Hanya Di sini


Blog For Free!


Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..






Umpama
11.30.04 (4:24 pm)   [edit]

"Empat Gazal
lima genap,
dikendur berdenting-denting
ditegang berjela jela. "..

Satu bidalan dari warisan orang lama yang bagitu mendalam sekali maknanya.

Semoga kita senantiasa bermuafakat dan mengambil jalan tengah dalam menyelesaikan sesuatu hal.
 
WASIAT RASULULLAH S.A.W. (ADAB UZ-ZIFAF)
11.28.04 (5:42 pm)   [edit]

Ahmad telah menceritakan :
“Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

“Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka 3. Coriander (Ketumbar) 4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”

Baginda menjawab :
“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan).”

Baginda menjawab :
“Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”
 
Allahu Akbar....
11.28.04 (4:22 pm)   [edit]
PASS THIS MESSAGE TO AS MANY PEOPLE AS YOU CAN.....THIS IS NOT A

FICTITIOUS

STORY...IT IS REAL AND VERIFIABLE.


Vander Hoven, a psychologist from Netherlands, announced his new discovery about the effect of reading the Quran and repeating the word ALLAH both on
patients and on normal persons. The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years. Some of his patients were non-Muslims, others do not speak
Arabic and were trained to pronounce the word "ALLAH" clearly; the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension.

Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Quran regularly could protect themselves from psychological diseases.

The psychologist explained how each letter in the word "ALLAH" affects healing of psychological diseases. He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word "ALLAH" which is the letter
(A),
released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant
(L) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and
then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration.
Also, pronouncing the last letter which is the letter (H) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heartbeat.

What is exciting in the study is that this psychologist is a
non-Muslim,but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the Holy Quran. Allah, The Great and Glorious, says, We will show them Our signs
in the universe and in their own selves, until it becomes manifest to

(remember me in ur Dua) ALLAHU AKBAR Allah is great

Allah said, "If you are ashamed of me, I will be ashamed of you." If you are not ashamed, send this message...only if you believe. "Yes, I love
Allah. Allah is my fountain of Life and My Savior. Allah keeps me going day and night. Without Allah, I am no one. But with Allah, I can do everything. Allah is my strength."
 
Salam Ceria
11.25.04 (4:57 pm)   [edit]

Hari ini macam biasa tak ada mood nak coret, tapi kan kerana nak mata ganjaran maka terpaksa laaa jugak menulis....hehehe
 
Sibuk atau Saja saja buat sibuk
11.24.04 (2:14 pm)   [edit]
Semalam terasa sibuk yang amat sangat, tak tahu kenapa sampai lupa nak jengah laman nie..

Tak apa...sesekali terlupa itu perkara biasa.. jangan selalu...nanti ilang plak sengatnya....

Rasa seronok laaa plak... dok asyik ngunyah kueh raya... sampai lupa berat badan dah mula naik....

Tapikan..sedap lagi kalau dapat sedut air nira..

:lol: :lol: :lol:
 
Stadium ker atau Hentian bas
11.22.04 (3:40 pm)   [edit]
Angah memang selalu suka buat lawak, kata orang utara mengelabah jerr.. serabai tul budak nie.

Hari tu masa dia balik cuti, bila nak balik ke Alor Star dia naik bas kat Hentian Puduraya, tapi sebenarnya bas dia di Hentian Stadium Hoki... payah tul laaa anak bujang nie...

Puaslaaa dia memujuk ayahnya supaya diantarkan ke Hentian Stadium tu, katanya jap lagi bas dah nak bertolak.. Beli tiket bas pkol 1.30 petang, pukul 1 masih ada kat Puduraya, cam na nak sampai ker Jln Duta tu...

Mahu tak mahu kena beli tiket baru, tiket lama tu kena diskaun 50%, tak apalaa janji ada pulangan dari tak ada langsung. Tapi tu laaa angah nie oran gdok laaa tanya dia baik baik, naik bas kat mana dia dok laaa habaq mai kat Puduraya.. biaq p laa kat dia kata ayah...

Penat kami antaq dia kat Puduraya dan belanja makan tengahari sekali. Mujur hari tu mama cuti...pastu mama dan ayah rewang rewang berdua....tup tup angah tipon minta tolong....aduhaiiiiiiii anak bujang mama nie...haru sungguh.

Hari Sabtu baru nie , lagu tu jugak citer dia keluaq, beli tiket kat Bengkel Mara pagi, ayah kata bas angah bertolak pukul 8.30 malam.. mama malas nak masuk campur...mama biaq p kat depa dok bertengkaq tak abis abis,... last last mama minta tiket nak nengok... ghupanya pukul 9.30 malam bertolak dari Hentian Jln Duta...

Ayah pun satu, anak bujang nak balik Jitra dia p beli tiket turun kat Kangar... katanya bas tu lalu kut Jitra , turun jer kat situ senang.. kalau idak turun kat Kangar pastu naik bas balik Jitra... awat laaa perancangan cam tu ..haprak sungguh.. tapi mama malas nak masuk campur.. takut sakan kena letiaq... payah nak berenti kalau mulut bertih goreng tu mula berbunyi...semuanya tak betuiii...

Apapun ayah antaq jugaklaaa angah kat Hentian Jln Duta, tapi tak makan malam sebab mama sempat masak lauk kegemaran angah, so bil adah makan, perut pun kenyang angah malas nak makan lagi, katanya leceh...dalam perjalanan sakit perut drebar bas bising...

Pas turun angah , kami pun g laaa kat Restoran A&W.. Jln TAR ..sebab mama teringin nak makan hotdog dan minum float... gian laaa plak ..lama tak pekena....
Tapi adusss........ ayaq rootbeer tak da.. sebab bekas ayaq dia ada technical problem...

Kempunan laaa sekejap.. tapi tak per... esok kan masih ada...

Semua dah balik...tinggallah mama dan ayah berdua.. letih sungguh melayan kerenah pekerja bekas kerajaan nie...


 
Selamat Harilahir Angah dan Adek..
11.18.04 (5:52 pm)   [edit]
Aduiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........................
terlupanya mama kat angah dan adek....

Mama sempat antar sms kat angah masa angah sambut harilahir pada 8hb Nov hari tu.. saja mama wish besday angah yang ke 24 tahun... ermm... dah bujang sungguh angah mama nie....tapi masih dok bawah ketiak mama lagi... tak maluuu.. tak apa.. bila lagi ya angah... nanti dah ada tanggungjawab.. payah mama nak bermanja...hehe

Tapi bila harilahir adek tiba... semua kat umah gelakkan adek tahun nie.. bukan apa sebabnya.. adek sambut harilahir kebetulan pada hari Deepavali... 11hb Nov.. hehe.. dah pun jadi gadis sunti adek nie ek!...

Yang paling manis sekali buat adek bila kakak belikan adek hadiah teddybear.. tapi berbentuk mashimaro... besar plak tu.. nak bawa ke asrama adek terasa malu tapi mahu....

Along belikan adek simcard... hotlink... alaaa biasalah.. pastu along belanja makan pizza... mama dengar citer ranap jugaklaa dua keping note RM50... tak apa kan along.. bukan orang lain makan.. adek adek jugak...

Mama hadiahkan adek handset nokia 1100.. tapi tu laa. .ganasnya adek.. seminggu pakai dah masuk asap... kena antar repair... aduhaiii adek.. elergik sungguh kamu nie ngan fragile items.. lembutlaaa sikit macam kakak tu. Pastu adek cuba ngorat hset baru mama nokia 3210 .. hehee adek.. mana boleh... biarlah mama pakai yang canggih sikit.. dah puas mama pakai motolola yang baling kat anjing kalau terkena kepalanya leh pengsan...oppss... cian kat dia ek! naper nak baling kat dia. dia bukan kejar mama ponggggggg.....

Skrg adek tgh guna hset ayah...nokia 3310 upgrade (pemberian mama kat adek waktu adek dapat keputusan PMR ~ 7A1) kesian kat ayah.. tak der hset dah nak guna buat masa nie..... mengalah lagi ayah.... apa nak buat anak anak zaman sekarang lebih pentingkan diri sendiri dari keperluan orangtua...

Tapi yang paling best sekali .. bila mama offkan tv kerana berebut stesyen yang mana nak di tonton... errm... rasakan... semua orang tak leh nak nonton...tak ada yang berani nak on kan balik...heheh.. dalam hati kesian. .tapi itulaa dendanya.... dah besar panjang pun nak berebut rebut....tv ada dua tapi yang itu jugak yang nak di on kan... rasakan....

Ayah pun apa lagi.... tak suka dengar mama mengomel... capai kunci kereta..keluar ambil angin katanya.. mama tahu dia cuma nak g cari teh tareknya laaa tu.. ketagih sebulan tak hirup teh tarik kat restoran mamaknya tu..... angah dan along masuk bilik... adek macam kumbang jati..ngokkkk ngekkkkk..ngokkkk ngekkkkkk....tak dapat nonton siri kesukaannya...kakak masuk bilik baca buku.....semua orang dalam rumah angkat kaki......maka mama kenalah jadi neng kat dapur masak 2 3 jenis menu masakan kegemaran semua....

uuuuwwwaaaaahhhhhhhhhhhh........ padan muka tak ada sapa nak tolong.......
 
Kasih Ayah
11.18.04 (4:53 pm)   [edit]
Semalam.... malam Jumaat, malam permintaan kata orang lelaki, entah apa yang diminta dek para isteri pun tak tahu, rasanya mereka (para suami) yang meminta para isteri hanya memberi... tak gitu.. mana ada para isteri menolak bila di minta kan itu sudah takdirnya. Tapi rasanya malam malam lain juga ada berkatnya kan!... Heran sungguh ngan tabiat insan insan ini....hehe.. ada ada aja ngan malam... hanya buat mereka yang dah bertauliah .. yang dah dapat cop sirim.... lerrrrr........tak gitu mak pah bedah?..

Semalam kakak seronok berbicara, saja buka topik tentang rumah baru, bagaimana nak di hias..bila dok nengok kat tv tu.. "who will win.." challange ... home decor.. bukan apa sebenarnya.. saja nak buat kakak ceria..

So mama pun apa lagi.. mula lah mengarutnya tu.. dengan bersahaja mama kata kat kakak.. mama nak pakai balik langsir yang baru dibeli yang dipasang kat umah merpati nie, nak ditukarkan kat umah dua tingkat tu.. kakak menyingga ... di tenungnya mama bagai nak tersembul biji matanya yang bundar tu... hehe.. mama paham.. kakak memang tak suka pakai langsir kat biliknya.... dia lebih suka pakai bidai.. katanya senang.. aduhai.. kakak oh kakak... tapi tak apalaa.. kita turutkan aja...

Ayah banyak membisu, mama mengerti perasaan ayah.. sejak dia mula bersara 3 minggu yang lalu, hidupnya tidak tenteram sedikit tergugat kerana perangai kakak yang tetiba berubah. Ayah kata kakak dah kurus, nampak lebih kecil dari adek.. adek maklumlah.. semuanya yang boelh ditelan.. dimasuknya kat dalam tekak...

Bila mama ajukan soalan pada adek... mudah jer jawapannya.. katanya mama yang ajar supaya merasa keenakkan masakan dan makanan supaya tidak terkilan dan kempuanan di hari muka.. namun makanan itu mestilah bersih dan halal.. Mama cukup kagum ngan anak anak mama.. pandai berdikari...satu pelajaran yang cukup mahal yang mama ajarkan buat anak anak mama baik lelaki ataupun perempuan, supaya senang dimana bumi dipijak disitu pandai bawa diri.

Mama nengok ayah bagitu pandai berlembut ngan kakak, yang selama ini ayah cukup bertegas, mengikut kemahuannya bukan kehendak anak anak.. entahlah.. samaada ayah terasa bersalah atau dia rasa tersinggung.. hanya ALLAH saja yang tahu...mama tak mahu bertanya.. kerana mama jugak cukup tertekan buat masa ini. Mama harap adek tidak tertekan dengan SPMnya.. takut jugak.. masa depan adek tu..

Adek kata dia dah siap sedia nak balik asrama anytime.. malas nak nengok kakak yang manja tak bertempat, mengada tak beralas... aduhaiiiiiiiii... adek... maafkan mama dan ayah... kami pun tak tahu nak buat cam mana lagi kat kakak.

Kata ayah semalam dia jumpa Abg Mat semasa ayah g hypermarket....Abg Mat yang mengubati kakak.. katanya kakak dah sembuh dari gangguan cuma dia masih dalam keadaan trauma... masih terasa gangguan tu... jiwanya terganggu. Kasihan kat ayah... kakak lemah semangat, suka terikut ikut kata hati dan rasa...mengelamun lebih..

Jadi bila ada peluang , semasa menonton tv, ayah tanya kakak apa yang kakak mahu ayah dan mama buat demi kebaikan kakak.. kakak cuma kata.. suruh orang tu balik.. kakak tak nak kawan ngan dia.. ayah kata siapa orang tu.. ayah ngan mama tak nampak.. cam nak nak suruh balik.. kakak menambah.. kakak tak suka orang laiun dalam keluarga. cukuplah .. seramai 6 orang.. buat apa ramai ramai...

Mama naik pening.. jadi mama pun memujuk kakak .. mama kata kat kakak memang tak ada org lain dalam umah nie.. naper kakak susah ati...kakak merajuk..
Ayah pujuk kakak berwuduk dan kemudian ajak mengaji.. kakak turutkan... sambil baca "Yassin".. kakak nangis.. adek pun nangis.. angah terkedu...ayah terdiam... mama cuma membisu sambil membaca dalam hati...

Selesai mengaji, kakak masuk tidur dalam bilik mama dan ayah, satu kebiasaan sejak jiwanya tidak tenteram.. ayah terpaksa mengalah lagi nampaknya..... ayah tanya mama.. salah siapa sebenarnya di atas semua kejadian yang menimpa?.. mama cuma kata kat ayah.. bukan salah siapa yah.. itu hanyalah sebahagian dari dugaan kecil dari yang Maha Esa.. dia menguji keutuhan keluarga kita... supaya bersatu..kerana mungkin ada orang iri hati melihat kerukunan keluarga kita...

Rukun ker keluarga kita yah?.. Rasa mama biasa jeer.. along dah kerja.. angah pun dah kerja.. so kakak pun dah mula nak kerja selepas setahun setengah mencari kerja yang sesuai... Alhamdulillah.. adek pun dah besar dan nak abis sekolah menengah..Kakak mula kerja dengan senang ati tapi cuma dua bulan jer..masuk bulan ketiga dia mula berubah perangai dari periang kepada pendiam langsung tak bersuara, makan pun tak mahu... menyendiri senantiasa... Ayah bagitu prihatin, lalu di amengambil jalan tengah mencari oran gyang pandai dalam hal hal bagini...Aduh.... masih ada lagi ker manusia sebegini di zaman cyber nie.. .itu yang mama dan ayah peningkan....cantek ker kakak sehingga ada orang bagitu mengigaunya... rasannya cantek lagi bintang bintang di tv tu.. ermm.. kalau di make up cantek sungguh... tapi mama bukan memuji.. memang kakak manis senyumnya.. campuran darah bugis dan pakistan.. berkulit cerah... errrmm.. tanpa makeup pun kakak terserlah keayuannya.. ngalahkan mama yang brutal sepanjang hayat...Abg Mat yang mengubat kakak pun pernah berkata... siapa yang tak terpikat kalau bagitu lembut suaranya, orang tua pun leh angau... gurau Abg Mat.. kakak cuma tergelak kecil..sambil berkata itulaaa suara kakak yang paling kuat... bila dia meninggi suara kat along.. bila along ketawakan dia..

Ayah hanya mampu tersenyum..dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu... mama tahu perasaan ayah.. tapi siapa tahu perasaan mama.. ayah jugak kurang paham... hati seroang isteri dan ibu....payah dimengertikan walaupun telah di luahkan segala..masih ada yang tersimpan rasa di hati. Maafkan mama ..yah.. anak anak lebih mengerti pengorbanan mama dari ayah.. tapi mama tak pernah lupa memberitahu mereka ayah jugak banyak berkorban tapi tak kelihatan..transparent... budak budak yah.. mana mereka tahu.. yang mereka tahu...mama nak itu... mama nak ini.. mama duit biasiswa tak cukup nak buat projek.. mama nak balik KL tak ada tambang... mama motosikal nak overhaul.. mama pc rosak.. nak beli barang gantian...ada ajer yang diminta...mama akur... pagi sms.... tghari masuk duit... petang sms.. malam masuk duit... ..wahhhhhhhh... mudah kan ... along, angah dan kakak.... macam jentik jari jer.. service mama....
errrmmmmmm.... agaknya.. gitu jugaklaaa.. service angah, along dan kakak kat mama dan ayah bila kami berusia...mudah2an... kami tak disia-siakan...

Kata ayah, dia beli rumah baru tu bukan sebab apa...hanya satu sebab.. supaya senang berkumpul... bila anak anak ayah dah berkeluarga.. bila balik kerumah ayah.. ada privacy....tak kan nak kumpul kat umah merpati nie.. mesti semua tak nak balik kan?... tak kan nak berkumpul kat umah teres yang dah berusia seusia along.. ayah beli buat invenstment...semua tak nak duduk kat kawasan perumahan tu.. kata mereka tak bes....jadi bila ada peluang beli umah baru dan selesa.. semua setuju tanpa fikir panjang...
tapi tahu ker anak anak ayah... ayah kena korbankan duit persaraannya demi membeli rumah baru, demi keselesaan anak anaknya... mama memang tak setuju pad amulanya bila ayah nak beli umah tu... kakak lagi setuju.. bila dia nengok bilik kat rumah contoh.. siang siang lagi dia dah chupkan bilik yang ada dua tingkap.. errrm.. mama ketawa jer nengok gelagat anak anak mama. Mama kata kat ayah... cukup ker duit tu kalau beli umah besar nie, duit pun besar jugak.. barang barang dalam rumah pun kena besar juga walaupun bukan diisi ngan perabut jati dan impot.. mama suruh extend jer umah teres tu.. extend depan dan belakang tambah bilik.. salah ker...
kata ayah...apa salahnya beli umah baru.. umah tu boleh disewakan .. kalau idak pun mungkin satu hari anak anak kerja kat kawasan tu .. mereka boleh duduk.. tak payah bayar sewa... mama diam jer.. itu duit ayah.. mama tak leh nak membantah..walaupun mama tahu akan kemungkinannya.. Dan yang paling mama tak leh membantah bila dia kata kat mama.. kalau ditakdirkan ayah pergi dahulu sekurang kurangnya mama dekat ngan kakak mama yang tinggal tak jauh dari kawasan perumahan baru tu... MasyaAllah tak teringat langsung mama tentang itu.. asyik dok ingat hal hal lain jer.. Terdiam sekejap mama... benar jugak kata ayah... kalau beli diutara.. siapa yang ada.. tak ada sedara.. semuanya dah bersemadi... yang tinggal cuma generasi muda yang suka bawa diri.. bukan suka berkumpul....Ayah patahkan kata kata mama... mama terpaksa akur walaupun mama tahu ayah akan menghadapi kesukaran... namun dia tabah..

Ayah buat perancangan ... supaya anak anak senang di masa depan.. supaya anak anak tidak menderita.. supaya anak anak tidak terumbang ambing... tapi tahukah anak anak kelian... reti bahasa ker anak anak kelian... mahu ker mereka memahami tujuan sebenar ayah berbuat demikian.... mama tahu... mama cukup tahu.. walaupun dalam hati mama kurang setuju... mama akur.. demi kasih mama pada ayah .. demi kasih mama pada anak anak...mama mengalah..

Mama tak mahu ayah menderita setelah 37 tahun berhempas pulas bekerja dan membesarkan keluarga.. menjadi orang sempurna... Mama ingin bila ayah bersara semaunya berjalan lancar.. ayah punya banyak masa untuk dirinya.. sebab semua anak anak ayah dah besar panjang dan pandai bawa diri.. cuma adek jer yang masih kena tanggung.. tu pun mama sempat kerja sampai adek abis degreenya.. tak ada masaalah kata ayah.. walaupun ayah dah bersara..masih ada cara untuk menambah pendapatan...

Tapi semuanya nampaknya terbantut bila kakak buat perangai.. salah kakak ker?..Ayah macam hilang punca.. hilang mood nak masuk umah baru..kononnya nak berhariraya kat umah baru... penat ayah berusaha.. menyiapkan apa yang patut.. mama dari awal lagi tak bersetuju nak beraya di rumah baru tu..mama beritahu ayah pandangan mama...kena buat kenduri dulu... sebelum masuk rumah baru... pasang grill dulu...pasang railing langsir, beli perabut dapur sedikit... barulaaah selesa.. tapi kan raya dah dekat.. semua orang sibuk.. mana sempat nak buat semua tu... mama suruh ayah bersabar.. ya laa.. mama tahu... itu kan rumah ayah... nama ayah.. yang ayah duduk sekarang rumah atas nama mama.... mama cukup paham tu perasaan ayah..

Lepas raya nie kata ayah, dia nak uruskan hal hal berkaitan .. sebab masa bulan posa dia relaks... hehe.. mama senyum jer.. malas nak layan....

Mama hanya berdoa.. mudah2an apa yang ayah ingin lakukan.. semoga perjalanannya dipermudahkan.... itu saja .. kesian mama nengok ayah tu....

Dan mama jugak berdoa.. agar anak anak mama menghormati pengorbanan ayah terhadap kelian... janganlah kelian memandang serong terhadap ayah. Mama tahu anak anak mama memang sayangkan kat ayah.. tapikan saja jer.. ego kan.. ego lelaki mana mau tumpah..... biar berdorai.. tapi jangan tumpah.... ermm....sampai bila eh!.....

[b]sesekali ucaplaah...sayang kat ayah....mama dah tak larat nak tampong kerenah sayang anak anak mama nie.. biar sesekali ayah tampong plak....tak gitu... along, angah, kakak dan adek....jgn kedekut nak luahkan... rugi tau.. hehe [/b]







 
Long lost friend
11.17.04 (3:46 pm)   [edit]

"Selamat Hari Raya", a bit late but better late than never.
~~ apek

Never realiase that I do still have friend of my school mate remembering me.

My school mate since form 1 till form V.. co-ed school....
only 23 students with Miss Ooi Geok Looi as our form teacher.




 
Hikmah saintifik drpd sunnah
11.16.04 (9:17 pm)   [edit]
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada
kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.

Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1.Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian
membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu.Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal
dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2.Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3.Membaca Basmalah(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas
dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?
Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu selini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan
penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki
itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak
dapat merebakkan virus HIV itu.

Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar.

Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudarisana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empatpersegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.


Sekian buat renungan bersama,
Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran

 
Kawan di akhir zaman ini
11.16.04 (9:02 pm)   [edit]


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh
 
ZURIAT SEMPURNA (Insyaallah..........)
11.16.04 (8:59 pm)   [edit]

Assalamualaikum... Something to share with ibu2...bapa2 atau yg BAKAL....


Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"


1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.


 2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.


3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.


4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.


5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.


 6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat Kebinasaan kepada banyak manusia.


7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.


8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.


9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.


10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.


Cara berjimak yang dituntut:-


1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.


2. Pada malam selasa. Jika Allah kurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.


3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim.


4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.


5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.


 6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhur dan alim.


7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.


 


 Amin... WALLAHUALAM

 
Indahnya Nikmat itu
11.09.04 (1:45 pm)   [edit]

Assalammualaikum , salam sejahtera dan salam aidilfitri...

Dimana jua pun kita berada Ramadhan telah mula menginsutkan diri , dan akhirnya menghilangkan buat seketika sehingga bertemu lagi Ramadhan yang baru.

Pengalaman dan perjalanan kehidupan harian yang penuh ranjau dan duri dengan dugaanNYA membuat kita berfikir sejenak , bagaimana insan yang malang menyambut Ramadhan dan Aidilfitri...

Tahun ini Ramadhan tidak saperti selalunya, terasa bagitu menghibakan namun ada hikmah disebaliknya....

InsyaAllah akan ketemu jalan yang benar.
 
Sukarnya
11.08.04 (2:28 pm)   [edit]
Kekadang bila terkenangkan citer lama , timbul rasa keinsafan dalam diri. Bukan kerana apa cuma kerana terasa masih bertuah badan, diberikan kelebihan untuk melancung, melihat tempat orang , merasa masakan orang lain dan juga buah2an dari pelbagai jenis.

Yang paling seronoknya dapat berjumpa dengan kawan dijalanan , tak kiralah dengan senyuman atau tegur sapa.

Tapi yang paling seronok sekali ialah bila dapat berjumpa dengan kawan cyber.. berkumpul.. bercerita dan bersalaman ...

Namun ada jua kawan cyber yang bila berbicara dalam cyber dia nampak mesra dan terlalu yakin, tapi bila bersua muka , maka terjadi disebaliknya...diam seolah olah menyendiri, kita terpaksa buka laluan untuk dia
bersuara.

Kenapa kita bagitu sukar untuk mengikhlaskan diri kit adalam pergaulan dan persahabatan. Kita masih mahu menyembunyikan sesuatu yang patut diketahui. Namun kita lebih ghairah membuka pekong orang lain. Kan banyak lagi topik yang boleh dibuat perbualan selain dari topik topik ghairah tentang orang orang glamor....

Agaknya ada sebab mengapa manusia sanggup jadi hipokrit dan bersifat jujur.

Apa sebabnya ?......

 
Igauan Sukma
11.07.04 (7:20 pm)   [edit]

Dalam keluarga yang seramai 6 orang termasuk ayah dan mama, kakak dan along yang paling kurang kedengaran suaranya. Along memang dari kecik lagi mama tahu yang along jarang mengeluarkan suara , sehingga arwah nenek terpaksa melakukan sesuatu. Sesuatu yang mama tak mahu campur tangan. Alhamdulillah along mula bercakap dan rajin bercakap, tapi hanya pada benda benda yang benar benar perlu. yang lainnya dia akan mengambil sikap berdiam diri. Mama juga heran kenapa along  payah nak bersuara. Kalau diikutkan belah ayah dan mama, orang tua kami memang riuh dan becok berbicara tak kiralaaa dengan orang yang baru d kenali atau pun dah lama kenal. Tapi kenapa plak kakak jugak jarang bersuara, mama dan ayah tahu kakak ni jenis penakut tapi bukan pendiam.


Angah yang paling riuh mulutnya, kalau ditegur pasti ada jawapannya. Tak kiralaah samaada dia betul atau salah, pasti ada saja jawapan yang diberinya. Adek usah citer laa.. dia ambik mulut atok nenek mama dan ayah. Riuh kalau dia ada kat umah , kucing pun jadi takut ngan dia. ada jer salahnya si kucing tu. Tapi seronok gak bila dah berkumpul reramai, macam ada kenduri besar kat umah tu, riuhnya... kedengaran tak kira waktu. Yang meramaikan tu ialah suara angah dan adek...sesekali terdengar suara kakak dan along. Ermm.. kakak suaranya jarang kedengaran , jadi bila sesekali bersuara dan senyum, manis jeer nampak, pasti ramai yang minat tu. tapi along, payahlah kalau tak ada mulut, cam na pompuan nak dekat. Itu selalu yang adek cakapkan kat along, along buat buat derk jer.. sememangnya along jarang bersuara tetapi sesekali bersuara, peritnya sehingga ke tulang somsom..payah nak ilang.


Kakak memang manja, kemanjaannya memang payah dibuang, malah bertambah dengan cemburunya bila dia nengok adek adak sedikit terlebih dari selalu. Mama selalu pesan kat adek, jgn terlalu keterdepan... nanti kakak tegur, adek kecik ati plak...


Tapi akhir akhir nie , perangai akak jadi berubah dari periang yang sesekali terkeluar suara emasnya itu, langsung tidak ada mood dan terus membisu selepas kakak dapat kerja kat tempat baru. Dan akhirnya kakak ilang selera makan dan benci pada orang sekeliling. Mama memang tak paham ngan perangai kakak, itu mama sendiri akui kerana kaka memang rapat ngan ayah.  Mama naik angin.. terus marah2 kakak.. tapi anehnya kakak berdiam jer tak pun bersuara. Ayah mula mensyaki sesuatu kelaianan pada kakak dan dia mula mencari seseorang.


Mama termangu sekejap bila diberitahu ada orang berniat tidak baik pada kakak. Mama rasa tak percaya masih ujud perkara yang sebegitu. Dah masuk zaman millinieum , tapi kenapa masih berfikiran kolot. Tapi mama kena terima kenyataan jugak. Akhirnya mama terpaksa memendam rasa dan berusaha mengubati kakak. Kakak elok sekejap sekejap, pastu dia buat perangai balik...


Adek pun dah mula bosan tinggal kat umah, nak ulang kaji mata pelajaran pun susah , sebab kakak selalu suka insult adek...payah tul bila terjadi sesuatu...Mama lagi penat, tak dapat rehat, mama terpaksa handle seorang diri, adek cuma membantu jer kat dapur apa yang boleh dibantu. Mama jugak kasihan pada adek. Along dan angah pun tak leh nak buat apa pun, maklumlaa.. lelaki.. sibuk mereka lain pesyennya.


Mama cuma berharap satu jer, agar kakak sembuh kembali saperti biasa. Tapi boleh ker...kerana sekarang nie kakak perlu melawan perasaannya yang sedang berkecamuk, yang lainnya telah diuruskan.. oleh ustaz dan abg Mat. Kakak kena kuat semangat, kena bangun semula dan benteraskan perasaan cuak dan curigannya.. perasaan benci dan dendamnya...


Mampukah kakak berbuat demikian, semua orang berharap kakak mampu ?.. tapi kakak seolah olah patah harap...kesian kat kakak.. dah kurus betul dia, mengalahkan orang berpuasa berbulan bulan.. tak payah g ke salon tempat kuruskan badan. Mama pulak lesu badannya dan jugak susut sedikit gara gara tak tidur malam dan makan tak menentu.


Apapun hanya ALLAH saja yang tahu..


 


 


 


  ..

 
Kalau dah nak tidur ****
11.07.04 (5:45 pm)   [edit]
ADA SEBAB-SEBAB TERTENTU KENAPA ORANG-ORANG TUA SELALU MELARANG KITA MENANGGUH-NANGGUHKAN KERJA. SATU DARIPADANYA IALAH TIDAK ADA APA-APA YANG BOLEH MENGGANTIKAN SESUATU YANG SUDAH HILANG ATAU TIADA; WALAU SESUNGGUH-MANAPUN KITA MENCUBA.

* kerja hari ini tidak boleh boleh dibuat pada hari esok!!.

Pertamanya kerana esok bukan milik kita. kalau Tuhan nak bagi, kita akan bernasib baik untuk melihat matahari terbit untuk sehari lagi. kalau Tuhan taknak bagi, kita tak tahu apa yang akan kita lihat esok hari. keduanya kerana esok sudah hari yang lain. hari yang lain, ada kerja yang lain pula. sekiranya kita bercadang untuk buat kerja hari ini pada hari esok, kita dah hilang satu hari. bila datang hari esok, kita terpaksa buat dua kerja plak - kerja hari semalam dan kerja hari ini. adakalanya kita berjaya menyiapkan kedua-duanya; tapi... banyak kali kita akan terkandas. kerana satu hari yang hilang itu tidak dapat diganti; walaupun hari esoknya kita bekerja 24 jam.

* sakit hari ini tidak boleh disembuhkan pada hari esok.

Mulanya kita sangkakan pening kepala yang biasa je jadi taklah dibuat apa-apa. kemudian bila pening kepala lagi, ditelan sebiji dua panadol. lama kelamaan sakit kepala lagi baru kita jumpa doktor. pada ketika itu, doktor akan kata sudah tidak boleh diselamatkan. sangkanya pening kepala tetapi sebenarnya ada barah di otak. kata doktor kalau dulu terus dibawa ke doktor, boleh lagi nak rawat. sekarang dah tak boleh. maka kita pun mencari doktor yang terbaik di hospital yang terbaik. malangnya tidak ada apa-apa yang boleh dibuat sedangkan kalau dari dulu awal-awal lagi dah dibawa ke doktor, sakitnya boleh dirawat oleh doktor biasa di hospital kerajaan sahaja. Tak ke parah tu??

* kasih sayang hari ini tidak boleh ditunjukkan pada hari esok.

Adakalanya kita selalu mencari masa yang sesuai untuk meluahkan rasa sayang kita pada orang lain. adakalanya kita selalu menunggu satu masa yang sesuai untuk menunjukkan kita prihatin terhadap orang-orang di sekeliling kita. dan kebiasaannya masa itu bukan hari ini. adalah sangat tragik jika pada esok hari orang itu sudah tiada. kita boleh menangis, kita boleh menyediakan yang terbaik untuk jenazah mereka tetapi kasih sayang untuk orang yang sudah tidak bernyawa tidak sama dengan kasih sayang untuk orang yang masih hidup. lebih tragik lagi jika orang yang tidak bernyawa itu menghembuskan nafas dengan menyangkakan tiada siapa yang menyayanginya sedangkan ramai orang yang sayang kepadanya - cuma mereka menangguhkan perasaan mereka je.

*tidur hari ini tidak boleh diganti pada hari esok.

Saya sudah mencubanya tetapi saya hanya boleh tidur selama 8 jam. kalau waktu tidur yang normal ialah 8 jam dan semalam saya tidur hanya dua jam, sepatutnya hari ini saya boleh tidur selama 14 jam. tapi tepat 8 jam saya sudah terjaga. tutup muka dengan bantal, guling ke kiri dan ke kanan, selimut tutup badan - masih juga tak boleh sambung tidur. maka terpaksalah saya bangun, mandi dan berpakaian untuk ke pejabat. cadangan untuk masuk ke pejabat lepas sembahyang jumaat terbantut begitu sahaja.


:lol: :lol: :lol:
 
SUDAH SEDEMIKIAN KERASKAH HATI INI?
11.04.04 (4:06 pm)   [edit]


Didalam perjalanan menuju ke pejabat, aku terlelap menikmati sejuknya udara dalam bas. Seketika aku seperti terlihat dalam kesamaran mataku susuk tubuh seorang ibu setengah umur berdiri tidak jauh dari tempat dudukku. Tetapi, rasa ngantuk dan lelahku mengalahkan niat baik untuk memberikan tempat duduk untuk ibu tersebut.

Turun dari bas, baru lah sisi baik hati ini bergumam; " Andai aku berikan tempat duduk kepada ibu tadi, mungkin pagi hari ini keberkahan dapat kuraih ".

" Siapa tahu redha Allah untuk ku di hari ini dari doa dan terima kasih ibu itu jika saja kuberikan tempat dudukku ... "

Ah.......kenapa baru kemudian diri ini menyesal?

Semalam dalam perjalanan pulang dengan kereta api, duduk didepanku seorang lelaki tua berusia lewat 50an. Muncul seorang penjual air minuman, dan dia segera menggamit untuk membeli. Tangan kirinya memegang secawan air minuman sementara tangan satunya meraba-raba sakunya. Sesaat dia memperhatikan beberapa keping yang ia mampu raih dari bahagian terdalam sakunya, ternyata.. dia mengembalikan secawan air minuman yang sudah digenggamnya kepada penjual air sambil menahan rasa hausnya.

Aku yang sedari tadi di depan lelaki tua itu hanya dapat menjadikan serangkaian adegan itu sebagai tontonan. Tidak ada tawaran kebaikan keluar dari mulut ini untuk membelikannya air minuman, meski di sakuku terdapat sejumlah wang yang bahkan dapat untuk membeli lebih dari secawan air!
Bayangkan, cuma RM1.00 yang diperlukan lelaki tua itu.... tetapi hati ini tak juga tergerak?

Kelmarin, sebelum Isyak, juga dalam perjalanan pulang. Hanya berjarak 200 meter dari pejabat, aku melihat pemandangan yang menyentuh hati. Di pinggir jalan, satu keluarga sedang menikmati juadah kecil berbuka puasa mereka.
Suami, isteri beserta dua anaknya itu tetap lahap meski yang mereka nikmati hanya sebungkus kuih entah pemberian siapa. Sempat langkah ini terhenti setelah tujuh atau delapan langkah melepasi mereka, sempat pula aku berfikir untuk menghampiri keluarga itu untuk sekedar mengajak mereka makan. Tapi ... bayangan ingin segera bertemu anak-anakku di rumah mengalihkan langkahku untuk meneruskan perjalanan.

Padahal, dengan wang yang aku miliki saat itu, sepuluh bungkus nasi goreng pun dapat aku belikan. Apalagi jumlah mereka hanya empat orang. Dan kalau pun harus tergesa-gesa, namun semestinya aku masih boleh memberikan sejumlah wang untuk makan mereka malam itu, atau juga untuk sahur esok hari. Ahhhh, kenapa kaki ini justeru meneruskan langkah sekadar untuk memburu kucupan anak-anakku sebelum mereka tidur?

Selepas sahur, aku cuba renungi semua perjalanan hidup ini. Tak terasa, hari demi hari di bulan Ramadhan mulai berlalu. Bulan yang seharusnya menjadikan kita lebih dekat kepada Allah dan sesama manusia, melatih kita untuk mampu mengendalikan diri dan mempertajam kepekaan sosial.... ternyata belum berbekas pada diri ini. Ya Allah, sudah sedemikian keraskah hati ini?
Sehingga tanpa rasa berdosa kulepaskan begitu banyak kesempatan berbuat baik. Bukankah selama ini aku selalu berdoa agar Engkau memberikanku kemudahan untuk berbuat baik terhadap sesama? Tetapi ketika Engkau berikan jalan itu, aku malah melepaskannya.

Berikan kesempatan itu lagi untukku, Ya Allah...

 
Sahur yang ke 20
11.03.04 (1:50 pm)   [edit]

Semalam buka puasa dengan menu yang berat... makan nasi....aduhhhhhh....gemok laaa....

Heheh...dengar citer ada owang masak best....tapi tak ada tetamu... .nanti dia yerrr angah.... kalau along jumpa dia....along babap dia.... tapikan cian gak kat dia kan... hujannnnn..

Aaa.... nak tahu menu apa berbuka semalam...
Menunya ialah...

Daging masak lemak rebung
Ikan talapia masak lemak
Siput sedut masak lemak keladi
Ayam masak merah
ulam raja dan sambal belacan.....

Macam laaa nak makan 8 orang.....alahaiiiiiii darling i ni... kalau "memasak" kat gerai fozy janda tu... tak boleh laaa ngan lauk semata...mesti penuh jari...... :wink:
 
SPM
11.03.04 (1:45 pm)   [edit]
Pagi lagi adek dah buat miscall...heheh...biasalah kalau dah pinjam hp kawan...

Bukan apa tu....saja jeer..... mohon restu dan kasihsayang dari keluarga...maklumlah....nak masuk dewan besar pagi ni...

Kertas pertama peperiksaan SPMnya...Add Maths....ermm...kertas tough tu....apa pun wish adek good luck and obtains result with flying colours ...InsyaAllah....


 
Sesungguhnya
11.01.04 (5:54 pm)   [edit]

Aku kenal dia
aku jatuh cinta
cinta hanya pada yangp erlu
cinta pada yang kalbu..


aduhhhhhhhh..masih demam...
malas tul nak coret coret...
 



moon phases
 


Image hosted by Photobucket.com





Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..