Hanya Di sini


Blog For Free!


Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..






Cermin dan Tas
02.28.05 (9:30 pm)   [edit]
Sekarang baru ku tahu kenapa kau berikan aku cermin.

Rupanya kau mahu aku melihat bagaimana tejadinya

Api dalam sekam
Ombak menghempas pantai
Air dari titisan embun
Pasir dari batu yang keras.

Dan kemudian belajar memahami apa yang ingin disampaikan.

Kecil kecil bara didalam sekam, kalau dibiarkan lelama akan terpercik api menyemarak.
Ombak yang mengganas... kemana ditujunny akalau bukan ke pantai yang setia menanti , walaupun telah wajat dan kedudukannya.
Embun yang menitis tanpa jemu dan terus berkumpul dan menjadi air yang mengalir deras.
Pasir pasir yang satu ketika itu kental saperti batu yang bila di bilas dengan air dan desiran angin, yang kemudian menjadi nipis dan bertaburan luruh dari ketulan batu besar.

Itulah kehidupan.....


Dan Tas.....

Yang berisi didalam pelbagai....

apa yang ada dalam tas?.

 
Limau
02.24.05 (11:18 pm)   [edit]
Hari Raya Cina dah lama berlalu, namun buah limau masih lagi berada dipasaran.

Pelbagai rasa ada, dan pelbagai size jugak ada....

Namun... kenapa kita tidak tahu mensyukuri akan nikmat buah itu....

Kalau masam pun kan masih boleh dimakan...

 
Sedekah itu ibadah
02.23.05 (11:52 pm)   [edit]
Aku memang suka makan roti canai dan minum teh tarik kat satu kedai mamak tu.

Almost everyday, mesti singgah..tetapi tak laa selalu makan roti canai, hanya lebih menjurus kepada teh tarik halia...

Satu petang minggu, aku dan suami berdua minum dikedai tu sambil makan roti bakar.

Dari jauh aku nampak seorang gadis cina membawa beberapa keping sabun yang diukir dan barang perhiasan yang kecil2...ku renung dari jauh, dia berhenti dibeberapa buah meja mengajukan jualannya namun hampa tiada seorang pun yang membeli.

Ku perhatikan muka suamiku, dia pun asyik memerhati gadis cina itu. Gadis cina itu akhirnya menghampiri meja aku dan suamiku duduk sambil mengajukan beberapa kuntum bunga sabun buatan tangan, keychain dan manik manik hiasan.. aku bertanya harga padanya namun hanya jarinya sahaja ditunjukkan...aku terkedu..rupa rupanya gadis itu bisu dan cacat jarinya...

Suami menunjukkan tangan memberi signal tak mahu membeli, aku hanya berdiam diri, ku renung muka anak cina itu.. dia tunduk dan berjalan ke meja lain....

Sepuluh minit kemudian , dia kembali lagi dan melalui meja kami. Aku dengan pantas memegang tangannya..dia sedikit terperanjat. Lantas ku hulurkan sedikit wang buatnya, dia ingin memberi barangan sebagai pulangan terhadap pemberian ku, aku menunjukkan tanda ikhlas padanya dengan mengembalikan barang itu. Dia merenungku lama sekali...ku nampak manik manik halus terbit dikelopak matanya. Aku tersenyum dan dia memberi isyarat tanda terimakaseh dan mengangkat tangannya berdoa...aku terkarisma dengan perbuatannya.

Itulah kenangan yang paling manis buatku, seorang gadis bisu dan cacat mendoakan untuk ku....

Suamiku hanya memandang akan perbuatannya , walaupun dia tidak bersetuju dengan pemberianku pada gadis itu, namun ku katakan padanya tidak luak duit dalam purse aku....

Satu hari aku dan kawan kawan pejabat melawat rumah kebajikan di Kuala Kubu Baru dan kebetulan aku berjumpa kembali dengan gadis cina itu, dia menjerit dan memelok ku dengan erat dan bersungguh sungguh bercerita sesuatu pada kawannya. Aku jadi malu.... namun rasa bersyukur.... kerana dia masih mengenaliku walaupun telah lama cerita itu berlalu.

Itulah nikmat kecil yang paling berkesan dalam hatiku.
 
Aku Yang tak mengerti
02.20.05 (10:22 pm)   [edit]
Dalam mengharungi kehidupan seharian, dalam menjalin perjalanan seharian, dalam melalui liku liku hidup, pelbagai masalah akan timbul dan pelbagai soalan akan diajukan.

Entahlah dimana silapnya kehidupan ini, yang tidak pernah sempurna dimata kasar atau di mata hati. pada mata kasar tidak nampak kekurangannya, namun dimata hati tenyata banyak kepincangannya.

Dalam mata kasar, yang kita nampak warna warni kehidupan, full of colours.. kita mewarnakan pelbagai warna, bermula dengan putih bersih, hijau sejuk mata memandang, biru lambang apa ya.. cinta...apa pun biru warnanya lembut. dan hitam, warna yang paling ditakuti, warna yang akan menghilangkan keceriaan pada warna lain, yang akan menutupkan warna warna pelangi....

Dalam banyak banyak warna.... hari ini ku rasa kelam.. kelam ngan warna kelabu...


 
Jatuh Cinta
02.20.05 (6:55 pm)   [edit]

Aku pasrah ngan apa yang sedang bergolak dalam jiwa dan hati ini.

Aku jadi kaget ngan setiap denyut jantungku

Aku jadi takut dengan setiap pengaliran darah dalam pembuluhku.

 
Dugaan Paling Ringan
02.16.05 (5:49 pm)   [edit]
Alhamdulillah, ada jugak anak penakan yang masih ingat kat mak penakan dia, walaupun dah lama tak jumpa.
Maklumlaaa dah kerja...tetiba dia talipon nak mai umah...nak lepak lepak katanaya..

Aduhhhhhhh... mana ada orang kat umah, pakcik keluar jumpa kawan, yang ada kat umah cuma si bongsu...
Mujur bila tipon pakcik dia dah balik umah.. maka pertemuan pun berlangsunglaa.

Tengahari pakciknya bawa dia dan sibongsu keluar makan... dia makan nasi..

Petang bila balik kerja.... masaklaaa sikit sikit lauk untuk makan malam.. kesian plak kat dia, tengahri tadi dah makan kat gerai...malampun nak makan kat kedai jugak... hisss... memang tak patut....

Lepas makan malam dan rehat sekejap.. kami anak beranak nak antar dia balik umahnya di Kajang.

Entah kat mana silapnya, tetiba kereta temperaturenya panas dan berasap... mujur dirver prihatin.. kami berhenti ditepi jalan dan talipon AAM... hmmmm... pantas sungguh perkhidmatannya....selepas 10 minit... semua kembali pulih...

Tapi seronok gak.. dapat nonton percikan bunga api diangkasa... berdentum dentum dan berwarna warni.... maklumlaa sambutan raya cina belum habis...

Kerana nak cepat balik, anak penakan naik bas balik umah.. kesian gak kat dia.. ada buah tangan kena gendong. Alhamdulillah....beres kereta itu...kami pun tak jadi ke tempat dituju dan berpatah balik rumah..sebab dah lewat malam.

Apapun.. itu hanyalah sekadar dugaan kecil sahaja dari maha pencipta.... supaya bersabar dalam perjalanan, walaupun kereta dah diinspect selalu....

:D
 
Kenangan Mengusik Jiwa
02.15.05 (11:55 pm)   [edit]
Hmm.. meamng terasa pedih dihati ni, bila ada orang suka baut fitnah.

Tak ada benda lain ker nak dibuat citer, apa ada pada citer yang tak menarik didengar dan dibaca. Semua org suka membaca akan cerita sensasi. Cuba kita bayangkan andainya kita berada didalam situasi sedemikian, apa yang kita nak buat, kita akan rasa malu dan mahu menyorokkan muka kita dari pandangan masyarakat.

Kenapa sesetengah orang sanggup berdepan ngan masaalah yang patut diselesaikan dengan senyap2...

Aku sungguh sedih....sedih dengan kehidupan hari ini. yang tak saperti dizaman kanak kanak dulu. Alangkah baiknya andainya, peredaran zaman dan perkembangan kemajuan diselaras dengan kehidupan seharian...

Walaupun pembangunan ngan pencakar langit, sebagi bagainya jiwa kita jugak setinggi pencakar lagi budi bahasanya dan peradapannya.


Hanya Allah saja yang tahu kenapa dunia kian panas?????

 
Lama tak menulis
02.06.05 (9:25 pm)   [edit]
Hmm...

Sejak balik dari Penang tempoh hari, tak dapat nak menulis kerana sibuk dan tblog plak tak leh nak buka.

pastu pc plak dijangkit virus..aduhhhhhh..

letih nak tunggu pc dibiaki balik....

Alhamdulillah.. dah elok pun....
 



moon phases
 


Image hosted by Photobucket.com





Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..