Hanya Di sini


Blog For Free!


Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July

My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim

tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images


Sponsored
Blog



Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..






Negaraku Terbilang
08.31.04 (5:46 pm)   [edit]

Tatkala aku mengagahi diri membelah kotaraya
aku mendongak dan melihat tiang tiang seri mencecah awan
rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada
jauh sudah rupanya negaraku mengembara

Fikiran teringat zaman remajaku
zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit
yang ada hanya siul burung -burung dibendang
tapi di sana kaya kemanusiaan
kaya keampuanan dan kasihsayang
kaya tangan menghulur bantuan

di tangan ribuan wira tak didendang

Diluar sempadan ada cabaran
dunia semakin deras dan bergelora
tidak terperangkap kita dengan kata kata
yang cepat mendapat habuan luar biasa
yang lambat mendapat sisa-sisa

Kita memilih sederhana daripada yang mutlak
pelbagai daripada yang menyendiri
percaya daripada mencurigai
bersama daripada menguasai
ke hadapan dengan acuan kita sendiri

Yang diwarisi tidak berkurang
yang dijaga tidak susut

Di sini di bumi ini
Kita serikan pencakar langit dengan kesyukuran wajah kemanusiaan
kita anyamkan cita cita Alfred Nobel dengan mesej Muhammad Iqbal
kita bajai kembang kemboja keamanan di atas kubur rakus perang
kita tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan
kita pacak panji-panji du puncak kemegahan negara yang cemerlang , gemilang, dan terbilang.

Di deklemasikan oleh Perdana Menteri Malaysia di Pesta Puisi Patriotik ke 5 sempena sambutan Hari Kemerdekaan yangke 47 tahun.




 
Tanah Jantung
08.31.04 (5:32 pm)   [edit]
Ini negeri kita
Negeri kasih
Kasih kita pada yang tak berbelah
Kasih kita dalam rangkul genggaman sejarah

Kita genggam sejarah
Sejarah moyang di usap bahagia dan gundah
Gundah beradap akhirnya terlerai
Telah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai

Pengalaman menjadikan kita lebih dewasa
Jatuh dan bangun anak ank bangsa
Kenal makna fahami erti slogan warga
Kita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa

Ini ibu pertiwi kita
negeri tercinta
Cinta kita yang setia terukir
Berdenyut di nadi bersama merah darah mengalir

Alirnya memercikkan cita
Cita kita memercukan jaya
Jaya ini kelak menjulangkan maruah
Maruah tinggi di tanah merdeka yang indah

Selamatlah kau tanah jantungku yang indah
Dari utara ke selatan, timur dna ke barat jua
Petamu keplaj sudah
Udaramu camilha akhirnya
Melindung memayungi
Bumi kekasih ini

Ini negeri kita
Diukir ikrar dan kata
Dikibar jalur gemilang merata
Senandung dan nyanyi bernafas setia

kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantung
Dari perut laut hingga ke puncak gunung
Awan-gemawan tanah air gemilang
Kerenjis mawar keashi ke sekian kalinya
untuk kau negeri yang kukasihi.



Dideklamasikan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia..Datin Seri Endon Mahmood

:roll:
 
Rindumu Rinduku jua
08.26.04 (6:52 pm)   [edit]
~~ pantun pemberian seorang kawan dan sahabat yang senantiasa ku kenang walaupun telah di sahkan "berpisah" sejak 6 bulan yang lalu.



Rinduku padanya saperti biasa....saperti satu waktu dulu.. waktu kami sama sama mengharung dan menyimpul tali persahabatan.. Alangkah indahnya waktu waktu itu, mungkinkah ia dapat di gapai dan di garapkan kembali... Hanya dia dan aku saja yang tahu bilakah waktu itu..


Hari Raya sudahpun berlalu..
Namun sunyinya daku tanpa tawamu
Mengilai mengekeh tak tentu waktu
Tapi ku tahu...kau dah benci pada ku..

Nilai kasih tidak terhitung
Di gugus awan hilang cahaya
Hati meronta memekik dan meraung
Bagaimana cinta nak ku bangunkan semula??


 
Dahi....
08.25.04 (5:30 pm)   [edit]
"Hai..
pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak 'test power!'"

Tentu kamu cukup 'familiar' dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan 'dahi licin' dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan.... Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannyer sikit.

Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah... cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syarat-nya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol (CT Nurhaliza???)
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang.
Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting.
Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana.
Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai..
untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu.
Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri.
Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi'
dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul.
Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget'
saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!
 
Pada Tanah Merdeka Ini
08.24.04 (4:04 pm)   [edit]
Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng
bersama keris dan tombahk bersahaja
menyambung nyawa - demi tanah ini
tidak diragut ganas.

Pada tanah merdeka ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri - lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembali
yang membelah relung tanah ini dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kabur
dalam mata fikir anak-anak kini.

Namun kami tetap bersyukur
kerana dengan korban suci


nukilan......Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman

 
Selamat Pengantin Baru
08.23.04 (5:49 pm)   [edit]

Sekadar mengucapkan selamat pengantin baru...

buat sahabat dan kenalan..

Dengan iringan doa...semoga kekal hingga ke akhir hayat...
 
Kenangan Semalam
08.18.04 (4:25 pm)   [edit]

Semalam selepas makan malam, kami sekeluarga berbual ngan pelbagai topik..

Salah satu topiknya ialah berkisar tentang kasihsayang dan rasa hormat sesama insan.

Memang benar, sejak kebelakangan ini, sifat mulai itu telah terhakis dan berkurangan , adakah itu kerana kita tidak perlu menghormati orang lain dan berkasihsayang...
 
Hanya Kenangan...
08.17.04 (10:19 pm)   [edit]

Dah lama aku tak hubungi kawan baikku, kawan yang menjadi tempat berceloteh dan kawan yang menjadi tempat mengadu.

Errmmm...ingin ku cuba merapatkan kembali tali ukhwah yang longgar, namun aku tak mampu berbuat demikian..

 
:-----*LIMA JARI MENYIMPAN RAHSIA*-----
08.16.04 (5:49 pm)   [edit]
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan .."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???



 
Berkat Rezeki Kerana Sedekah
08.16.04 (5:46 pm)   [edit]
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.



Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal
Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari.
(cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat)perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92
Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)
Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.
Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah'. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi, sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

 
Ten things God won't ask:
08.16.04 (5:40 pm)   [edit]


1...God won't ask what kind of car you drove;
He'll ask how many people you drove who didn't have transportation.

2...God won't ask the square footage of your house,
He'll ask how many people you welcomed into your home.

3...God won't ask about the clothes you had in your closet,
He'll ask how many you helped to clothe.

4...God won't ask what your highest salary was,
He'll ask if you compromised your character to obtain it.

5...God won't ask what your job title was,
He'll ask if you performed your job to the best of your ability.

6...God won't ask how many friends you had,
He'll ask how many people to whom you were a friend.

7...God won't ask in what neighborhood you lived,
He'll ask how you treated your neighbors.

8...God won't ask about the color of your skin,
He'll ask about the content of your character.

9...God won't ask why it took you so long to seek Salvation,
He'll lovingly take you to your mansion in heaven, and not to the
gates of Hell.

10...God won't ask how many people you forwarded this to,
He'll ask if you were ashamed to pass it on to your friends.

Read Carefully

Happy moments, praise God.
Difficult moments, seek God.
Quiet moments, worship God.
Painful moments, trust God.
Every moment, thank God.


---


:wink: :wink: :wink:
 
Baginilah...
08.16.04 (4:28 pm)   [edit]

Dahlaaa penat bekerja di pejabat memerah otak, sibuk ngan TS16949 audit, petangnya bila pulang, tgh menunggu kenderaan, ghupanya kenderaan sakit di tengah jalan.

Inilah dia kalau dah tak nak dengar cakap isteri, padan ngan muka, mujur kenderaan tu tenat dekat ngan umah...
kalau jauh kan dah susah.....

Suami oh suami....sesekali tu dengarlaaa cakap isteri.

:( :( :(
 
Sabar
08.15.04 (5:18 pm)   [edit]
Kekadang tu dalam mengharungi kehidupan berumahtangga , ada waktunya terasa bagitu aman dan bahagia, dan ada waktunya terasa bagitu menyeksakan. Menyeksakan kerana di atas perkara yang remeh temeh dan tak sepatutya berlaku, dan tetiba berlaku tanpa di pinta. Aku kah yang tidah pernah belajar memahami atau dia kah yang masih belum mengerti hati seorang isteri. :cry:
 
Kesilapan Yg mengajar Ku Utk Menyayangi Sesuatu yg
08.15.04 (4:22 pm)   [edit]
Benarkah hidup tanpa dugaan tidak berguna,
Sudah kena baru la nak menjadi dewasa,
Pemikirn yg sempurna membawa bahagia,
Pemikiran sebuah nafsu membawa bencana,
Realty hidup mematangkan yg muda,
Pesahabatan sempurna membawa makna,
Bukan sensara yg diterima,
Bahagia kunci segalanya,
Kemarahan membawa kesengsaraan,
Perginya disisi tak perlu di sesal,
Salah siapa bukan persoalan,
Tepuk dada sakit badan,
Jgn diharap yg pergi akan kembali,
Yg datang tidak akan pergi,
Namun senyum lah utk diri sendiri,
Pasti ada yg masih sudi menganti,
Mengeluh yg dah lepas,
Apa faedah yg dapat,
Jadikan sebagai langkah utk seterusnya,
Kerna dari kesilapan manusia akan sedar,
Lumrah kehidupan bemasalah,
Jgn ditanya bila selesai,
Kerna itu semua bukan penghalang,
Dugaan tida mengerti masa,waktu,usia dan sama waktu dgnya,
Ape nak dihirau akan kehadiran,
Biar berlalu jgn ada sempadan,
Kerna sempadanlah manusia melakukan kesilapan,
Dari kesilapan itulah hadirnya ketabahan,
Yg pasti disisi terkunci satu renungan,
Fikirkan ape yg terkandung dari sebuah persahabat @ percintaan..


~~ ai ~~
 
Petua Melayu Lama
08.15.04 (4:17 pm)   [edit]
Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri p ada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buan g air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


:arrow: :arrow: :arrow:
 
Dalam Hati ada Cinta
08.12.04 (3:49 pm)   [edit]
Assalamu'alaikum...

Citer betul nih... nama diubah untuk jaga rahasia...

Read in the name of your Lord Who created. He created man from a clot. Read and your Lord is Most Honorable. Who taught (to write) with the pen. Taught man what he knew not. (96 : 1 - 5)


Haii...

sekadar ingin menyampai apa yang terbuku di hati..

Pernahkah kita melihat kelibat seseorang yang di kategorikan tidak siuman berkeliaran dengan pakaian yang comot dan kotor, tambah lagi dengan rambut yang kusut masai dan keadaan yang tidak terurus.

Tahukah kita bagaimana dia mengalami tekanan perasaan sehingga sampai ke tahap yang menyedihkan dan di sisih masyarakat. Bila dia berkeadaan demikian secara automatik dia kehilangan hak diri sebagai manusia yang merdeka. Mampukah kita membantu dia kembali ke alam keceriaan sebagaimana dulu.

Sekadar mencoret sebuah kehidupan....

Tak semua ingin bermadu bagi seorang wanita yang cantek dan di nobatkan sebagai ratu cantek di awal 80an. Walaupun sebagai ratu cantek, kecantikan semula jadi membuat dia dikejar lelaki yang telah berdaftar. Mungkin retak tangannya bermadu, namun kita boleh mengelaknya andainya , kita tahu yang talian hayat itu tak mampu menegak mahligai walaupun dengan berdindingkan atap nipah.

Cinta tak kenal sesiapa.. dan jodoh jugak tak kenal sesiapa.

Selepas bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang telah pun memiliki seorang isteri, dia kemudiannya menambah lagi talian hayatnya menjadi tiga dan kemudian empat. Nauzubillah ...
puas dipujuk supaya meminta dari suaminya melepaskan, namun hanya satu saja perkataan yang keluar... inginkan payung emas di syurga... ermm.. dapat ker dia memiliki payung emas tu sekarang nie.. sedangkan dia tak mengenali siapa dirinya sebenarnya. Tak perlulah di huraikan betapa kejamnya sesetengah suami pada sang isteri, kesetiaan nya di ragut...namun masih setia menanti...

Hari yang paling malang dalam hidupnya bermula bila dia setia menanti kepulangan suaminya mengikut giliran hari.

Dia akan berdandan cantek dan manis dengan sekuntum bunga plastik terletak dikiri telinganya. Aduh manis sungguh.

Namun nasib tidak menyebelahinya, suaminya kemalangan ketika ingin ke rumahnya, dia menunggu hingga larut malam, dengan hidangan kegemaran suaminya, sehingga di beritahu bahawa suaminya ditemui mati di bunuh ..Alangkah hancurnya hatinya. Dengan pertolongan kawan suaminya, dia dibawa ke hospital untuk mengecam mayat suaminya, terjadi satu episod yang membongkar statusnya, dia adalah isteri ketiga pada sang suami yang malang itu.

Alangkah kejamnya perasaan seorang wanita yang bergelar isteri pertama, bila ia tidak di benarkan melihat wajah suaminya buat kali terakhir. Namun di gagahnya jugak sehingga ke tanah perkuburan walaupun di cerca di kalayak ramai. Memandang dari jauh di mana keranda suaminya diturunkan, dia pitam di bawah pokok rimbun kemboja putih. Hari hari mendatang, dia akan di temui di mana dia selalu bersama suaminya kekadang dapat di lihat di lorong perumahan tempat tinggalnya, di tepi highway MRR2, di Jalan Jelatek, malah di Jalan Ampang pun kekadang boleh lihat dia dengan sekaki payungnya.. berjalan dengan lenggang lenggoknya, berhias rapi dengan rambut ikal mayang mengurai...


Bila ditanya apa yang ditunggu , katanya selamba... "Kak , saya tunggu suami pulang, katanya hari ini dia pulang nak ajak g shopping". ..

Ooooooooo... jawabku sepintas.... "Errk.. dek, naper bawa payung".. tanyaku lagi... ingin kepaastian.
" Idak laa kak, dia kata hujan , dia suruh saya bawak payung turun tunggu dia kat bawah"..

Aduh, setianya sang isteri....
"Pulang laaa dek... abang dah tak ada. dia dah meninggal".. kataku lagi, "Mana kak, saya baru jumpa dia kelmarin. Hari ini katanya dia dapat gaji, kak dia nak belikan saya baju baru"...jawabnya ikhlas.
Tak dapat aku menahan sayu dan sedu... aku menangis dalam hati, kerana takut di lihatnya, dan mungkin dia akan bertanya..

"Jom laaa balik ngan akak... nak hujan nie.. jom kita berpayung, nanti abang balik sendiri laaa".. jawabku spontan..

"Hujan ker kak, kesian ya akak basah kuyup".. aku hanya mampu tersenyum sambil melihat suami ku di dalam kereta di seberang sana.. sambil memberi isyarat, yang aku akan berjalan kaki bersamanya, suami ku beransur dahulu..

"Meh, saya payungkan akak, kita balik dulu laaa..nak salin baju, dah basah pun"..

Sambil berjalan dengan payung kembang berdua, kereta yang lalui passing by membunyikan hon, dan ada yang berhenti kereta sambil berkata... "Eh! dah buang tabiat ker kamu nie EP".. aku hanya mampu tersenyum...

Sampai di rumah, aku hantarnya ke rumah emaknya di sebelah blok sana, emaknya hanya mampu mengalir air mata sambil mengucapkan terima kaseh. Emaknya hanya mampu menangis mengenangkan anak perempuan tunggalnya yang telah hilang serinya. Dalam hati aku bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang walaupun pada pandangan mata ku ada kekuranganya, namun aku berbangga akan sifat kemanusiaannya.

Hari hari bagitu laaa rutin nya, dan hari hari jika ada peluang aku akan memujuknya sehingga teman teman setempat kerja melabelkan aku sebagai pekerja kebajikan...

Aduh... seksa sungguh nak xplain pada mereka apa yang telah terjadi...yang mampu hanya mendiamkan diri dan bersabar menahan hati yang panas...

Lama jugak tak jumpa dia , sejak akhir , aku jumpa dia di Komplek Wilayah. Bila di tanya katanya menunggu seseorang, aku tahu di situ selalu suaminya akan membawa dia makan (kat Jln Doraisamay).

Lewat beberapa waktu, emaknya kembali ke rahmatullah, dan dia tinggal dengan adek lelakinya yang bekerja.

Hanya sebuah rumah merpati itu temapt mereka berdua tinggal tanpa sanak saudara, tanpa jiran yang memperdulikannya, dan tanpa jemu jemu mata mata jalang sang lelaki rakus menanti saat ingin menikmati keenakan suam suam kuku tubuhnya, kerana serinya masih ada.

Dimana mata hati mereka, tidak kah mereka kasihan pada seorang hamba yang tidak berdosa itu.

Aku puas disindir kerana tugas ku telah selesai, bila ada orang memberitahu yang ada org datang mengambilnya pergi ke suatu tempat yang mereka pun tak tahu...

Hanya aku tahu di mana dia berada sekarang, dan jika ada peluang, aku kan kesana berjumpa dengannya, walaupun dia tak kenal orang, namun andainya dipanggil dia pasti datang , dan bermanja.
Aku sering bertanya kabarnya, sambil menyisir rambutnya yang telah ilang serinya,sambil berbedak pada wajahnya yang telah kusam dan masai..

Sebelum pulang saperti biasa dia akan suakan pipinya yang cengkung padaku untuk diciumi, walaupun aku rasa sedikit janggal..aku gagahi jugak menciumnya kerana Allah...aku hadiahkan secebis kasih sayang dan ciuman yang hinggap di pipinya sehingga dia rasa puas.., aku nampak dia menangis dan mengesat air matanya..

Lama jugak aku tidak melawatnya, kerana tugas yang harus ku bereskan sehingga laa satu hari, aku menerima panggilan dari pejabat kebajikan masyarakat yang mengatakan dia telah kembali ke rahmatullah...

Tamat laa sudah sebuah kehidupan wanita cantek yang inginkan payung emas di syurga, walaupun tidak pasti dapat memilikinya, namun sekurang kurang dia telah berusaha mendapatkannya. Semoga Allah memayunginya dengan rahmat yang tak terhingga.

Al-fateha..
 
Menghijaukan rumah dengan pokok hiasan
08.08.04 (3:52 pm)   [edit]



“BUAT apa nak hias-hias dengan pokok bunga. Rumah kita bukan ada tanah,” kata penghuni pangsapuri di ibu negara kepada jirannya.Ramai beranggapan jika tinggal di rumah pangsa atau pangsapuri, mereka tidak berpeluang mencipta `halaman' kerana keluasan rumah yang terhad.

Sebenarnya ia banyak bergantung kepada cara dan kreativiti anda menghias rumah. Anda tidak memerlukan rumah yang besar, yang penting adalah bagaimana anda mahu mencorakkan rumah anda.

Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah di mana anda mahu menempatkan ‘halaman’. Bagi yang membeli pangsapuri beranjung, ia lebih mudah. Anda boleh menggunakan keseluruhan anjung sebagai taman.

Tetapi bagi pangsapuri yang tiada anjung, jangan susah hati. Anda boleh menjadikan suasana kediaman lebih segar dengan meletakkan pokok hidup di dalam rumah.

Biasanya, pangsapuri mempunyai balkoni depan pada pintu masuk. Di sini anda boleh memulakan langkah menghijaukan rumah dengan meletakkan pokok hiasan di kiri dan kanan pintu masuk. Pastikan ia tidak mengganggu laluan.

Pilih pokok hiasan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam pasu; contohnya palma kecil atau paku-pakis. Elak memilih pokok yang berbunga, banyak daun halus dan mudah gugur atau pokok jenis herba, terutama jika anda termasuk dalam golongan yang selalu sibuk.

Pokok berbunga memang cantik tetapi ia memerlukan penjagaan rapi kerana bunga dan daun yang gugur akan mengotorkan laluan masuk. Lebih buruk, jika tidak dibersihkan, ia akan berterbangan ke kawasan jiran apabila ditiup angin.

Pada balkoni hadapan juga anda boleh meletakkan rak kasut. Seeloknya pilih rak bertutup supaya tampak lebih kemas. Di atas rak ini anda boleh menghias dengan pokok yang comel seperti kaktus.

Jumlahnya, bergantung kepada kreativiti anda. Atur mengikut ketinggian atau jenis kaktus. Paling penting, beli pasu tambahan yang cantik (juga dipanggil pasu hiasan) dan masukkan pasu asal kaktus di dalamnya.

Ia bukan saja bertindak sebagai penyeri, bahkan dapat melindungi rak daripada terkena air apabila anda menyiram kaktus tadi. Di dalam rumah, anda boleh meletakkan pokok hiasan di atas meja tamu, meja sisi, meja konsul, di sudut ruang tamu atau pun di atas televisyen.

Anda boleh memilih tumbuhan jenis daun atau berbunga ringkas seperti orkid (jika mahu diletakkan di atas meja tamu pastikan orkid berbunga!). Berhati-hati memilih jenis tumbuhan supaya ia tidak mengganggu kesihatan keluarga atau tetamu yang bakal berkunjung. Jika ada ahli keluarga yang lelah elak memilih pokok paku pakis kerana ia menghasilkan spora.

Secara amalinya, pokok jenis daun lebih mudah dijaga dan mampu menghasilkan pemandangan dalam rumah yang lebih hijau, segar dan berseri. Sekali lagi, untuk semua jenis pokok di dalam rumah, anda perlu membeli pasu hiasan yang tidak berlubang dan masukkan pasu asal di dalamnya kecuali anda menggunakan pasu atau vas yang cantik.
 
MENGASIHANI ORANG YANG BERDOSA
08.05.04 (4:31 pm)   [edit]


MENGASIHI ORANG BERDOSA


MASIH segar dalam ingatan kaum Muslimin tatkala Rasulullah bersabda, “Aku bermimpi dalam tidur sedang memegang segelas susu. Kuminum hampir habis susu itu sampai rasa kenyang menyelusup di kuku-kukuku. Lalu sisanya kuberikan kepada Umar bin Khatab.”


Waktu itu Seorang sahabat bertanya, “Apa takwilnya, ya Rasulullah?”

Nabi menjawab, “Ilmu.”

Nyatanya, semasa memegang jawatan khalifah, Umar bin Khatab terkenal dengan kekerasan dan kegalakkannya. Akan tetapi, ilmunya menerangi semua sikap hidupnya, sehingga dalam memutuskan sesuatu perkara, yang dipedomaninya adalah kecerdasan pemikirannya, bukan sentuhan perasaannya. Selaku penguasa ia tidak terpengaruh oleh kemarahannya, kesedihannya atau kepentingan peribadi dan keluarganya.

Ia pernah berkata, :Membatalkan hukuman dengan diam-diam, bagiku lebih baik daripada melaksanakan hukuman dengan diam-diam.”

Sebab, membatalkan hukuman biasanya dilandasi oleh kebijaksanaan dan keampunan, sedangkan menjatuhkan hukuman membawa kepada rasa benci dan balas dendam. Apalagi jika dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Seorang ayah pada suatu saat datang kepada umar dan mengadu, “Anak perempuanku, wahai Amirul Mukminin, pernah terjerumus ke dalam dosa besar. Ia patah hati, lantas mengambil pisau dan mengerat lehernya sendiri. Untung aku mencegahnya. Anak itu kuselamatkan, lukanya kurawat dengan cermat hingga ia segar bugar kembali.”

Umar merungut, “Hem, mujur anak engkau itu. Bunuh diri adalah tanda kekufuran. Ia harus bertaubat.”

Ayah itu menjawab, “Memang itulah yang dikerjakannya sesudah itu. Ia menyesal dan bertaubat dengan sungguh-sungguh. Sekarang ia dipinang seorang pemuda untuk menjadi isterinya. Apakah dosa itu harus kuceritakan kepada calon suaminya, wahai Amirul Mukminin?”

Umar bertitah lantang, “Apakah engkau bermaksud membongkar aib yang sengaja telah ditutupi Allah takdir-Nya? Demi Allah, seandainya kau melakukan hal itu, akan kuhukum engkau sedemikian rupa di depan masyarakat sehingga menjadi contoh yang pahit bagi yang lain. Tidak, jangan kau ungkap kembali cacat yang sudah terhapus itu. Nikahkanlah puteri engkau sebagaimana layaknya seorang perempuan terhormat dan Mulimat yang taat.”

Mungkin itukah yang dinamakan kearifan dan tumbuh dari rohani yang bersih dan adil. Umar tidak segan-segan menceritakan kesalahannya kepada hakim dan meminta petanda mencabuknya sesuai dengan besar kecil kesalahan yang dilakukannya. Di punggungnya membekas jalur-jalur cemeti petanda itu, tanpa sekelumitpun Umar menampilkan kuasanya sebagai khalifah untuk diberi keringanan.

Namun, umar tidak ingin kecacatan orang lain diperhebohkan. Sebab, terhadap orang bersalah, yang diharapkan adalah memperbaiki, bukan memerosokkannya ke dalam kejahatan yang lebih besar. Kepada penjahat yang telah selesai menjalani hukumannya, seharusnya masyarakat memberi kesempatan untuk menebus dosanya di masa lalu, bukan mengasingkannya sehingga terpaksa mereka terperangkap ke dalam keburukan kembali.

Seorang lelaki seraya termengah-mengah datang menghadap Umar. Mukanya merah padam dan suaranya menggeletar manakala ia bercerita, "Wahai Amirul Mukminin. Saya melihat dengan mata kepala sendiri, seorang pemudan Fulan dan pemudi Fulanah berpelukan dengan mesra di belakang pohon kurma.”

Lelaki itu berharap Umar akan memanggil kedua asyik masyuk itu dan memerintahkan petanda supaya menderanya dengan cemeti.

Ternyata tidak. Umar memegang leher baju lelaki itu. Sambil memukulnya dengan gagang pedang, Umar mengherdik, ”Kenapa engkau tidak menutupi kejelekan mereka dan berusaha agar mereka bertaubat? Tidakkah kau ingat akan sabda Rasulullah s.a.w., ‘Siapa yang menutupi aib saudarannya, Allah akan menutupi keburukannya di dunia dan akhirat’.

Dalam fikiran Umar, bila kedua pemuda-pemudi itu dimalukan di tengah orang ramai, boleh jadi mereka akan nekad lantaran tidak tahu kemana hendak menyembunyikan diri. Bukankah corak maksiat yang lebih parah akan mengurung mereka dalam nista berterusan?

Pada waktu yang lain, seorang Muslim diheret ke hadapannya kerana telah mengerjakan suatu dosa yang patut menerima hukuman cambuk. Tiga orang saksi mata telah mengemukakan kenyataan yang membuktikan kesalahan lelaki Muslim itu. Tinggal seorang lagi yang merupakan penentuan, apakah hukuman dera harus dijatuhkan atau dikurungkan.

Ketika saksi keempat itu diajukan, Umar berkata, “Aku menunggu seorang hamba beriman yang semoga Allah tidak akan mengungkapkan kejelekan sesama Muslim dengan kesaksiannya.”

Dengan lega saksi keempat itu menyatakan, “Saya tidak melihat suatu kesalahan yang menyebabkan lelaki itu wajib dihukum cambuk.Umar pun ikut bernafas lega.

 
Kata-kata hikmat Saidina Ali
08.05.04 (3:34 pm)   [edit]
Kata-kata hikmat Saidina Ali untuk diamalkan

* Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa khusyuk.

* Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

* Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

* Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak.

* Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

* Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

* Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

* Barang siapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak, sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
------------------------- ------------------------- ----------------------

Subhannallah "Ya Allah, terangilah hidup dan matiku dengan hidayahMU" Tabahkanlah diriku menghadapi dugaan dariMu..."

 
Ujian bagi Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
08.05.04 (3:32 pm)   [edit]
Ujian dalam bidang Ilmu

Suatu ketika "Jibril" datang menghadapnya dengan membawa kendaraan Buraq,
katanya: "Aku diperintahkan Allah untuk mengantarkan engkau menghadap-Nya, kendaraan telah aku siapkan". Sejenak terdiamlah Abdul Qadir, dan karena keluasan ilmunya, maka tahulah ia bahwa yang datang bukanlah malaikat Jibril a.s. yang Sebenarnya, akan tetapi iblis yang dilaknati Allah yang menyihir wujudnya. Abdul Qadir menjawab: "Enyahlah, wahai engkau Iblis yang dilaknati !". Namun seketika Iblis tetap Iblis, tidak berhasil dengan cara halus, ia menggunakan cara yang paling halus dengan menaikkan kemampuan yang digodanya, katanya: "Baiklah Abdul Qadir, engkau telah selamat dari rencanaku berkat keluasan ilmumu". Bukanlah seorang Abdul Qadir apabila ia bangga dengan ucapan Iblis sedemikian itu, namun sebaliknya ia
menjawab: "Jangan kau goda aku, aku selamat dari godaan ini bukan karena keluasan ilmuku, akan tetapi karena berkat Rahmat Allah lah maka aku lepas dari perangkapmu".


Ujian dalam bidang Ekonomi

Ujian yang berkaitan dengan kebutuhan jasmani ini terjadi di saat Abdul Qadir berada di hutan belantara, jauh dari makanan dan minuman. Lama ia menahan haus dan lapar, tiba-tiba turunlah hujan, dan sang Syeikh dapat meredakan dahaganya. Dan tidak terduga memancarlah sinar terang, dan ia berkata: "Akulah Tuhanmu, sekarang bagimu telah aku halalkan segala yang haram". Mendengar kata-kata itu segera Abdul Qadir membaca ta'awwudz: "A'udzubillahi minasy-syaithanir-rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk). Karena jelas bahwa perkataan itu jelas bukan dari Tuhan, sebab Allah tak mungkin memberikan prioritas kepada siapapun untuk menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan-Nya, termasuk dirinya. Syaitan meninggalkan dirinya dengan berujar: "Dengan Ilmu dan Rahmat Allah lah maka engkau selamat dari tipu dayaku".


Ujian kekhusyuan dalam Beribadah

Pada suatu malam saat Abdul Qadir shalat di Masjid Manshur, merayaplah seekor ular dengan moncong terbuka merayapi sejadahnya. Ketika akan sujud, diangkatnya ular itu dan ia meneruskan sujudnya. Saat ia membaca tahiyat, ular itu merayap ke pangkuan dan melingkari lehernya yang kemudian selesai taslimah. Keesokan harinya ketika ia akan tafakkur, ia berjumpa dengan seorang laki-laki dengan kedua mata vertikal -- yaitu jin -- yang berkata
kepadanya:
"Akulah ular kemarin yang datang kepadamu, banyak sekali aku menguji para hamba Allah dengan cara semacam kemarin, beberapa di antaranya tenang dari luar namun gelisah di dalam hatinya, sedangkan sebagian lagi tenang dalam hatinya tetapi resah di luarnya. Dan bagimu tidak ada engkau termasuk golongan yang pertama dan bukan pula yang kedua."

 
Hak Sesama Insan
08.05.04 (12:02 am)   [edit]
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Orang Islam merupakan saudara kepada orang Islam yang lain, dia tidak boleh mengkhianati, tidak boleh menipu dan tidak boleh membiarkannya. Setiap orang Islam haram mencabuli kehormatan saudaranya, hartanya dan darahnya. Ketakwaan itu terletak di sini (sambil menunjuk ke dadanya). Seseorang itu sudah boleh dianggap jahat apabila dia menghina saudara Islamnya.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

------------------------- ------------------------- ------------------------- -----

Kesimpulan Hadis:

1- Haram mencabuli kehormatan, harta dan darah orang Islam yang lain.
2- Larangan dari menghina orang Islam yang lain kerana tindakan tersebut merupakan satu kejahatan dan boleh membawa keruntuhan moral.
3- Sepatutnya setiap orang umat Islam dapat mengelakkan dirinya dari bersifat dengan sifat-sifat ini supaya persaudaraan Islam dapat direalisasikan dengan baik.

 
RINTIHAN HATI
08.04.04 (11:58 pm)   [edit]


Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk dan sujud
di tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat Al
Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau
menggentel biji tasbih dengan berzikir dan bertahmid.
Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada fakir
miskin.

Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang tak
bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa sehari berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada membayar zakat, menunaikan haji dan sebagainya.

Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan antara
bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak
perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan
rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah yang
besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak ramai
yang mampu melakukannya.

Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan
seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba
yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke dunia,
tak membawa walau seurat benang di tubuh. Justeru hati
sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, sentiasa
mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung
kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas
segala nikmat kurniaanNya.

Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan
Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam sembahyang,
fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di luar sembahyang. Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku
juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa
kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila
engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yang
engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku
mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu
kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu,
sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah
yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di
dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala
keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua
takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke
alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu.”

Memang wajar kita mengingati Allah yang telah banyak
memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa ingat
akan kita. Yang terus saja memerhatikan kita. Yang
terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki
kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.

Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang terlalu
banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta,
cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang
dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia
kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya
di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia
tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita
sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang
maksudnya:

“berfikir sesaat itu lebih baik daripada
sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk).”

Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa berfikir
tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan
meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah.
Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa
hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu
bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan diri,
lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita yang
terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan
mengharap rahmat Allah yang maha luas itu. Datanglah
perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari setitik
air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam
kehinaan selama-lamanya.

Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punya
kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya.
Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya belas
kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan diri
daripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernah
ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati
seorang tuan.

Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke
atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih
walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang
ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak
mendengar rintihan hati hambaNya.

Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati
si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia
berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan
daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan
ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak
terputus kepada Tuhannya.

Hukama berkata: “Allah lebih suka mendengar rintihan
hamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripada
seorang abid yang duduk beribadah.”

Demikian tingginya nilai rintihan hati seorang hamba dibandingkan dengan ibadah lahir. Ibadah lahir belum tentu melahirkan rasa kehambaan, kerana boleh jadi seorang yang beribadah itu berasa selamat dengan ibadahnya.

Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadap
Tuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen.
Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah
mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada
sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman.
Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini. hanya hamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai rasa kehambaan.

Seorang hamba yang hatinya sentiasa ingat dan merintih
kepada Allah tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah
dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian, dan
tidak menderita dengan kejian. Hati sentiasa merasa
serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semua
keadaan. Inilah yang dikatakan hati yang hidup, yang
sentiasa dalam beribadah. Apatah lagi jika ditambah
dengan banyaknya ibadah lahir seperti sembahyang,
puasa, sedekah dan sebagainya; makin tinggilah darjat
si hamba di sisi Khaliqnya.

 
Menafaatkan Ilmu
08.04.04 (11:50 pm)   [edit]
sedikit dr saya utk renungan semua.....

"Yang menyesal pada hari kiamat ialah: org yg ada kesempatan utk menuntut ilmu, tetapi tidak mempergunakan kesempatan itu selama dia hidup di dunia; dan org yg mengajarkan ilmunya, org lain mengambil manfaatnya sdgkan dia sendiri tidak medapatkan manfaat tersebut"
(petikan hadith)

"Janganlah kamu duduk di samping org yg berilmu, kecuali dia mengajak kamu menghilangkan 5 perkara dan menanamkan 5 perkara:Menghilangkan ragu dan menanamkan yakin, menghilangkan riak; menanam ikhlas, menghilangkan cinta dunia, menanamkan zuhud; menghilangkan siat sombong, menanamkan sifat rendah diri dan menghilangkan permusuhan, menanamkan persahabatan."
(Abu Nu'man)

 
Elak subahat perkukuh iman
08.04.04 (5:32 am)   [edit]

DARIPADA Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir, katanya, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas) dan yang haram itu terang, dan antara kedua-duanya pula ada perkara yang subahat (tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh orang ramai.

“Orang yang memelihara dirinya daripada perkara yang subahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya.

“Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat akan tergelincir ke dalam perkara haram.

“Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk dia ke dalam tempat larangan itu.

“Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan dan tempat larangan Allah itu adalah perkara yang diharamkan-Nya dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging.

“Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”
 
Kembar
08.02.04 (3:54 pm)   [edit]


Dek ,
Masih ingat lagikah?
 
Comel
08.02.04 (3:53 pm)   [edit]
 
Mekar sejambak
08.02.04 (3:50 pm)   [edit]


Suatu hari di taman bunga
Suatu waktu di senja nan merah
Aku terpegun melihat keindahan alam
Ciptaan Maha Pencipta sekelian alam.

Aku terpegun
Dengar segala pancainderaku
Ku pungut segala sesuatu
menjadi pedoman di masa hadapan
 
Sabar
08.02.04 (3:42 pm)   [edit]
RASULULLAH saw bersabda bermaksud: “Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab: Ya. Allah bertanya lagi: Kamu mengambil nyawa buah hatinya? Malaikat menjawab: “Ya”.

“Allah bertanya kali ketiga: Apakah kata hamba-Ku? Malaikat menjawab: Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali. Allah memerintahkan malaikat-Nya:

Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Hibban).

Apabila keimanan seseorang itu kukuh dan mencapai kedudukan istimewa, pasti segala kejadian dan musibah yang berlaku menjadi kecil pada dirinya.

Seseorang itu pasti menyerahkan segala yang menimpa kepada Allah tanpa bimbang, kecewa dan sedih, bahkan menerimanya dengan perasaan tenang serta sabar.

Dengan perkataan lain, dia reda terhadap qada dan tunduk terhadap takdir Allah. Inilah sifat yang harus ada pada mukmin sebenar.

Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amat berat, namun terlalu besar ganjarannya berbanding ujian lain.

Hal ini termasuk kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka, di mana pada akhirat anak itu akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) kepada mereka yang menjadi ibu bapanya.
 
Hadis: Manusia perlu memohon sesuatu daripada Allah
08.01.04 (11:35 pm)   [edit]

DARIPADA Abu Abbas, Abdullah bin Abbas, katanya: "Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah saw (di atas haiwan tunggangannya ),lalu Baginda bersabda maksudnya: “Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu.

“Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.

“Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah.

“Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudarat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catatan.”

Hadis di atas jelas memberitahu umat manusia bahawa tiada suatu kuasa di alam ini yang paling agung selain kehendak Allah. Semua yang berlaku di alam ini adalah atas kehendak-Nya, tanpa izinnya sesuatu itu tidak akan berlaku.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita hendaklah yakin bahawa kepada Allah saja perlu berserah. Kita hendak memohon dan meminta daripada Allah semata-mata, tidak kepada yang lain.
 



moon phases
 


Image hosted by Photobucket.com





Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..