Hanya Di sini


Blog For Free!


Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..






Salam Aidil Adha
01.25.05 (10:30 pm)   [edit]

Assalammualaikum,

Petang Kamis malam Jumaat, seluruh umat Islam akan menyambut aidladha...satu hari iaitu hari raya yang paling meriah dan besar2an yang akan disertakan dengan korban .
Saperti biasa, persediaannya... rendang tok dan lemang pak ali...itu aja yang mampu disiapkan memandangkan tak ramai kat umah.....

Hari raya hanya sekeluarga ...melawat yang dekat danmerindui yang jauh....

Sabtunya .. ke rumah baru.... membersih....dan mengemas... hanya sedikit sahaja...

InsyaALlah ... tempat perteduhan terakhir sebelum disemadikan sehingga haru pembalasan...

Moga dihujung hayat...dapat menyempurnakan tugas sebaik mungkin sebagai seorang muslimah dan mukmin sejati....InsyaAllah.....


 
Salam Aidil Adha
01.19.05 (9:39 pm)   [edit]
Assalammualaikum buat yang sudi singgah disini.

Dengan ucapan "Salam Aidil Adha" dan selamat bercuti dan bersantai di hujung minggu...

Jangan lupa berkorban andainya mampu......


Buah kuinin sidaun pegaga
Buah kurma sibuah cermai
Berkorban apa saja harta ataupun nyawa
Semoga hidup aman sejahtera dan damai
 
26 Disember - Pisahkan kami selama-lamanya
01.18.05 (3:32 pm)   [edit]
Oleh Siti Ainiza Kamsari


AMANDA berlari-lari riang, dia seperti tidak kisahkan mengenai kesedihan yang begitu mencengkam kini. Bagaimana kesedihan itu dapat dimengertikan kerana Amanda hanya baru berusia dua tahun, terlalu muda. Sesekali dia datang mengecek duit dari bapanya, Adam Cheah Abdullah 50, untuk membeli keropok dan aiskrim katanya dari kedai berhampiran.

Namun apabila ditanya di mana ibunya kini berada, Amanda memberikan jawapan yang sangat jujur namun ia cukup memilukan sesiapa sahaja yang mendengar.

``Mummy, swimming!'' jawabnya girang.

Si ibu, Wan Mazira Md. Zain 35, antara yang terkorban dalam tragedi ombak Tsunami di pantai Tanjung Tokong, Pulau Pinang pada 26 Disember lalu yang sama sekali begitu mengejutkan dan membuatkan seluruh rakyat tergamam!

Ketika kejadian Amanda yang didukung oleh pembantu rumah, Seri Yani Tarmizi dikatakan dapat melihat sendiri keadaan ibunya yang cuba menyelamatkan diri apabila masing-masing dengan tiba-tiba dipukul ombak yang sangat kuat pada tengahari, hari Ahad itu.

Ini yang memberikan kesimpulan kepada si kecil, ibunya `masih berenang'.

Mengenang kembali peristiwa pahit itu kata Adam, hari tersebut sepatutnya hari yang paling mengukir sejarah manis antara beliau dan Wan Mazira.

``Tarikh tersebut merupakan tarikh perkahwinan kami dan untuk tahun kesebelas, kami ingin menyambutnya dengan penuh kesyukuran dengan Pantai Tanjung Tokong sebagai saksi.

``Tetapi bagaimana dapat saya percaya sehingga sekarang, kerana isteri tersayang turut menjadi korban Tsunami, menjadikan 26 Disember kini sebagai tarikh yang memisahkan kami untuk selama-lamanya,'' ujarnya sedih.

Sesekali Adam tidak mampu mengungkapkan kata-kata kerana terlalu sedih apa tah lagi beliau ditemui ketika kenduri tahlil untuk arwah isteri sedang berlaku pada hari ketiga selepas jenazah Wan Mazira selamat di kebumikan pada pagi Isnin 26 Disember di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinchi.

Menurut Adam, beliau sama sekali tidak menyangka Wan Mazira antara yang ditelan ombak ganas Tsunami.

``Anak kami tidur di bilik hotel penginapan yang terletak berdekatan dengan pantai dan saya sangkakan ketika kejadian mereka semua masih berada di bilik,'' katanya.

Adam ketika itu bersama adik beradiknya yang seramai tujuh orang sedang sibuk melakukan pelbagai persiapan agar kegembiraan beliau menyambut ulang tahun perkahwinan itu dapat dikongsi bersama dengan mereka.

bertahan

``Ketika ombak pertama memukul pantai, kami masih mampu bertahan. Walaupun masing-masing terjatuh akibat dilantun ombak yang kuat tetapi kami kemudiannya cepat-cepat bangun untuk menyelamatkan barang-barang yang dihanyutkan air terutamanya beg duit, telefon bimbit dan kamera.

``Tetapi selang beberapa saat sahaja datang ombak kedua yang saya sendiri hampir terpaku kerana terkejut melihatkan ia begitu besar, tinggi dan datang tanpa ada sebarang tanda,'' katanya.

Adam tidak sempat menyelamatkan diri, kerana turut dihanyutkan ombak Tsunami dan hampir-hampir menyebabkan beliau kelemasan.

``Bayangkan air pada paras leher saya sahaja, bila-bila masa sahaja boleh menyebabkan sesiapa boleh mati kelemasan.

``Tetapi apabila saya dapat berpaut dengan kuat pada tembok di pantai, Allah masih panjangkan umur, saya terselamat, begitu juga adik beradik saya yang lain,'' katanya.

Namun saat dilanda ombak Tsunami itu disifatkan oleh Adam seperti berada di ambang maut dan walaupun hanya beberapa saat tetapi dirasakan masa seperti terhenti berdetik kerana terlalu lama ombak itu mengamuk dan menelan mangsa.

Belum sempat Adam menyudahkan ucap syukurnya kepada Allah kerana terselamat dalam kejadian ngeri itu, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan jeritan Seri Yani yang ketika itu kelihatan basah kuyup sambil mendukung Amanda, yang kelihatan seperti terpinga-pinga.

Alangkah terkejutnya Adam apabila menyedari Wan Mazira tidak kelihatan bersama-sama dengan pembantu rumah dan anaknya itu.

Bertambah terkejut apabila Seri Yani menyuruhnya segera mencari Wan Mazira.

``Puan hilang! puan hilang! Tadi ada bersama saya sekarang sudah hilang, Tuan cari tuan, cepat tuan!'' jerit Seri Yani.

Walaupun masih terkejut dan sekujur tubuhnya masih sakit-sakit akibat dilambung ombak, Adam terpaksa berlawan dengan masa untuk mencari dan menyelamatkan isteri yang dilaporkan hilang itu.

``Tanpa menghirau diri sendiri yang turut mengalami sedikit kecederaan saya bergegas mencari Wan Mazira. Namun dari lokasi kali terakhir beliau dilihat sehinggalah di kawasan sekitar, saya tidak menemui Wan Mazira, puas saya cari sementara hari masih siang bagi memudahkan saya mencarinya, tapi...

``Malah saya juga cuba menghubungi telefon bimbitnya, tapi sudah tentu tiada siapa yang jawab malah sudah tiada talian pun...'' ujarnya sebak.

Sementara itu, Seri Yani berkata, ketika di bilik hotel, Allahyarham Wan Mazira dilihat begitu resah dan asyik berjalan ke hulur ke hilir kerana bimbang.

``Saya sendiri letih melihat Puan mundar mandir tidak ketentuan. Ini apabila Puan sendiri berasa hairan melihatkan keadaan ombak laut yang kami lihat sungguh berbeza.

``Dari balkoni bilik di tingkat 10 bangunan hotel, kami dapat melihat keadaan laut dengan begitu jelas. Ombak kelihatan beralun-alun dengan begitu deras seperti tidak sabar-sabar untuk menghempas ke pantai.

``Puan bimbangkan keselamatan suaminya di pantai. Apabila beliau menjengok dan dapat melihat suaminya itu, Puan dengan segera mahu menyertai mereka,'' katanya.

Bersama Amanda, Seri Yani dan arwah kemudiannya keluar dari bilik hotel dan berjalan menuju ke pantai.

``Pada mulanya Amanda dibiarkan berjalan di pasir pantai. Tetapi Amanda kemudiannya meminta didukung, katanya tapak kakinya geli berjalan di atas pasir. Saat itulah, di kala arwah Puan mahu mengambil kasut comel milik Amanda yang baru dibelinya di Haadyai, saat itulah juga kami mula dipukul ombak.

``Saya benar-benar panik tetapi sambil mendukung Amanda, cepat-cepat saya naik semula ke tangga batu untuk menyelamatkan diri dan yakin ketika itu juga arwah juga cuba lari untuk menyelamatkan diri.

``Tetapi apabila saya telah selamat berada di anak tangga paling atas, saya menoleh dan melihat arwah seperti masih tercegat di kaki tangga batu tersebut.

``Saya menjerit kepada arwah supaya segera lari ke atas kerana gelombang ombak kedua kelihatan lebih besar dan menakutkan sudah hampir untuk menghempas ke arah kami.

``Saya sendiri kemudiannya berlari membawa Amanda melihatkan ombak tersebut dan malangnya arwah tidak mampu menyelamatkan diri dan hilang ditelan ombak.

Hakikat

``Saat itu saya benar-benar menggigil ketakutan dan memeluk Amanda dengan erat,'' katanya.

Sehingga pukul 8.00 malam itu, ketika menunggu di ruang tunggu Rumah Mayat, akhirnya Adam terpaksa menerima hakikat yang cukup pahit apabila diberitahu jenazah isterinya itu dijumpai oleh pasukan penyelamat.

``Wan Mazira hanya mengalami sedikit luka tetapi arwah maut akibat kelemasan dek ombak yang besar dan ganas itu,'' katanya.

Menurut Adam lagi, mereka tidak sahaja menjadi sebahagian korban Tsunami namun sebelum itu beliau sekeluarga turut merasakan dahsyatnya gegaran dari kejadian gempa bumi yang berlaku di Aceh.

``Semasa di bilik hotel, kami dapat merasakan gegaran itu dan ia begitu menakutkan apabila semuanya bergoyang dan tidak stabil.

``Kami merasakan kedua-dua kejadian mala petaka ini dan tentunya ia bakal melekat dengan kuat dalam ingatan kami buat selama-lamanya,'' katanya.

Wan Mazira bertugas sebagai seorang pengarah sebuah syarikat pengiklanan dan ketika kejadian arwah baharu sahaja sebulan berpindah ke pejabat baru di Damansara.

Demi kasih sayang dan sifat keibuan yang tebal terhadap satu-satunya anak yang ada itu, Mazira juga telah mengubah suai pejabatnya dengan terdapatnya ruang untuknya bersama-sama dengan Amanda.

Beliau tidak sanggup berpisah dengan Amanda sehinggakan beliau bercadang untuk membawa si kecil itu setiap hari ke pejabat.

``Tidak sekadar itu, sebelum kami berada di Pulau Pinang semasa kejadian menyedihkan itu berlaku, kami sempat bercuti selama seminggu di Haadyai.

``Kesempatan ini diambil oleh Wan Mazira untuk membeli bermacam-macam `kenangan' terakhir untuk Amanda.

``Baju, barang mainan dan termasuklah sepasang kasut yang beliau cuba selamatkan dari dihanyutkan ombak Tsunami,'' ujar Adam dengan penuh sebak.

Adam menambah, Wan Mazira seperti mengerti perjalanan hidupnya, apabila pada sambutan Aidilfitri tahun lalu, arwah telah mengadakan satu majlis yang sungguh memberikan seribu satu makna.

``Tiba-tiba arwah bercadang untuk mengadakan majlis rumah terbuka untuk kawan-kawan lama kami. Mana yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa, Wan Mazira berusaha untuk mencari dan akhirnya semua dapat dikumpulkan di majlis itu.

``Tidak dapat disangka, majlis tersebut merupakan memberikan peluang untuk arwah bertemu dan bermaaf- maafan dengan teman-teman,'' katanya.

Tragedi ini sama sekali tidak menggugat keimanan beliau yang sering dianggap sebagai saudara baru.

``Saya tahu ini merupakan satu takdir dari Allah yang mahu menguji keimanan saya. Saya perlu terima walaupun sukar, supaya keimanan saya bertambah kuat terhadap-Nya.

``Cuma mengenangkan Amanda....'' katanya dalam nada penuh keharuan dan tersekat-sekat.

Adam ditinggalkan malam itu dan sesekali menoleh kebelakang dapat dilihat betapa beliau begitu erat memeluk Amanda.

``Saya tidak mungkin akan mengunjungi pantai lagi kerana ia terlalu mengingatkan saya pada tragedi ini dan mujur juga Amanda tidak suka sebab dia geli berjalan di atas pasir...'' antara kata-kata Adam yang masih terngiang-ngiang di telinga.
 
Berkat Atau Kutuk..
01.17.05 (6:15 pm)   [edit]

Pernah ada seorang tua yang hidup di desa kecil. Meskipun ia miskin, semua orang cemburu kepadanya karena ia memiliki kuda putih cantik. Bahkan raja menginginkan hartanya itu. Kuda seperti itu belum pernah di lihat begitu kemegahannya, keagungannya dan kekuatannya. Orang menawarkan harga amat tinggi untuk kuda jantan itu, tetapi orang tua itu selalu menolak, "Kuda ini bukan kuda bagi saya," ia akan mengatakan. "Ia adalah seperti seseorang. Bagaimana kita dapat menjual seseorang. Ia adalah sahabat bukan milik. Bagaimana kita dapat menjual seorang sahabat."
Orang itu miskin dan godaan besar. Tetapi ia tetap tidak menjual kuda itu. Suatu pagi ia menemukan bahwa kuda itu tidak ada di kandangnya.

Seluruh desa datang menemuinya. "Orang tua bodoh," mereka mengejek dia, "sudah kami katakan bahwa seseorang akan mencuri kudamu. Kami sudah peringatkan bahwa kamu akan di rampok. Anda begitu miskin. Mana mungkin anda dapat melindungi binatang yang begitu berharga?
Sebaiknya anda sudah menjualnya. Anda boleh minta harga apa saja.
Harga setinggi apapun akan di bayar juga. Sekarang kuda itu hilang dan anda dikutuk oleh kemalangan."
Orang tua itu menjawab, "Jangan bicara terlalu cepat. Katakan saja bahwa kuda itu tidak berada di kandangnya. Itu saja yang kita tahu; selebihnya adalah penilaian. Apakah saya di kutuk atau tidak, bagaimana Anda dapat ketahui itu? Bagaimana Anda dapat menghakimi?"
Orang protes, "Jangan menggambarkan kita sebagai orang bodoh! Mungkin kita bukan ahli filsafat, tetapi filsafat hebat tidak di perlukan.
Fakta sederhana bahwa kudamu hilang adalah kutukan."
Orang tua itu berbicara lagi, "Yang saya tahu hanyalah bahwa kandang itu kosong dan kuda itu pergi. Selebihnya saya tidak tahu. Apakah itu kutukan atau berkat, saya tidak dapat katakan. Yang dapat kita lihat hanyalah sepotong saja. Siapa tahu apa yang akan terjadi nanti?"
Orang-orang desa tertawa. Menurut mereka orang itu gila. Mereka memang selalu menganggap dia orang tolol; kalau tidak, ia akan menjual kuda itu dan hidup dari uang yang diterimanya. Sebaliknya, ia seorang tukang potong kayu miskin, orang tua yang memotong kayu bakar dan menariknya keluar hutan lalu menjualnya. Uang yang ia terima hanya cukup untuk membeli makanan, tidak lebih. Hidupnya sengsara sekali. Sekarang ia sudah membuktikan bahwa ia betul-betul tolol.
Sesudah lima belas hari, kuda itu kembali. Ia tidak di curi, ia lari ke dalam hutan. Ia tidak hanya kembali, ia juga membawa sekitar selusin kuda liar bersamanya. Sekali lagi penduduk desa berkumpul di sekeliling tukang potong kayu itu dan mengatakan, "Orang tua, kamu benar dan kami salah. Yang kami anggap kutukan sebenarnya berkat.
Maafkan kami."
Jawab orang itu, "Sekali lagi kalian bertindak gegabah. Katakan saja bahwa kuda itu sudah balik. Katakan saja bahwa selusin kuda balik bersama dia, tetapi jangan menilai. Bagaimana kalian tahu bahwa ini adalah berkat?
Anda hanya melihat sepotong saja. Kecuali kalau kalian sudah mengetahui seluruh cerita,bagaimana anda dapat menilai? Kalian hanya membaca satu halaman dari sebuah buku. Dapatkah kalian menilai seluruh buku? Kalian hanya membaca satu kata dari sebuah ungkapan.
Apakah kalian dapat mengerti seluruh ungkapan? Hidup ini begitu luas, namun Anda menilai seluruh hidup berdasarkan satu halaman atau satu kata. Yang anda tahu hanyalah sepotong!
Jangan katakan itu adalah berkat. Tidak ada yang tahu. Saya sudah puas dengan apa yang saya tahu. Saya tidak terganggu karena apa yang saya tidak tahu."
"Barangkali orang tua itu benar," mereka berkata satu kepada yang lain. Jadi mereka tidak banyak berkata-kata. Tetapi di dalam hati mereka tahu bahwa ia salah. Mereka tahu itu adalah berkat. Dua belas kuda liar pulang bersama satu kuda. Dengan kerja sedikit, binatang itu dapat dijinakkan dan dilatih, kemudian dijual untuk banyak uang.
Orang tua itu mempunyai seorang anak laki-laki. Anak muda itu mulai menjinakkan kuda-kuda liar itu. Setelah beberapa hari, ia terjatuh dari salah satu kuda dan kedua kakinya patah. Sekali lagi orang desa berkumpul sekitar orang tua itu dan menilai.
"Kamu benar," kata mereka, "Kamu sudah buktikan bahwa kamu benar.
Selusin kuda itu bukan berkat. Mereka adalah kutukan. Satu-satunya puteramu patah kedua kakinya dan sekarang dalam usia tuamu kamu tidak ada siapa-siapa untuk membantumu. Sekarang kamu lebih miskin lagi."
Orand tua itu berbicara lagi, "Ya, kalian kesetanan dengan pikiran untuk menilai, menghakimi. Jangan keterlaluan.
Katakan saja bahwa anak saya patah kaki. Siapa tahu itu berkat atau kutukan? Tidak ada yang tahu. Kita hanya mempunyai sepotong cerita.
Hidup ini datang sepotong-sepotong."
Maka terjadilah 2 minggu kemudian negeri itu berperang dengan negeri tetangga. Semua anak muda di desa diminta untuk menjadi tentara.
Hanya anak si orang tua tidak diminta karena ia sedang terluka.
Sekali lagi orang berkumpul sekitar orang tua itu sambil menangis dan berteriak karena anak-anak mereka sudah dipanggil untuk bertempur.
Sedikit sekali kemungkinan mereka akan kembali. Musuh sangat kuat dan perang itu akan dimenangkan musuh. Mereka mungkin tidak akan melihat anak-anak mereka kembali.
"Kamu benar, orang tua," mereka menangis, "Tuhan tahu kamu benar. Ini membuktikannya. Kecelakaan anakmu merupakan berkat. Kakinya patah, tetapi paling tidak ia ada bersamamu. Anak-anak kami pergi untuk selama-lamanya".
Orang tua itu berbicara lagi, "Tidak mungkin untuk berbicara dengan kalian. Kalian selalu menarik kesimpulan. Tidak ada yang tahu.
Katakan hanya ini: anak-anak kalian harus pergi berperang, dan anak saya tidak. Tidak ada yang tahu apakah itu berkat atau kutukan. Tidak ada yang cukup bijaksana untuk mengetahui. Hanya Allah yang tahu."
* * * *
Orang tua itu benar. Kita hanya tahu sepotong dari seluruh kejadian.
Kecelakaan-kecelakaan dan kengerian hidup ini hanya merupakan satu halaman dari buku besar. Kita jangan terlalu cepat menarik kesimpulan. Kita harus simpan dulu penilaian kita dari badai-badai kehidupan sampai kita ketahui seluruh cerita.
Everything happens for a reason, we just have to wait out the why


petikan dari pemberian seorang sahabat ...
 
Aceh Bukan Musibah
01.17.05 (6:11 pm)   [edit]
Janganlah kita hakimi diri kita...

sesungguhnya Allah memiliki maksud-maksud rahsia dibalik semuanya...



Maha Besar Allah,dengan segala kehendak-hendaknya dan rahsianya.Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil. Mengutip percakapan Emha Einum Najip (budayawan),pada wawancara dengan Station TV TPI, Jakarta, minggu lepas. "Saya yakin Allah bukan menurunkan azab pada mereka, Allah sayangkan mereka. Mereka syahid karena Allah.Mereka Syahid mempertahankan bumi Syariah. Allah mengambil mereka kerana Allah sayangkan mereka, Allah pisahkan dari dunia yang kejam,jahat dan tak adil". Betapa besar sumbang harta dan kasih rakyat Aceh kepada negri Indonesia, sejak mula masa penjajahan, antaranya sumbangsih Cut Nyak Dien, Cut Mutia, Teuku Umar, dan banyak pahlawan-pahlawan lainnya. Sumbangan Aceh macam pesawat pertama yang dimiliki tentra Indonesia "Seulawah" pada masa jepun. Sumbangan hasil bumi, emas Aceh buat pembangunan Ibu negri dan emas MONAS. Harta rakyat yang diberikan buat kejayaan kemerdekaan. Tapi rakyat Aceh dapat apa?! mereka tak dapat apapun dari pe! merintah berkuasa.Mereka terkucilkan, mereka tertindas, mereka terpojok, mereka pasrah. Rakyat Aceh menderita...Allah SWT telah selamatkan mereka dengan memberi mereka syahid. Bukankah orang-orang tertindas, orang-orang yang beriman kepada Allah dan dekat dengan Allah akan diambil lebih cepat dari yang lainnya. Tinggallah orang-orang kafir dan musrik yang memenuhi bumi yang bersisa dan fana, dan kepada mereka akan diperlihatkan hari kiamat agar mereka tahu kebesaran Allah yang mereka engkari. Allahualam..Maha Benar Allah..!!



Sebagai pengetahuan, Aceh adalah muslim yang kuat di bumi Indonesia.hampir semua penduduk ialah Muslim (suku majority Muslim terbesar didunia ialah suku sunda di jawa barat), Acehpun berlakukan hukum syariah dibuminya. Allah menyelamatkan mereka lebih dulu. Allah memisahkan daripada kebusukkan dunia yang akan menjadi-jadi dimasa datang.



Tinggallah kita yang masih hidup yang semustinya berfikir, bagaimana hidup kita?apa yang kita perbuat semasa hidup.!! Itulah..Allah masih memberi masa untuk mahluknya bertaubat..!!



Semoga kita termasuk pada orang2 yang selalu dibagi petunjuk dari Allah dan selalu dilindungi dari hal-hal yang menyesatkan dan mubazir! Amin!





Sebagai renungan..

 
Training, training, refresher training
01.11.05 (10:15 pm)   [edit]

Masuk aja tahun baru pasti ada refresher class menanti, bukan kerana tak paham akan kerja yang diberikan , hanya kerana besar kemungkinan telah terlupa sedikit perjalanan pejabat.

ia ker gitu jadinya..rasanya tak laaa hebat sabgat refresher kelas tu , kalau hanya g duduk kemudian pasang tinger dan tutup mate, lepbih baik rasanya jgn diadakan .....membosankna
 
Membosankan
01.10.05 (9:21 pm)   [edit]
Sungguh hairan kenapa manusia nie kekadang bagitu taksub ngan kelebihan yang dimiliki, rasanya mereka aja yang bersih dari lahiriah dan jasmaniah...Orang lain semuanya kotor dan jijik untuk dibuat kawan atau untuk berbicara

Walhal.. apa yang cuba ditonjolkan berlainan sekali. mereka rasa mereka lebih memiliki ilmu dari orang lain, kita sekadar sampah buat mereka.

Aneh sungguh , salah ker kalau ilmu itu dkongsi bersama, kita menulis disini sambil meluahkan perasaan kita, bukan tujuan untuk memberitahu dunia apa yang sedang kita lalui ~~ mengapa mereka menuduh kita cuba mengexploitasikan bahasa

Bosan sungguh ngan manusia jenis ni,..
 
Hari Minggu
01.09.05 (4:56 pm)   [edit]
Semalam hari minggu , minggu kedua lepas tsunami melanda Aceh dan kawasan yang sekitarnya.

Semalam dalam diam , melihat keadaan diri ini, sudah cukup ker persediaanya .. sudah bersedia ker mengada yang mencipta...sudah segala galanya...

Mampu ker .. ????? ...menghadapi dugaan saperti di Aceh itu..

Atau sekadar pembuat mencuci mata dikala santai..
 
Memang Gitulah selalunya
01.04.05 (2:10 pm)   [edit]
Semalam entah kenapa kakak jadi pendiam saperti selalu. Kami telah lama pasrah ngan perangai kakak, namun yang pasti kakak bukan saperti selalu. Kakak yang kami kenal dulu, seorang pendiam tapi periang, dia tak ambil pusing hal sekeliling.

Yang pastinya kami telah berusaha sedaya upaya membaik pulih kesihatan kakak yang terganggu. Alhamdulillah kakak kembali saperti biasa walaupun bukan macam selalu. Ada perubahan dalam diam.. Itu sudah memadai dari terus membisu tanpa kata dan peduli akan kehadiran ahli keluarga yang lain.

Kami cukup tergamam bila melihat bagitu kuta sekali tenaga kakak menjerit jerit sambil menyuruh orang itu keluar dari badannya. meronta ronta.. mujur waktu itu ada perlawanan siaran langsung bolasepak antara pasukan Malaysia dan Thailand, jadi tenggelam timbul suara jeritan akak.. Kami sedia maklum.. apa yang telah terjadi pada kakak.. Wak memberi jaminan akan berusaha membaik pulih kakak, kerana katanya masih berkesempatan walaupun agak terlewat sedikit mencari penawar.

Dah hampir 3 bulan kakak melalui saaat getir, lagi getir rasa hati kakak bila dia terpaksa melepaskan jawatan yang akan disandang.. Namun ayah pasrah dengan kabar itu. terimakaseh buat seseorang kerana berusaha membantu kakak.

Mama cukup tabah melalui saat getir itu, walaupun jauh disudut hati mama terasa bagai ditusuk sembilu bila kakak meracau dan merapu entah apa perkabaran yang ingin disampaikan. Mama cukup tersentuh, ayah pulak menunjukkkan sifat sabar yang bagitu tinggi dari kebiasaannya. Semua dalam rumah bagitu bingung dibelenggu dengar perkabaran yang agak pelik tapi benar.

InsyaAllah, hari ini mama, ayah, adek dan yang lelain cukup gembira dengan perubahan kakak, pulih dan mahu berbual walaupun pendek aja ayatnya... Itu sudah cukup bermakna buat mama dan ayah. Kakak mahu keluar rumah dan mencari makanan kegemarannya.. walaupun hanya sedikit aja yang dikunyah ..namun sudah cukup bererti. Semoga kesihatan akak jugak akan pulih saperti sediakala dengan izin ALLAH.

Semoga pengelaman sekeluarga menjadi iktibar dan penunjuk kearah peningkatan hidayah dan taqwa.

InsyaAllah....

 
Tawaduk, sederhana antara pesanan Luqman
01.03.05 (1:42 pm)   [edit]

PESAN ke-10 Luqman Al-Hakim kepada anaknya supaya bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri sama ada musibah itu datang daripada Ilahi untuk menguji diri, harta, suami isteri dan anak-anak.

Begitu juga musibah yang berpunca daripada pertembungannya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat, pemberi ingatan, pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Atau apabila pendakwah mengajak manusia kepada agama Allah iaitu Islam serta bidang atau cabang kebaikan lain.

Wasiat atau pesan itu dimulakan dengan arahan solat dan diakhiri supaya bersabar. Hal ini kerana solat adalah tiang agama dan sabar pula asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.

Jelasnya, sabar menahan musibah itu tergolong dalam ‘perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat daripada tahap keazaman’.

Perkara itu dijelaskan dalam ayat 17, surah Luqman bermaksud: “Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh."

Perkara ke-11 pula, Luqman menasihati anaknya agar tidak takbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongan dan ketinggian diri di depan manusia.

Luqman berpesan supaya tidak memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerana ia menunjukkan sifat takbur dan menghina (merendah-rendahkan seseorang).

Jangan takbur dan merendah-rendahkan seseorang kerana ia dilarang dalam Islam.

Jangan memaling muka, membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Sebaliknya, sentiasa tawaduk (merendahkan diri), berlembut, manis bicara, senang diajak berbicara, seronok diajak berbicara, riak muka yang gembira, ramah dan menjadi pendengar yang baik.

Hal itu dijelaskan lagi dalam ayat 18, surah Luqman bermaksud: “Janganlah engkau memalingkan muka engkau daripada manusia kerana kesombongan."

Kedua belas, Luqman menasihati anaknya agar tidak berjalan di atas bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hingga akhirnya keseronokan itu melebihi had dalam pergerakannya.

Ia membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana mengandungi ciri berlebih-lebihan atau jauh daripada kesederhanaan.

Dengan ciri itu orang yang gembira ini akan menjadi takbur dan sombong yang melebihi had syarak.

Perkara itu diterangkan dalam ayat 18, surah Luqman bermaksud: “Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri."

Pesan ke-13 adalah supaya anaknya bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan dan kelambatan yang amat sangat hingga menampakkan diri lemah seperti ingin dikatakan ‘zuhud’.

Tidak terlalu laju hingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling.

Oleh itu, sikap sederhana dan sekata antara lambat dan laju adalah lambang seseorang itu tenang, berakal serta cergas dan sihat.

Hal itu diterangkan dalam ayat 19, surah Luqman bermaksud: “Dan bersederhana dalam berjalan.”

Akhirnya, Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Perkara ini adalah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan.

Diterangkan dalam wasiat ini bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan adalah perkara yang dikutuk, dikecam, tidak disukai dan buruk.

Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar/keldai kerana suara itu pada awalnya mengeluh dan akhirnya menguak/melalak.

Hal ini diterangkan dalam ayat 19, surah Luqman bermaksud: “Dan lembutkan suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk adalah suara himar.”
 
Tsunami Amaran Dari Kerajaan Langit
01.02.05 (10:44 pm)   [edit]
Seperti sukar untuk dipercayai apabila memikirkan bencana alam yang dasyat masih mampu menyentuh tanahair kita. Tapi, itulah hakikatnya. Tidak pernah dicatatkan dalam sejarah negara, ombak besar setinggi pohon kelapa datang ke pesisir pantai membunuh lebih 50 mangsa dan menyebabkan ribuan orang hilang tempat berteduh. Buat pertama kalinya, Hopital Selayang, PUSRAWI dan HUSM terpaksa dikosongkan kerana akur bergoyang pada gempa bumi berskala 8.9 Richter.

Pada skala Richter, 'severity' :
<6 = mild>6-8 = moderate
8 = severe

Sebenarnya, jarang atau tidak mungkin mengikut Skala Riechter, ukurannya melebihi 8.9. Ini kerana Skala Richter bererti 10 kali ganda , misalnya pada pada 2 Riechter, bererti 10 kali ganda lebih kuat dari 1, 3 bererti 100 kali ganda lebih kuat dari satu dan seterusnya. Pada skala 9 ini bererti 100,000,000 kali ganda lebih kuat dari satu.

Gempabumi di Bam yang membunuh 41,000 nyawa pun hanya berukuran 6.5 Richter.

Dalam sejarah, tarikh 26 Disember rupa-rupanya adalah
tarikh 'maut'.

Pada 26 Disember 1932 gempabumi berlaku di China
membunuh 70,000 nyawa.

Pada 26 Disember 1939 gempabumi 7.9 Richter berlaku
di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2003 gempabumi 6.5 Richter berlaku
di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.

Pada 26 Disember 2004 gempabumi berlaku di Sumatera
membunuh 35,000 nyawa dan jumlahnya terus meningkat..

Jangan kita lupakan ribut Greg di Keningau, Sabah juga
berlaku pada awal pagi 26 Disember 1996 yang meragut
beratus nyawa. Adakah semuanya ini 'coincidental'?

Bukankah pada malam sebelumnya iaitu 25 Disember
di banyak tempat di dunia ini, ramai manusia yang lupa daratan, mabuk dan berpoya-poya? Pada pagi 26 Disember 2004, di persisiran pantai timur selatan India diberitakan ada temasya memuja laut ketika tsunami melanda..

Kita tidak mampu mencari jawapan atas apa yang berlaku tetapi sekadar menginsafinya sebagai peringatan Kita sering mendengar dalam pengajian al-Quran dan hadis bahawa Allah Azza Wa Jalla telah menghukum umat-umat dahulu yang engkar dengan siksaan yang dahsyat kebanyakannya dalam bentuk natural disaster yang ada sekarang. Cuma kita tak terbayang bagaimana teruknya azab yang mereka terima. Walaupun kita sering melihat dokumentari dan berita mengenai gempa bumi, tsunami, ribut,twister dan sebagainya, kita tak berapa terasa kesannya.

Tetapi, apabila jadi di negara sendiri, Masyaallah. Na'uzubillah, janganlah Allah turunkan lagi siksaan begini!

Kita berharap ramai yang mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku.Tapi nampaknya tidak begitu. Persiapan untuk Countdown 2005 makin hebat. Perpuluh pesta dan konsert sedang menanti. Amat memeranjatkan sebaik sahaja warta berita selesai dipenuhi berita bencana tsunami tersebut, bertubi-tubi pula iklan mengenai sambutan Tahun Baru ke udara. Semuanya mengajak orang ramai melupakan diri
pada malam yang dibintangi segala macam artis popular.

Perkhidmatan kenderaan awam akan dilanjutkan sehingga jam 2-3 pagi. Adakah ini reaksi kita terhadap peristiwa bencana yang dipertontonkan? Jauhnya masyarakat kita ini dari kesedaran! Bukan istighfar dan insaf, tapi makin galak nak lakukan maksiat!Tetapi alhamdulilah,perdana menteri kita Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan semua program sambutan Tahun Baru 2005 di tangguhkan bagi menghormati mangsa-mangsa Tsunami..Syabas Pak Lah...

Kepada semua, jangan lupa berdoa dan berusaha. Jangan terleka dengan comfort zone kita dan melakukan rutin harian tanpa sebarang rancangan untuk memacu umat ke taraf yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

Sekian, Wallahua'lam.
 
Bila Tsunami singgah dipantai..
01.02.05 (10:21 pm)   [edit]
Aku cukup gembira kerana dilahirkan menjadi seorang perempuan dalam sebuah keluarga yang semuanya lelaki. Perempuan yan ghanya nenek, ibu dan aku dalam keluarga besar itu. Dalam membesar aku jadi kaget dan brutal. Jadi kurang sopan dan besar suara. Maka aku selalu didenda oleh ibu bila melakukan kesalahan kecil kerana ingin membimbing kejalan yang benar.

Dulu dulu waktu aku kecil, aku selalu mandi laut seorang diri , kerana dari dalam laut aku berenang aku boleh nampak tingkap dan bumbung umah aku. Tak kira waktu apa pun kecuali hujan dan senja.. air pasang dan malam, tak boleh mandi...Bila kena rotan dan rasa sakit badan , aku akan menuju kelaut dan berendam hingga kecut badan. Kekadang kaki langit hitam pekat, kekadang terang benderang, kekadang angin menderu , kekadang angin sepoi sepoi bahasa.
Bila waktu malam aku suka bersantai di tepi pantai sambil merenung jauh kelaut yang terbentang luas ditemani bintang bintang bergemerlapan di angkasa...langit yang cerah dan berkerdipan bintang.

Itu zaman aku kecil dulu... pernah seketika aku dilarang mandi laut kerana ombak ganas dan tepian laut yang pasirnya jerlus...,Satu ketika teringat aku akan air sungai tepi rumah aku penuh ngan air pasang laut membadai muara sungai membaut air sungai pasang sehingga depan umah.. apa lagi.. seronok nangkap ikan yang masuk perangkap..beberapa hari air sungai tu pasang.. angin bertiup senada, ombak mengulung sealiran...yang kami dibertahu cuma satu itupun melalui radio usang dan surat kabar jawi.. bahawa.. gunung berapi karakatua meletup....aku tak ingat tahun bila, tapi yang aku ingat.. waktu masuk alam remaja..

Dan selepas alam persekolahan, aku tinggalkan pantai itu dengan sejuta kenangan... pantai yang memberi rezeki pada kaum keluargaku, pantai yang mengamit pelancong, pantai yang putih bersih dan sayup mata memandang, teringat aku masa kecil, aku naik sampan ikut pak penakan kelaut waktu bulan mengambang.. depa labuh pukat tarik.. aku ikut kerana air tenang bulan terang.. aku boleh nampak ikan ikan berenang renang.. dalam kumpulan.. di dalam kalong pukat tunda tu...
sampai di pantai.. lepas ditarik.. punjutnya.. ikan memang banyak.. tapi mana pergi ikan bawal dan senangin... ilang....namun banyak ikan lain dalam punjut tu...aku jadi seronok.. tapi pak penakan habaq mai, ikan tu bukan rezeki depa...aku tak ambik pot.

Empat hari sudah, pada 26hb Disember 2004 bila anak penakan aku talipon bagitau rumah arwah mak masuk ayaq , aku terkedu, sebabnya, habaq dia kat aku, bot pukat tunda lakinya dihempas badai tiga beradek.. putus dua. Aku terkedu dengaq apa yang dia dok mengarut kat cuping telinga. tapi aku tau umah arwah mak jauh sikit dari pantai. Aku bersyukur, umah yang usang itu masih tegak cam dulu dulu juga..

Bila aku nengok tv , dalam diam aku melengu..sebabnya tempat yang selalu aku dok mandi tu laa ombak tiga beradek mengamuk.. sampai abis sampan dan bot nelayan cari rezeki punah di tibainya . libasan ayaq garam bercampoq lumpuq... aku jadi mamai dalam tidoq , terbawak bawak gambaran yg ditunjukkan dalam kaca tv tu..dan gambar2 dari emel.. betui betui diambik depan umah arwah mak...aku truama , walaupun bukan aku yang melaluinya.

Jauh disudut hati, aku bersyukur bukan apa sebabnya aku dalam paksa merelakan pak penakan aku bina ghumah depan dapoq umah arwah mak aku. Dia kata mak aku janji tanah depan umah utk dia , tapi awat dia tak buat umah masa arwah mak masih idup, bila arwah dah pergi dia pacak bendera, katanya ini kawasan dia, puas kami dok bela tanah arwah tu, tapi dia nak jugak.. saudara jantan katanya mesti ada hak..
Aku jadi malas nak melayan kerenah depa , biaq pi laa.. tanah bukan hak aku, hak pencipta, ayaq pun bukan hak aku , hak pencipta walaupun aku yang bayaq bilnya, eletrik pun bukan hak aku, hak pencipta, depa dok curi semua tu dendiam, aku dok bayaq bil tu semua. Aku diam jaaa.. malai betuiiiiiii...

Tapi hari ahad tengahri tu 26hb Disembeer 2004 , baru depa tau... selama nie depa dok pekena , dok buat naya kat kami dalam diam, depa tanggung semuanya.. ghumah depa yang gah tu yang depa bena ngan batu tu ghebeh kena libas ngan ombak 3 beradek tu... errmm...ghumah depa jadi pengandang kemarahan 3 beradek tu.. ghumah arwah mak terselamat dari rebah kebumi.... selamat harta peninggalan arwah mak..... syukur alhamdulillah... ahli keluarga dalam ghumah arwah mak semuanya terselamat...

Kami baru buat kenduri arwah dan doa selamat sempena arwah mak dapat cicit ppuan ketiga dari 4 org cicit termasuk cicit lelaki tunggal. Berkat doa yang hadir pada majlis tu, berkat doa anak cucu yang masih ingat kat arwah tok depa..

Alhamdulillah, masih ingat lagi pesan arwah nyang... jgn dok ambik hak orang, cukup dengan hak sendiri Allah bagi rezeki, dan kalau banyak hamborkan pada depa yang dok mau ngan pertolongan kita, tak luak rezeki tu, kalau banyak pun , hampa nak buat apa, hampa pi pun tak bawa apa, bawa apa yang ada kat badan... betui tu kata nyanggg..

Dan hari ini, aku masih lagi bagini, masih menjadi tempat mengadu walaupun kekadang aku sendiri kesempitan dan memerlukan pertolongan. Dan kekadang aku jadi pasrah ngan kehidupan. Aku lebih seronok bagini, kerana aku masih lagi ada mereka mereka yang rapat denganku , walaupun aku masih tinggal dirumah yang diibaratkan umpama tempat tindoq merpati....

Aku lebih bersemangat ingin hidup dalam serda sederhana, bukan ingin menunjuk nunjuk...aku mahu hidup dengan memberi bantuan dan pertolongan pada yang perlu. Berbuat baik sesama insan... itu saja yang aku pinta...

Itulah kehidupan.... beringatlaaa...


 
Kurnia Illahi Dalam kehidupan Rumahtangga
01.02.05 (4:45 pm)   [edit]

Ketika melihat pasangan yang baru menikah, saya suka tersenyum. Bukan apa, saya hanya ikut merasakan kebahagiaan yang bersinar spontan
dari wajah-wajah syahdu mereka. Tangan yang saling berkaitan ketika berjalan, tatapan-tatapan penuh makna, bahkan sirat keengganan saat hendak berpisah.
Seorang sahabat yang tadinya mahal tersenyum, setelah menikah senyumnya selalu sahaja mengembang. Ketika saya tanyakan mengapa, singkat dia berujar "Menikahlah! Nanti juga tahu sendiri". Aih...

Menikah itu sangat indah, kata Allahyarham ayah saya dan hanya dapat dirasakan oleh yang sudah menjalaninya. Ketika sudah menikah, semuanya menjadi begitu jelas, alur ibadah suami dan isteri. Beliau mengibaratkan ketika seseorang baru menikah dunia menjadi terang benderang, saat itu kicauan burung terdengar begitu merdu. Sepoi angin dimaknai begitu dalam, makanan yang terhidang selalu sahaja disantap lazat. Mendung di langit bukan masalah besar. Seolah dunia milik mereka saja, Mengapa? Kerana semuanya dinikmati berdua. Hidup seperti seolah baru dimulai, sejarah keluarga baru sahaja disusun.

Namun sayang tambahnya, semua itu lambat laun menguap ke angkasa membumbung atau ghaib ditelan dalamnya bumi. Entahlah saat itu cinta mereka berpindah ke mana. Seiring detik yang berloncatan, seolah cinta mereka juga. Banyak dari pasangan yang akhirnya tidak sampai ke tujuan, tak terhitung pasangan yang terburai kehilangan pegangan,
selanjutnya perahu mereka karam sebelum sempat berlabuh di tepian.

Bercerai, sebuah amalan yang diperbolehkan tapi sangat dibenci Allah. Ketika Allah menjalinkan perasaan cinta diantara suami isteri, sungguh itu adalah anugerah bertubi yang harus disyukuri. Kerana
cinta isteri kepada suami berbuah ketaatan untuk selalu menjaga kehormatan diri dan keluarga. Dan cinta suami kepada isteri menetaskan keinginan melindungi dan membimbingnya sepenuh hati. Lanjutnya kemudian.

Saya jadi ingat, saat itu seorang isteri memarahi suaminya habis-habisan, saya yang berada di sana merasa hiba melihat si suami yang terdiam. Padahal dia baru sahaja pulang dari pejabat, peluh masih membasah, kesegaran pada saat pergi sama sekali tidak nampak, kelelahan begitu lekat di wajah. Hanya kerana masalah kecil, emosi isteri meledak begitu hebat. Saya kira akan terjadi "perang" hingga
bermaksud mengajak anak-anak main di belakang.
Tapi ternyata di luar dugaan, suami malah mendaratkan sebuah kucupan sayang penuh mesra di kening isteri. Isterinya yang sedang berapi-api pun padam, senyum malu; malunya mengembang kemudian dan merdu suaranya bertutur "Maafkan Mama ya Pa..". Gegas ia raih tangan suami dan mendekatkannya juga ke kening, sepertimana yang
dilakukan setiap kali suaminya datang.

Jauh setelah kejadian itu, saya bertanya pada si suami kenapa dia berbuat demikian. "Saya mencintainya, kerana dia isteri yang dianugerahkan Allah, kerana dia ibu dari anak-anak saya. Ya kerana saya mencintainya" demikian jawabnya.

Ibn Qayyim Al-Jauziah seorang ulama besar, menyebutkan bahawa cinta mempunyai tanda-tanda. Pertama, ketika mereka saling mencintai maka sekali saja mereka tidak akan pernah saling mengkhianati, Mereka akan saling setia senantiasa, memberikan semua komitmen mereka.

Kedua, ketika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan yang dicintainya, seorang isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga, dan seorang suami tentu saja akan mengutamakan isteri dalam hal perlindungan dan nafkahnya. Mereka akan sama-sama saling mengutamakan, tidak ada yang merasa superior.

Ketiga, ketika mereka saling mencintai maka sedetikpun mereka tidak akan ingin berpisah, lubuk hatinya selalu saling terpaut. Meskipun secara fisikal berjauhan, hati mereka seolah selalu tersambung.

Ada doa isterinya agar suami selamat dalam perjalanan dan memperoleh kejayaan dalam pekerjaan. Ada tengadah jemari isteri kepada Allah supaya suami selalu dalam perlindunganNya, tidak
tergelincir. Juga ada ingatan suami yang sedang membanting tulang meraup nafkah halal kepada isteri tercinta, sedang apakah gerangan isterinya, lebih semangatlah ia.

Saudaraku, ketika segala sesuatunya berjalan begitu rumit dalam sebuah rumahtangga, saat-saat cinta tidak lagi menggunung dan menghilang seiring persoalan yang datang silih berganti. Perkenankan saya mengingatkan lagi sebuah hadith nabi. Ada baiknya para isteri dan suami menyelami bulir-bulir nasihat berharga dari Nabi Muhammad.

Salah satu wasiat Rasulullah yang diucapkannya pada saat-saat terakhir kehidupannya dalam peristiwa haji wada': "Barangsiapa - diantara para suami bersabar atas perilaku buruk dari isterinya, maka Allah akan memberinya pahala seperti yang Allah berikan kepada Ayyub atas kesabarannya menanggung penderitaan. Dan barangsiapa -diantara para isteri- bersabar atas perilaku buruk suaminya, maka Allah akan memberinya pahala seperti yang Allah berikan kepada Asiah, isteri fir'aun" HR Nasa-iy dan Ibnu Majah.

Kepada saudaraku yang baru sahaja menggenapkan setengah dien, Tidak ada salahnya juga untuk saudaraku yang sudah lama merasakan asam garamnya pernikahan, patrikan firman Allah dalam
ingatan : "...Mereka (para isteri) adalah pakaian bagi kalian (para suami) dan kalian adalah pakaian bagi mereka..." QS. Al-Baqarah:187

Torehkan hadith ini dalam benak : "Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan isterinya dan begitu pula dengan isterinya, maka Allah memperhatikan mereka dengan penuh rahmat, manakala suaminya merengkuh telapak tangan isterinya dengan mesra, berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu dari sela jemarinya" Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar-Rafi' dari Abu Sa'id Alkhudzri r.a

Kepada sahabat yang baru sahaja membingkai sebuah keluarga, Kepada mereka yang usia rumahtangganya tidak lagi seumur jagung, Ingatlah ketika suami mengharapkan isteri berperilaku seperti Khadijah isteri Nabi, maka suami juga harus meniru perilaku Nabi Muhammad kepada para isterinya. Begitu juga sebaliknya. Perempuan yang paling mempesona adalah isteri yang solehah, isteri yang ketika suami memandangnya pasti menyejukkan mata, ketika suaminya menuntunnya kepada kebaikan maka dengan sepenuh hati dia akan mentaatinya, jua tatkala suami pergi maka dia akan amanah menjaga harta dan kehormatannya. Isteri yang tidak silau dengan gemerlap dunia melainkan isteri yang selalu bergegas merengkuh setiap kemilau redha suami.

Lelaki yang berpredikat lelaki terbaik adalah suami yang memuliakan isterinya. Suami yang selalu dan selalu mengukirkan senyuman di wajah isterinya. Suami yang menjadi qawwam isterinya. Suami yang begitu teguh mencari nafkah halal untuk keluarga. Suami yang tak lelah berlemah lembut mengingatkan kesalahan isterinya. Suami yang menjadi seorang nahkoda kapal keluarga, mengharungi samudera agar selamat menuju tepian hakiki "Syurga".
Dia memegang teguh firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..." QS. At-Tahrim: 6

Akhirnya, semuanya menjadi mudah dan tetap berjalan dengan semestinya. Semua berlaku sama seperti permulaan. Tidak kurang, tidak juga berlebihan.
Meski riak-riak gelombang mengumbang- ambing perahu yang sedang dikayuh, atau karang begitu gigih berdiri menghalangi biduk untuk sampai ketepian.
Karakter suami isteri demikian, InsyaAllah dapat melaluinya dengan hasil yang baik. Sehingga setiap butir hari yang datang berganti akan tetap indah, fajar di ufuk selalu saja tampak merekah.

Keduanya menghiasi masa dengan kesyukuran, keduanya berbahtera dengan bekal cinta. Sama seperti syair yang digaungkan Gibran, Bangun difajar subuh dengan hati seringan awan

Mensyukuri hari baru penuh sinar kecintaan Istirehat di terik siang merenungkan puncak getaran cinta Pulang di kala senja dengan syukur penuh di rongga dada Kemudian terlena dengan doa bagi
yang tercinta dalam sanubari Dan sebuah nyanyian kesyukuran tersungging di bibir senyuman Semoga Allah selalu menghimpunkan kalian (yang saling mencintai kerana Allah dalam ikatan halal pernikahan) dalam kebaikan.

Mudah-mudahan Allah yang Maha lembut melimpahkan kepada kalian bening saripati cinta, cinta yang menghangati nafas keluarga, cinta yang menyelamatkan. Semoga Allah memampukan kalian membingkai keluarga sakinah, mawaddah, warrahmah. Semoga Allah mematrikan helai
keikhlasan di setiap gerak dalam keluarga. Jua Allah yang maha menetapkan, mengekalkan ikatan pernikahan tidak hanya di dunia yang serba fana tapi sampai ke sana, the real world "Akhirat". Mudah-mudahan kalian selamat mendayung sampai ke tepian. Allahumma Aamiin.

Barakallahu, untuk para pengantin muda. Mudah-mudahan ramai lagi yang mampu mengikuti tapak kalian yang begitu berani mengambil sebuah keputusan besar, yang begitu nyata menandakan ketaqwaan kepada Allah serta ketaatan kepada sunnah Rasul Pilihan. Mudah-mudahan jika tiba giliran anda, tak perlu lagi saya bertanya mengapa teman saya menjadi begitu murah sdengan senyuman. Kerana mungkin anda sudah mampu menemukan jawabannya sendiri.

Sedikit renungan dari saya, bila menasihati wanita dengan kekerasan, ia akan patah dan bila menasihatinya dengan kelembutan, ia akan menurut.
Para suami diharapkan dapat mengendalikan sikapnya jika menginginkan isterinya menjadi solehah. Sikap lembut seperti ini bukan bererti 'mentaati' isteri yang dilarang dalam Islam.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah
kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

 
Sabtu Jan 01, 2005
01.02.05 (3:32 pm)   [edit]
Hehe...

Tahun baru... bangun mesti pagi jugak.. takleh nak berlingkar atas katil.. walaupun tak kerja .. dan tak derk kerja kot..kat umah... kena bangun pagi...

Rasa malas yang amat sangat, ingat nak bersantai jer.. tetapi teringat plak hari ni ad adua kenduri...dua dua kena pergi...

yerkkkkkkk.........dah 10 kenduri dari awal cuti sekolah hingga dah nak buka sekolah.. dua darinya kena bertungkus lumus.. yang lainnya g makan jer..

Aduhhhhhhh.. kepala pun sudah naik pusingggg........banyaknya makan nasi briani, ayam masak merah , daging rendang, acar mentimun dan jelata nenas... itu jer yang selalu dok suap kat mulut bila singah umah kenduri..

Tapi hari sabtu 1hb Jan 2005 ... hehehe... dua dua kenduri buat pesyen lauk orang kampong...
lembu masaj lemak, perut masak lemak, ayam masak merah , daging masak rendang.... alahaiiiiiiiiii... bosangggggg tul....!!!!!!!!

Lepas makan , g ambik gambar kat Ampang Point, gambar majlis perkawinan anak penakan pada hari ahad 26hb.. hari tsunami singgah kat Penang....balik umah... tidoqqqqq.....

 



moon phases
 


Image hosted by Photobucket.com





Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..