Hanya Di sini


Blog For Free!


Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..






Hujung tahun
12.30.04 (5:12 pm)   [edit]

Hari ini adalah hari terakhir buat tahun masehi 2004. Esok akan bermula tahun baru masehi 2005.

Salam santai buat semua..

hari ni nak rest......


Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu2an

Tanam pinang rapat rapat
Biar puyuh senang berlari
Dikenang kenang antara sahabat
Biar jauh dimata , namun dekat dihati






 
Sindir
12.29.04 (2:19 pm)   [edit]
Kekadang pelik jugak hidup nie, orang suka sindir menyindir. Itu bukan persoalannya, persoalannya kenapa orang yang disindir itu bukan yang memang niat kita ditujukan padanya.

Sindirian sinis menyegar suasana , sindiran tajam munusuk jiwa, sindiran maut membunuh jiwa raga....

Errmm.......iakah bagitu...

Rasanya bila berdepan dengan sindiran sinis, kit abisa tersenyum sumbing sambil mengiakan sindirian itu atau menidakkan sindiran itu. Namun yang nyata sindiran itu tidak membabitkan maruah atau peribadi seseorang.

Sindiran tajam yang selalu ditujukan tepat pada sasarannya mengena bagitu sekali sehingga tidak dapat dielakkan lagi. Sindiran yang membuat orang rasa jelak dan jemu ngan kerenah sesuatu perbuatan.

Sindiran maut ni, kalau ditujukan memang seumur idup tak bertergur sapa.. Bak kata orang, mati idup balik pun tak akan dimaafkan... itulaaa dia.. sinonim sindiran..,

hehe.. nak tulis bebanyak.. takut disindir kawan sebelah.. pepagi katanya dah dengar bunyi keyborad diketuk.. ada waktu laju ketukannya ada kala slow jerrrr...

biarlaaaa kan. .sindiran tu kekadang memaniskan wajah.. nampak berseri.... :P :lol:
 
Sedekah....
12.28.04 (5:26 pm)   [edit]
[i]Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Nabi s.a.w telah bersabda: Pada setiap hari terdapat sedekah di setiap sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: Berlaku adil di antara dua orang manusia adalah sedekah, membantu seseorang naik ke atas binatang tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya ke atas belakang binatang tunggangannya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah [/i]..........



kekadang timbul dalam hati.... bagaimana mungkin aku dapat melakukan kebaikan sedangkan diriku sendiri tidak dapat menghindar dari melakukan kejahatan..namun jauh disudut hati aku senantiasa berdoa agar aku diberi hidayah dan berada dilandasan yang benar.

benar ker aku berada didalam keadaan sedemikian... kekadang aku jadi buntu dan kaku bila memikirkan....


apa pun.. aku berharap... aku senantiasa mensucikan jiwa dan ragaku kepada kebaikan.....

InsyaAllah.


 
Selamat Harilahir 25hb Disember
12.28.04 (5:19 pm)   [edit]

Selamat harilahir.....ucapan dari sms dan juga email dan talipon mencurah2 datang ... seronok rasa hati bila ada kawan kawan yang natar sms memberi ucapan tahniah sempena harilahir..

Dan selamat pangantin baru jugak buat anak buah sulung sempena hari pernikahananya ...sama hari.. menjadi kenangan seumur hidup ... InsyaAllah...

Namun yang paling tersentuh hati ialah bila hadirnya saudara kandung ... dari satu ayah.. pelbagai ibu... maklumlah.. orang dulu dulu ramai isteri mereka. Mereka berkawin bukan kerana nafsu , tapi kerana rasa tanggungjawab terhadap wanita yang dinikahinya.

Ayah berkawin 3 ..jadi ada 3 induk adek beradek berkumpul.. namun cukup bahagi walaupun keluarga besar namun keci dan sederhana...itu kerana setiap induk hanya memiliki seorang zuriat sahaja.. rasa terkilan jugak kerena adek bongsu tidak dapat hadir pada kenduri tu...

Errm.. agaknya bila lagi dapat berkumpul adek beradek sedarah sedaging ini.. walaupun darah bercampur campur dari pelbagai bangsa... cukup sinonim... memasing membawa titel sendiri...hehe


Tapi rasa tersentuh jugak dengan perlakuan adek kembar... maklumlaaa dah ada titel kenamaan...jadi orang kenamaan nie mesti ada protokolnya..sabar ajalaaa melihat kerenahnya.. tambah plak sekarang nie dah berkereta besar,...... dulu cuma guna fiat mirafuri, kemudian volvo , langsung tukar ke honda city dan akhirnya.. kereta kebanggaan orang orang kenamaan... kecut rasa urat perut....namun dalam hati tetap bersyukur walaupun memiliki kendaraan salon, namun masih mampu memberi khidmat kemana mana nak pergi dan di tuju.

Terimakaseh shida....sms mu sampai tepat pada masanya....


 
MEMAGARI DIRI DARI SIHIR
12.28.04 (4:59 pm)   [edit]


Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)

Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.....ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah,
dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun
atau sihir yang terkena pada hari itu".


Riwayat al Bukhari.
_____

Pagar Kedua (2)


Berwuduk sebelum tidur


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan
Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya
tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat.
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau
pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!
Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur
dalam keadaan bersuci'"


Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

_____

Pagar Ketiga (3)


Mengambil berat tentang solat berjemaah


Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari
gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk,
menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan
kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

_____



Pagar Keempat (4)


Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.


Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan
syaitan tersebut.


Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal
seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan
tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di
dalam telinganya"


Riwayat al Bukhari dan Muslim.

_____

Pagar Kelima (5)


Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.


Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya
menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa
sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh
syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan
berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya
aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan
gangguan syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan
syaitan-syaitan jantan atau betina.

_____

Pagar Keenam (6)


Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil

berdoa :


"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya
dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya,
dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah
berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah
dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang
yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia
telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang
yang suka melakukan tipu daya"


Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya
baik.

_____

Pagar Ketujuh (7)


Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi
dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.


Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wa/hal ía
sendiri sememangnya penipu" Riwayat al Bukhari.
 
Sibuk
12.22.04 (1:57 pm)   [edit]
Minggu nie memang sibuk, sibuk bebenar...sebenar benar sibuk, bukan dibuat buat.
Dah naik letih badan nie, kalau boleh lerai.. dah bertaburan agaknya di lantai opis...lantai umah....
Apakan daya... kena lalui juga saat saat bagini...


InsyaAllah, minggu depan leh focus....
 
Udang di laut mee didarat
12.20.04 (2:34 pm)   [edit]
Assalammualaikum..


hehehe.. tukar rentak bidalan lama.....

udang di laut ,
mee didarat
dalam mangkok
bikin mufakat...


hmmm.......

Biasa dengar ungkapan sebegini.. rasanay ia kan.. bila dengar rentaknya.. bukan kerana apa..sebabnya apa yang ingin disampaikan adalah serupa, cuba caranya yang berbeda beda...

dalam mencari sesuatu untuk dibuat penyandar dan pengapai .. kita akan bertemu dengan pelbagai kerenah dan nisbah perangai yang kekadnag memualkan kita...namun ada kelebihannya ..

Tapi apa pun kalau ramuannya mencukupi.. pasti sedap makanan itu , terutama makanan yang dimasak menggunakan udang, tak kiralah.. udang segar atau udang kering...pasti ada ummmphhhhhhhh..

sedapnya..

mee udang kg baru....hehe .
 
Kurma, Kismis, Madu
12.16.04 (4:24 pm)   [edit]
Kurma

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

Nabi saww bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi saww bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Kismis

Nabi saww bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

Nabi saww bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir,
menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Madu

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saww sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum dan membaca Al-Quran".

Rasul saww bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Rasul saww bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Rasul saww bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Rasul saww bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Rasul saw bersabda: "Lima perkara dapat menghilangkan lupa, menambah hafalan dan menghilangkan lendir yaitu bersiwak (bersikat gigi), puasa, membaca Al-Quran, meminum madu dan memakan luban".


~~ forwarded emel dari ingatan@yahoogroups.com ~~
 
Sahabat.........
12.16.04 (3:31 pm)   [edit]
Assalammualaikum......

Sahabat sahabat sekelian...

Selamat membaca..... :!:

Nasihat Imam Shafie untuk mencari sahabat


PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.


Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?”

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.


Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.


Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


Sahabat sejati pada waktu susah.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.


Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.


Menghormati orang lain.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


Menghadapi musuh.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.


Tipu daya manusia.

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.


Tempat menggantungkan harapan.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.


Menjaga nama baik.

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

:!:
 
Lupa plak ada hal
12.09.04 (10:16 pm)   [edit]

Pagi tadi nak buka tblog tak boleh..
jadi terlupa pasal tu, sehingga petang nie baru teringat , dah tak tahu nak buat apa kat opis. Maklumlah dah masuk hujung tahun, semuanya tersangkut.. budget lari....so apa lagi.. menjungkit laaa sehingga hujung tahun.

Apapun , tengahari tadi , tunaikan jemputan kawan tempat kerja buat open house dan doa selamat.
Dia direhatkan dari pekerjaan nya kerana kejejasan kesihatannya. Sungguh tabah di amengharungi kehidupannya. Allah duganya sedemikian rupa... namun kekuatan dirinya dan kekentalan melawan penyakit patut di banggakan.

Penyakit yang membuat dia hilan gsebelah payudaranya dan sekarang merebak pulak ke leher sungguh mengerunkan. Namun dia tetap saperti selalu ceria , ketawa, bergurau senda dan berpesan...kepada mereka yang sapertinya itu.

Pasrah... sebahagian dari perjalanan hidup di dunia ini.
Semoga Allah merahmati perjalanan hidupnya.

Cheer ..Ratna... u are a stron gwaman, much more stronger than me..
 
Dah mula dahhhhhh....
12.08.04 (7:41 pm)   [edit]
Errrkkkkkkk...

dah mula dah....

mulai hari ini kena makan ubat pressure ... aduh payah laaa.. se umur hidup kenal telan....

Aku pun dah naik bingung dah bagaimana caranya yang boleh aku lakukan untuk menurunkan pressure aku nie.
Setiap minggu g clinik ambil pressure mesti dalam lingkungan 160/90 .. tak pun 159/90.. itu satu kemestian.

Dah puas aku mencuba pelbagai cara dan makanan... haram.. satu pun tak lekat .. semuanya membaut badan aku lagi naik.. solid sedikit adalaa.. sebabnya dok makan bebda pahit2... saperti herba dan ulam ulam... itu yang pastinya.

Alih alih.. itulaaa kudapan yang paling baik untuk diisikan dalam perut bagi menampung kestabilan presuuru aku nie. Sebenarnya aku pernah mengalamai tekanan darah tinggi sejak mengandungkan anak sulung lagi.. jadi.. tak boleh laaa nak di elokkan.. dah 26 tahun ada dalam diri...

Kalau dulu ialah... mana pressure tak naik.. massalah keliling tengkok, keliling pinggang, keliling mata... dah tak tahu nak buat cam na.. kena baut cuma satu perkara jer.. bila timbul masaalahnya.. cari dimana puncanya.. so.. kalau dipinggang..kecikkan sikit pinggang tu, kalau di mata... alihkan pandangan mata tu.. kalau di tengkok dan bahu... pepandailaaa buat balancing....

hehehe.......... kalau bab merapu.. memang hebat.. tak payah pakai script.... hentam jerr.. menjadi memanjangg.....

k.. cukuplaaa tu...
 
Pasangan atau pasang angan angan
12.07.04 (8:42 pm)   [edit]
Satu hari ada seorang perempuan tu pegilah melawat seorang matchmaker.

"Saya nak cari pasangan. Boleh tak awak carikan saya pasangan yang betul-betul sesuai dan menepati citarasa saya?" Si matchmaker ni pun tanya, "Camana ciri-ciri pasangan yang awak cari tu?"

"Hmmm... elok rupa, sopan, kelakar, sporty dan berpengetahuan. Dia harus bersedia menemani saya seharian di waktu lapang saya, bila saya tidak keluar ke mana-mana. Dia juga mesti pandai menceritakan perkara-perkara dan cerita-cerita menarik pada saya
bila saya inginkannya dan diam bila saya ingin berehat."


Si matchmaker ni pun menjawap ngan teliti,

"Cik, awak memerlukan sebuah peti televisyen..."


Ulasannya..

Pasangan yang bagaimana yang memang sesuai dihati kita.. bak kata orang tua tua terlekat dihati...

Bersyukurlah dengan pasangan yang kita miliki kerana bukan semua yang kita pinta kita akan perolehi.
 
Kemboja vs Seroja vs Sakura
12.07.04 (4:04 pm)   [edit]
Assalammualaikum,

Salam ceria dan salah sejahtera buat semua yang singgah di sini , yang kebetulan lalu kat sini, yang tersalah masuk line kat sini, yang tak sengaja terjumpa tblog nie, dan yang banyak yang yang... aduhhhhh ayangggg...!!!!

Hari ini terasa bagitu ceria dan gembira. Syukur pada nikmat Allah kurniaan yang tinggi buat semua insan dan hambaNYA.

Semalam tengahari dapat berjumpa dengan kawan cyber yang kebetulan berada di sini.. errmm... dapat berjumpa dengan senja dan kak wan.. oopssssss lupa plak apa nick dia kat blog nie.. maaf ya kak wan... tak apa laa.. janji dalam ati ingat..

Kata angah besar kemungkinan dia akan bersua muka dengan ziemass...eh! betul ker ejaan tu.. alaa kalau salah pun tak apa laa... kabarnya si ziemass nie ada tblog sendiri... jap.. nanti kalau ada masa... nak cuit cuit laaa.. laman dia.. nak nengok bunga bunga yang berseri seri..

Heheh.. semalam dapat sedulang biskut dan sepotong kek pemberian orang jauh.. dan yang paling best sekali..setiap kali jumpa.. pasti dapat makan pree nya.. alahai.. sapa lagi yang rajin belanja kalau bukan kak wan yang baik ati tu....

Tapikan yang paling sedih sekali.... uwwahhhhhh.. (nangis nie)... sebabnya terforget nak beli kuih kemboja kegemaran angah... memang terforget langsung tentang hal tu.. maklumlaaa beberapa hari ni kepala betul betul berserabut abis....
Mujur ada acar buah buat pembekal di jalanan... ialah tu boleh ker dimakan di jalanan.. eh!.. buleh per.. makan ngan roti buah cicah... heheheh.. mengarut tul laaa along tu kan..

Tengahari lepas makan kat Maju Junction, maka kaki pun melangkah laaa ke kawasan sekitarnya.. bukan apa , alang alang dah bercuti.. buat buat laaa macam cuti bebenar.. walaupun ditempat sendiri...tapi biasalaa.. kat mana nak dipusing pusing nya.. kalau bukan.. balik balik kat PC, kat SOGO kat Jln TAR.. Globe.. pastu singgah kat Mydin.. tu laa.. yang mampu di buat ...tapikan.. kalau laa kat Penang.. pulau kelahiran along nie kan .. boleh laa g merata rata tempat.. tak pernah abis nak menjengah.. walaupun kekadang tak ada apa pun yang nak di nengok lagi..


Masa makan tengahri tu, biasalah.. along yang makan banyak.. kak wan cubit cubit jer... angah lagi laaaa... makan cam orang sakit tekak jer

Hari ini teringin plak along nak makan popia basah.. tak per.. petang nanti nak g pasar malam kat flat PKNS tu.. ada jual popia mentah.. sedap macam popia mamak Penang jerr...kalau ada masa rasa cam nak masak ikan telapia merah masak tiga rasa.. bleh kan..

Apa pun setiap hari ada perbedaan perjalanannya..

Oh ya!!!!... sekarang nie dok sibuk sikit , maklumlah dah dapat kunci umah baru.... so ..banyaklah citernya...
Sabtu sudah g ukur tingkap dan pintu nak buat gril dan langsir....
fuuhhhh... longlai lah jugak.. tingkap 2 panel ada 5 keping, 3 panel ada 3 keping, sliding door (3 slide) plak 2 , satunya pintu depan dan satunya kat master bedroom...
banyak mana laa agaknya kain yang nak digunakan.. ada satu kodi kotttt........grill pun dah semput gak nak buat.. banyak bonar......

Apa pun... semuanya kena insut insut.. nak naik sekali rak.. tak mampu....maklumlaaa.. budget tak derrrrrrrrr..

 
Kenduri oh! Kenduri
12.06.04 (5:33 pm)   [edit]

Assalammualaikum....

Memang payah rasanya bila tiba waktu kenduri kendara... tak keruan tuan rumah dibuatnya...

Memang payah jadinya.. kesian jugak nengok kakak bersendirian,.. di mana ipar duainya.. sungguh kasihan dibiarkan bersendirian..

Semoga Allah memberi laluan yang mudah dalam melaksanakan ijab dan kabul anaknya...
 
Lima cara hindari maksiat
12.02.04 (9:03 pm)   [edit]

PADA suatu ketika, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham, seraya berkata: “Wahai Abu Ishaq! (panggilan Ibrahim bin Adham), aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian!”



Ibrahim menjawab: “Jika kamu mahu menerima lima hal serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”

Lelaki itu berkata: “Tolong sampaikan hal itu kepadaku, wahai Abu Ishaq."

Ibrahim kemudian berkata: “Pertama apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekinya."

Pemuda itu kemudian bertanya lagi: “Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.”

Ibrahim menjelaskan : “Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?"

Lelaki itu berkata: “Sekarang tolong beritahukan yang (hal) kedua."

Ibrahim berkata: “Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.”

Ujar lelaki itu: “Perkara ini mungkin lebih berat daripada perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?"

Ibrahim berkata: “Begini, wajarkah engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakaiNya?"

Lantas lelaki itu menjawab: “Tidak, sekarang tolong sebutnya yang ketiga!"

Ibrahim berkata lagi: “Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan, sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat."

Lelaki itu semakin bingung dan kemudian berkata: “Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?"

Ibrahim meneruskan hujahnya: “Wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi segala gerak-gerimu?"

Pemuda itu segera menjawab: “Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!"

Ibrahim berkata: “Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah."

Jawab lelaki itu: “Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”

Tanya Ibrahim: “Kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan di sini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?" Lelaki itu seterusnya berkata : “Sekarang cuba tolong sebutkan yang kelima."

Ibrahim berkata: “Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya."

Jawab lelaki itu: "Mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan."

Ibrahim bertanya lagi: “Jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?"

Kata lelaki itu berkata: "Wahai Ibrahim! cukup, cukup! Sekarang aku akan memohon ampun dan taubat kepada-Nya.”

Selepas peristiwa itu, lelaki itu tekun beribadat hingga akhir hayatnya.
 



moon phases
 


Image hosted by Photobucket.com





Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..