannya.
Aku mula jatuh cinta dengan kehidupannya....dengan ketegasannya, dengan keluhuran budinya....
Aku belajar darinya erti kehidupan bersederhana dan bersahaja....
Bersahaja dalam semua urusan....InsyaAllah akan dipermudahkan segala perjalanannya.
Apa yang boleh aku katakan padanya, hanya yang mampu aku memohon doa buat seorang sahabat....Doa semoga ia senantiasa dilindungi Allah...semoga setiap perbuatan dan perancangannya ... mendapat restu dan redha Ilahi....
Salam teramat sayang buat sahabat itu.
|
|
|
| |
| Tahniah |
| 03.02.05 (8:09 pm) [edit] |
Disubuh hening dan nyaman, aku dikejutkan dengan sms dari kawanku...
Tahniah buat anak perempuannya yang kedua telah melahirkan bayi pertama dan terus menjadi cucu pertama buat kawanku...
Alhamdulillah.. rupa rupanya... masih ada zuriat lagi....ada keturunan lagi buatnya...
Namun aku.. masih mengharap... akan tiba jua satu hari nanti.. generasiku....pembawa panji panji orangtuaku...
|
|
|
| |
|


Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..
|