 Blog For Free!
Archives
Home
2006 May
2006 April
2006 February
2006 January
2005 December
2005 November
2005 September
2005 August
2005 July
2005 June
2005 May
2005 April
2005 March
2005 February
2005 January
2004 December
2004 November
2004 October
2004 September
2004 August
2004 July
My Links
nuratie's blog
nuriman's blog
senja's blog
permataku's blog
krismann.tblog
aluni_panji2
makngah's blog
ukhuwah
Mymasjid
Ukhuwahmymasjid
pelangipagi's blog
Petua Kecantekkan
Petua orang lama
Zindagi Homepage
e-pondok
Dejavu
Xxul Gaban
Resepi
Resepi2
Resepi3
Kak Wan
bidah temanku
kembara_7
Wanitajim
tBlog
My Profile
Send tMail
My tFriends
My Images
Sponsored
Blog
Free Hit Counter
Senja yang merah, menggamit datang malam yang sepi, menghantar pergi pagi yang ceria..

|
| Zalimnya |
| 05.04.06 (4:38 pm) [edit] |
|
Semalamlepas maghrid, teringin nak makan burger spesel yang dimasak dek anak bujang yang melepak kat umah mak usu blok 10 tu, dia belum dapat kerja lagi, jadi sesambil tu dia tolong pak usunya berniaga.
Lepas turun dan merewang sekejap, si iena yang g beli burger dan prepaidnya tu , bawa balik sicomel gebu kucing neighbour yang bila tuannya pulang ke kampong dia akan bertengek depan pintu grill minta makanan. Biasalaa.. rumah keduanya .. dah ketahui jiran jiran yang naik tangga pangsapuri tu. Dapat laaa lepas geram, mengomoikan si putih gebu tu, nama jer jantan, tapi lembik ngalahkan si betina yang comot tu.. tapi satulaa. walaupun kecil dan comel, tapi sayang, muka comot ngan kurap... kalau ada peluang bila tuannya balik kampong, si iena atau nurul akan turun "mencuri" siputih gebu tu, aaaa.. apalah.. beroperasilaaa kami anak beranak.. mandikan dia, sampoo kan dia.. pelbagailaa.. pastu, lumur ngan ubat gamat kat kurap tu... InsyaAllah akan hilang kurapnya.. Itu cerita si putih gebu.... tapi ini cerita sitawil cicak, dah laaa bulunya macam tupai dan warnanya macam cicak, tak cantek pada pandangan mata org tapi cantek pada pandangan mata embunpagi. Memang jarang dia menonjolkan dirinya, sesekali dia akan datang meraih perhatian, dia juga comel macam siputih gebu, kerana dia kecil sedikit dari siputih gebu, senanglah cekup dia bila lalu kat lorong nak masuk ke rumah. Ni ceritanya, pagi tu si nurul turun nak g beli prepaidnya, dah abis, dan dok asyik meminjam jer hp orang lain. Bila dia pulang, dia bawa balik sitawil, apa lagi, mulalaa nak gomoi dia..sebab comel dan montel walaupun comot... tapi langkah sedihnya bila melihat sekurang2nya 5 ini panjangnya torehan diperutnya itu, walaupun lukanya tak dalam , tapi masih kelihatan tompokan darah... aduh.... rasa ngerinya... apalagi... memasing mulalah beroperasi membantunya..si nurul mengambil baju buruknya, si iena mengambil minyak gamat, dan ayahnya dengan cotton budnya... reramai kami mengubati jalur lukanya.. kasihan melihat dia meronta.. ayahnya kemudian keluar ke tc permata belikan friskies untuknya... kami kurung dia kat dalam rumah... buat beberapa hari sehingga lukanya pulih.... Maha suci Allah yang penuh dengan sifat Ar rahman dan Ar rahimnya, luka tu pulih dan tak nampak lagi jalurnya.. kami lepaskan dia untuk bebasa kembali menikmati kebebasannya sebagai binatang peliharaan tanpa tuan. pagi tadi ternampak sitawil cicak bawah kereta, tidur.... bila lalu dekat dengannya, dia bangun dan merenung.... dibenak terfikir sekejap, masih ingat kah dia akan daku??????
|
|
|
| |
| Andainya rindu mencengkam |
| 05.02.06 (1:46 am) [edit] |
|
entah kenapa tetiba perasaan rindu yang amat sangat datang menerjah dikalbu. Rindu pada si dia yang telah lama menghilangkan diri, membawa diri ke tanah seberang demi mencari kebenaran.
Aduhh.....kapan bila perasaan itu bisa ditebus kembali. Rasa macam nak terbang kesana bertemu dengannya. Entah dia juga merindu atau sekadar melupai kenangan lalu. Apapun sekadar beroda agar dia selamat dirantauan. Dia berjuang demi menegangkan sebuah kebenaran... dan menuju perjalanan hakiki.
Wahai angin ... bawalah rinduku kepadanya....
|
|
|
| |
| Tahniah |
| 04.16.06 (5:44 pm) [edit] |
|
Ku panjat rasa syukur yang amat sangat, akhirnya walaupun mendapat kerja sebagai perpustakaan sambilan dipejabat swasta , namun sekurang kurangnya tidaklah terasa kasihan pada dia yang telah 3 tahun menanam anggur berpagola rendang tak berbuah. Sekurang kurangnya dia akan keluar rumah mencari kegembiraan yang telah lama tenggelam bersama derita. Kesabarannya dalam menghadapi tekanan setiap hari kerana menjadi siswazah pengganggur bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Semoga sinar mentari pagi akan beriringan dengannya mengorak melangkah mencari rezeki dibumi Allah . Tahniah Iena.. mama senantiasa mendoakan yang terbaik buatmu. Semoga Allah memperkenankan dan mempermudahkan perjalanan hidupmu setelah diberi dugaan yang kecil untukmu tabah mengharung kejayaan.
|
|
|
| |
| Bertunang |
| 04.16.06 (5:31 pm) [edit] |
|
Alhamdulillah, pagi sabtu 15/4/2006, telah selamat bertunang si adek ngan pemuda pilihannya. Anak ketiga panggilan adek bagi pasangan kakak dan abang ipar ini kerana tidak mempunyai anak dalam jarak yg agak jauh selepas melahirkan adek. Manjanya persis seorang kanak kanak biarpun usianya sebaya usia along embunpagi. Ringkas sahaja majlis itu namun ada sedikit kecacatannya. Kesedihan terpancar jua dihati sang ibu yang membawa hasrat untuk bermenantukan si adek yang lembut. Bukan kerana tidak diterima tapi kerana siayah buat pasangan lelaki tidak menghadirkan diri kerana ada urusan lain. Dari awal lagi siayah nampak tidak bagitu berminat untuk membina masjid buat anak lelakinya. Adakah kerana status yang dipegang itu membuat ia merasa tidak layak duduk bersama dalam bakal keluarga itu. Adakah kerana keturunannya pewaris nabi maka dia tidak boleh merendah diri. Aduh terasa sungguh dihati, tidakkah dia tahu bahawa qada dan qadar Allah itu satu ketentuan walaupun kita mengelak. Apa akan terjadi andainya si anak itu perempuan... bagaimana jodohnya nanti.... Termenung sekejap mengenangkan manusia yang masih angkuh tika dunia menuju ke akhir zaman.
|
|
|
| |
| Serupa jerrr |
| 04.12.06 (5:26 pm) [edit] |
|
Alhamdulillah, pagi ni bangun cam biasa, sebelum subuh, lepas mengeliat kekiri kekanan, halwa telinga disirami dengansuara azan subuh dari masjid Ukay Heights... hehe.. sejak kebelakangan ini terdengar setiap masuk waktu solat azan berkumandang dari arah timur ... Dulu dulu azan selalu didengari dari surau dekat rumah tu, tapi sekarang sejak ustaz tu pergi meninggalkan alam fana ini , sudah tidak ada penggantinya, dan perebutan kuasa pun terjadi. Entahlah manusia ni tak pernah puas dengan apa yang ada depan mata yang boleh mereka pandang, tapi tak boleh mereka fikir. Malas betul nak join , talking talking yang sebagitu.
Saparti biasalah jadi lipas kudung, kesana kemari, entah apa yang disiapkan pun tak tahu, yang tahu cuma seterika 3 helai baju termasuk seluar untuk kepejabat dan darling nak pakai jumpa kawan.
Sejak dia bersara nie, dah jarang seterika seluar kerja dia...sebab dia jarang pakai .. selalunya pakai yang simple jer... tak der lagi kemeja panjang ngan slack hitam kelabu pelbagaiannya.
Kekadang tu timbul rasa kasihan pulak nengok dia tu, bukan apa... darling tu tigngal seorang kat umah... lepas anto sweetheart nye g kerja.. dia pun ronda rondalaa... mana yang dia suka...
Selalunya dia akan g tau apa rancangan yang dia dah nonton, selalunya wanita hari ini... kalau topik menarik dia akan citerlaa... kalau tak menarik... tak ada apa laa...
Kekadang tu terfikir gak nak berhenti kerja ,.... temankan dia , tapi bila terkenangkan adek masih menuntut, tak jadi laaa sebab budget masih tight.. along pun bantu sikit sikit jerr... angah pun gitu jugak... lepas laaa buat duit roti canai dan teh tarik abahnya....
|
|
|
| |
| Percaya pada ketentuan qada dan qadar. |
| 04.11.06 (11:54 pm) [edit] |
|
Percaya tak, kalau dikatakan apa yang terjadi pada kita dihadapan sesaat tidak kita rancang dan impikan. Kerana apa yang berlaku adalah ketentuan maha pencipta. DIA mencipta kita dengan sempurna dan teratur, yang selalu membuat perkara jadi tidak seimbang adalah kerana kita suka melawan takdir.Andainya kita meredhakan apa apa yang terjadi dan menerimanya dengan senang hati tanpa membicarakan sebab dan musababnya pasti kita merasa cukup bahagia.
Tak pernah terfikir difikiran bahwa kehidpan yang sedang dilalui sebenarnya diatur oleh Penciptanya.. kerana, pada tujuan asalnya tidak ada dalam perhitungan untuk kekal disana bila abis waktu service dan menghabiskan waktu usia senja disitu. Dan tak terfikir juga yang adek akan mengambil pendidikan tingginya dekat ngan umah baru. Senang bila balik kampong ... sehaluan , tanpa keluar belanja. Maklumlah.. satu dah bersara wajib, pasti kewangan pun terhad perbelanjaannya.
Sesungguhnya, dengan mempercayaii qada dan qadar, ia menyedarkan kita betapa kerdilnya kita disisi Allah, pencipta sekelian alam yang berkuasa memerintahkan sesuatu yang diingininya berjalan mengikut jadual. Alhamdulillah... dia memberi pertunjuk, dia memberi jalan keluar, dia memberi penerangan dan dia membawa kejayaan dan kegemilangannya hamba hambaNya. Redha laa dengan setiap perkara yang terjadi,kerana ujianNya adalah untuk meningkatkan keimanan kita sebagai hamba yang patuh akan perintah Tuhan. .
|
|
|
| |
| Adakah |
| 04.11.06 (11:30 pm) [edit] |
|
Dalam dok sibuk sibuk meraikan orang kampong yang jadi "Ketua Menteri", dan dalam dok sibuk sibuk nak cantekkan kawasan perkampongan ketua menteri tu, adalah baru baru nie... dilancarkan Minggu kesenian dan warisan... hehe.. bukan main sibuk lagi ngan pertandingan pelbagainya..
Ada pertandingan memasak ikan tawar... apa lagi... masak lomak cili padi laaa.. podeh.. ke podeh...
Ada pertandingan karaoke.... aduhaiiiii... tak ada lagu mawi yaa.... semuanya lagu asli....hikssss..
Ada pertandingan melukis... dan pameran...
Adalaaa pameran dari kraftangan dan istanan budaya..
teater musikal suzana@60.... alamak.... zul yahya dan safura berlakon laaa..... favorite artis tu....
hmmm.... mesti tonton punyalaa... selepas menonton .. puteri gunung ledang the musical.. nak tahu.. ada peminat dari singapura turun ke kl, demi teater tu.. katanya kat singapura tak ada teater berbahasa melayu.. dia kemari semata mata nak menonton teater nie... cerita punya cerita...tak terkata .. bila dia berjiran dengan sepupu diblok dia tinggal... apa lagi.. cerita panjang laaaa...
yang geli hati tu kan.. malam penutup minggu kesenian tu ... adalah artis artis ternama datang untuk menghibur dan bermesra ngan peminat dari kampong nie...tapi tu laaa... kalau kat KL tak g nengok depa nie... tak kan balik kampong terserempak ngan mereka.. nak g jegil biji mata kat padang tu...
hik... banyak hal lain nak buat....
apa pun.. itulaaaaaa sebahagian dari kehidupan...
tunggu ya... nak citer bab lain pulak...bila jari rajin mengetuk kekunci...
|
|
|
| |
| Dah ke tentuan |
| 04.11.06 (11:22 pm) [edit] |
|
Dalam pada dok siuk ngan rumah baru, baru masuk rumah baru selepas ambil kunci dan setelkan segalanya.
Berselisih faham ngan pemaju yang hendakkan tunggakkan sebab katanya lambat bayar duit balancenya. Adakah gitu rupanya...padahal rumah tu dibeli dengan pinjaman kerajaan., Aduh... pemaju nie.. ndak duit jerr...
Oppssssss.... keliling rumah.. jira jiran semuanya sibuk ngan renovation rumah tanpa dapat CF lagi tu.. kit anie yang duit ciput nie kena tahan nafsu.. Alhamdulillah.. takkena compound, sebab tak tambah apa apa pun kat dinding atau depan umah.. ramai jiran yang kena compound antara RM200 - RM 500...
Apa ada ngan kompuan tu berbanding ngan harga renovation.. boleh beli sebiji lagi rumah....alahaiiiiiiiiii manusia.... tak penah puasa ngan apa yang mereka ada.
Buat grill, lampu , tambah itu dan ini.. dah langsai dekat RM10,000... nak simpan duit sebanayak tu makan masa yang panajang gak.. al maklumlah.. makan gaji.. bukan ada businesss... yang masukkk.. ribu ribu...
Apa pun cukup bersyukur kerana DIA mengajar kita erti kemewahan dunia dan cara menanganinya dengan cara bersyukur dan berterimakaseh kepada DIA.
Bila dikenang kembali, tiada rancangan asal untuk menetap disitu bila tiba waktunya, tidak ada ketentuan dan tidak ada penetapan bahawa selepas bersara dari kerjaya akan menetap di tepi bukit yang nyaman itu..
heheh.. kekadang tergelak sakan, bukan kerana geli hati tapi kerana dalam satu rumah ada dua stesen pemancar terpampang discreen henpon..
kalau kat bilik atas... terpampang.... "BEMBAN"... bila duduk di bawah... bersidai .. sambil nonton.. terpampang "RANTAU".. wahhhhhh....grand gak ya....
tak apa laa.. apa apa pun............ bersahaja laaa dalam semua hal...
|
|
|
| |
| Tergelak Besar |
| 04.11.06 (11:12 pm) [edit] |
|
Memang dah lama tak update abangnya.... kris, bukan apa sibuk memanjang, memandangkan keadaan tak mengizinkan,.ada waktunya membosankan, ada waktunay menceeriakan, ada waktu mengelisahkan jiwa memberontak tak tentu pasaal.
Apa pun yang paling seronok sekali waktu jiwa memberontak, segalanya akan terkeluar dari mulut, mujur tak celupar...
aaa.. ginilaaa.. akan di updatekan kembali...
maklumlah... tok gurunya dah bersara wajib... jadi anak murid kena pepandai bawa diri...
hehehe... apa pun terimakaseh buat abg kris...
lamunan terhenti laaa bang... sebab sibuk ngan blog lagi satu tu....
konon...konon... nak berjihad... ;-P
|
|
|
| |
| 4 perkara |
| 02.27.06 (4:42 pm) [edit] |
|
Hari hari berlalu bagai sebuah perjalanan usang, satu perjalanan dimana kita tidak bisa melihat apa yang kita lakukan sebentar tadi, apa yang kita fikirkan sekejap tadi, apa yang kita buat dalam sekelip mata , tanpa kita memikirkan setiap pergerakkan itu ada yang mengendalinya.
Tidakkah kita merasa bersyukur dan amat bersyukur kerana diberi udara untuk menghirup dan membersihkan jantung kita dengan kemasukkan osigen kedalambadandan membuat jantung kita bergerak mengikut rentaknya. Dengan bagitu jasad kita dapat bergerak dengan sempurna .
Tidakkah kita merasa bertuah , tinggal dibumi (tanah) yang subur dan mekar... dengan kehijauan pemandangan dan kesuburan tanah yang memberi rezeki pada manusia dan alam.
Tidakkah kita merasa lega bila kehausan kita dihakis dengan mengalirnya air kedalam tekak menyejukkan suhu badan yang sedang panas .
Tidakkah kita merasa panas dengan bahang api yang walau sekecil manapun ia, kepanasannya boleh membakar segala yang dekat dengannya.
Ingatlah.... semua itu adalah anugerah Tuhan yang Maha Esa, Yang maha penyayang, yang maha mengasihani, yang maha mengetahui setiap perjalanan anak Adam dimuka bumi ini.
Kembalilah ke asal tujuan kita dilahirkan dimuka bumi ini, kerana tidaklah dijadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Allah.
Salam Maal Hijrah.....
Sibuk... kekadang buat kita lupa apa yang patut kita buat.
|
|
|
| |
| Aduh malunya... |
| 02.05.06 (9:59 pm) [edit] |
|
Teringat peristiwa kereta ditunda dek tow truck gara gara kipas aircon terputus.
Citernya gini, malam sabtu saperti biasalah akan berhijrah dari satu negeri ke negeri lain untuk bersantai dan berehat hujung minggu. Lalu cam biasa jugaklah....mesti singgah kat gerai hujung bandar tepi jirat tu untuk makan sup dan mee goreng mamak yang cukup terkenal.
Lepas makan , kami pun naik kereta nak pulang ke rumah baru, entah dimana silapnya, tetiba temperature panas dan aircon yang dipasang rasa macam atas bara api. Terpaksalah berhenti ditepi highway, lalu bila bonet dibuka menyemburlah asapnya keluar.....heheh... aduh... terasa pening sekejap... apa lagi... dah memang jadi ahli persatuan otomobil tu, lalu tiponlaaa minta tolong...bagus dan cekap sungguh khidmat pelanggannya, sekejap jer dah sampai tow truck. Lepas dipereksa lalu si technician tu kata terpaksa kena tow ke bengkel kereta dan dia tanya kat mana nak bawa... Alaaa cam biasalaa kat mana lagi, bengkel keta kita org , lalu dia pun memasanglaaa garpu kat tayar depan tu...
hehe... terasa seronok gak bila duduk dalam kereta dan ditunda gitu... satu pengelaman baru...oopssssss...apa pun yang berlaku dan terjadi... semua itu adalah ketentuan Tuhan yang mencipta kejadian alam...
Aku bersyukur kerena dipermudahkan perjalanan itu walaupun digodanya dengan sedikit musibah. Terimakaseh Tuhan kerana memberi aku sedikit rasa gundah kemudian di hadiahkan dengan keceriaan supaya aku bersykur akan nikmatNya selalu.
|
|
|
| |
| Makan free |
| 01.23.06 (9:31 pm) [edit] |
|
Apa tu makan free???..
Ada orang kata makan free tu bila kita makan tak perlu bayor dan tak perlu memalu, makan jer apa yang dihidangkan. selalunya yang disebut makan free nie ialah bila ada keraian, ker=nduri kendara, festival laa... kalau nak tepat lagi.
hehe.. hari ini ada makan free lagi, ngan deejay yang berceloteh kat depan stage tu,... hehee comel comel... tapi tak seorang pun ambil pot, memasing sibuk mengunyah hidangan yang diberi percuma, satu set menu nasi beriani gam... ngan aiskrim dan bubur caca....huk....hukk... rezeki Allah ... sedap atau idak... makan ajalaaa..tapi kenapa mulut selalu tak leh nak katup rapat rapat... ada jer yang tak kena... lauk tak sedap laaa, nasi kurang masak laaa... ayam kecik laaa.. pelbagai lagi.. tapi makan sampai nampak trademark pinggan tu...lumrah manusia....gitulaaaa..
Tapi yang tak bestnya, bukan tahu bersyukur ngan nikmat Allah nie, membebel lagi... biarlaakan iya.. kalau dah syarikat nak bagi makan freee.... makan jer laaa diam diam...semuannya tak betul... entahlaaa...
|
|
|
| |
| Kenduri sana...kenduri sini... |
| 01.22.06 (8:07 pm) [edit] |
|
Hmm.........bercakap pasal pindah umah baru memang seronok, tambah lagi yang seronoknya...duit keluar bagai anak sungai mengalir pelan pelan... opsss... dia akan jadi deras bila hujan lebat... betui kaaa....
Pasang grill...sekian jumlahnya..
pasang lampu.... sekian jumlahnya...
pasang paip air ..... sekian jumlahnya...
tu belum lagi bab pasang tile...yang beraneka...
belum lagi bab pasang tembok berlin ker...cina kerrr atau tembok...apa apa laaa...yang boleh dikatakan tembok yang akan menggantikan pagar dawai kokot tu...
tapi tak apalaa... pelan pelan kata pak usu, lama lama penuh laaa umah tu bagai tempat pameran perabut. Maka akan jadi sempitlaaa.
aaa...kalau bab mencari barang antik tapi murah... tempatnya kat cash convertor... dapatlaaa satu dua barang yang boleh dibanggakan sebagai xklusif ...heheh
Tapi yang tak bestnya.. (mujur jugak)... jiran jiran terdekat semuanya bangsa asing...yang tinggal di bahagian hujung jalan . Umah kita dihujung jalan... ( end lot).. jadi tak laaa jadi semput.. bila kiri kanan jiran.. yang berlainan bangsa... cuma jira sebelah jer...seorang cina.. tu pun.. tak ada kat sini.. g korea dua tahun... jadi kosonglaaa umah tu...lega...cukup lega...
Aduiiiiiii... putih mata hitam ku... bila melihat original house tak serupa lagi.. sana modify, sini modify.. harga renovationnya sama ngan harga umah... heheh.. seronok gak.. bila majlis perbandaran datang buat pemeriksaan mengejut.. kena denda.. dan buat reassessment cukai pintu.. jadi kenalaaa depa bayo lebih ek....
Jadi kalau yang ada nak datang kat umah kita , bak kata seorang kawan, cari rumah yang lawa lawa dulu, baru jumpa umah yang tak lawa..itupun katanya secara kebetulan dia sampai.. kerana mencari capati kat restoran indah yang dah ditukarkan managementnya. lalu dia pun singgahlaa ke restoran indah dipinggir jalan.. jadi lepas makan..dia pun buat survey laa kat kawasan tu...
maka dia pun nampaklaaa umah yang lawo lawo... warna hijau, purple, mangrove , mahagony...oppsss..mahagony tu warna sofa laaa.. jadi katanya senanglaaa nak cari umah teman bila dia terasa nakmakan capati restoran indah d pinggiran bandar ekar,
Aaaaaaaa... meh citer bab kenduri pulak... alaa.. kita nie buat laa kenduri kecil2an... aja panggil saudara terdekat di kampong tu...
yang tak bestnya.. meka meka nie kan... pasang kemah... jemput kengkawan rai umah baru tu... ada karaoke lagi... tapi tak perlaaaa... dia tak ganggu kite pun...
aaa.. nie nak rayo nie.. meriahlaaa...kawasan tu.. seronok gak.. tapi memang tak ambik pot pun... biarlaaa dia orang bahagia cam kita orang jugak...
cuma tak sedap tu...jiran belakang umah tu... masyaAllah .. kalau dia panggil anaknya suruh mandi... boleh luruh bilik air tu...
yang satu tu pulak.. dia kata umah dia gelap.. minta tolong kat TNB pasang lampu... sebab tiang lampu depan umah dia... perhalllll la pulak.. kita yang nak kena mohon.. dia yang nak terang.. so kite cadangkan dia pasang jer lampu balkoni dia.. dia tak moh.. kedekut punya kaum... suka duduk dalam gelap...
tapikan hari tu... bila sambut raya, kita pasang lampu lip lap anak dia suka nengok... cian pulak.. kita pasang cuma 3 hari jer.. pastu kita tutup suisnya...
Lepas tu, baru baru nie dia kongsi ngan jiran dia pasang awning.. jadi senanglaa kalau ada orang nak masuk kat balkoni bilik atas tu..sebabnya.. tembok dia tak ada safety, boleh panjat.. hehhe.. tergelak laaa pulak, bila nengok jiran sebelah dia tu asyik dok pasang lampu tiap tiap malam.. yang dia masih tak moh pasang.. nampak lampu bilik jer.. balkoni masih gelap...
baguiii juga nooo.... dia pasang lampu balkoni tu secara tak langsung umah kita kena tempias cahaya lampu kalimantangnya..
Ni tgh dok pikiaq nak tanam pokok apa kat laman tepi pagar tu, yang ada tong sampah tu... makhluk makhluk kat situ semuanya jenis tak makan saman.. dia orang letak keta bila nengok umah gelap... sampai dua tiga hari ... geram menengoknya... umah orang lain tak moh diletakkan mentang mentanglaaa umah kita ada space yang luas utk letak keta....
payah gak ya... kalau ada jenis jiran yang tak moh pikiaq hak jiran...
takpa... biaq pi dulu... nanti jumpa pokok yang ngam .. kita semai kat situ yaaa.....
|
|
|
| |
| Asapppppppppp...........asappp... |
| 01.22.06 (7:43 pm) [edit] |
|
Satu petang, tatkala sedang santai santai dan relaks kat umah, tetiba hati tergerak nak goreng keropok yang dah lama terperap kat dalam tuperware yang diberi seorang kawan sewaktu dia g melawat kelantan.
Lalu di panaskan api. periok half moon jadi sasaran minyak buruh untuk mengoreng keropok tu...
maka selepas abis goreng keropok tu...ingatannya dah tutup api tu, tapi entahlaa .. agaknya gas maasih penoh dalam tong... maka adalah api kecil kecil...
hmm... sikecil tu tetap setia memanaskan kuali half moon tu... entah agaknya terlalu panas... maka berasaplaaaaaa..... dapur... pada mulanya ingatkan jiran sebelah yang hobinya kalau maasak nasi...pasti hangit nya... oppppsss.. mengata org nie... berdosa...
tapi lama kelamaan, asap tu merebak ke ruang rehat dan kawasan sekitarnya. Suami bangun dari tempat santainya terus kedapur... apa lagi teruslaaaa dia beraksi bagai seorang pendekar....
entah g mana... bila api dipadamkan... tetiba minyak disambar api... maka berasap tebal laaa.. seluruh dapur.. mujur api tu tak marak sangat.. kalau idak.. pasti cabinet dinding dimamahnya... apalagi berpesta asaplaaa pulak pepetang gitu...
Dengan kecekapan teknik aplikasi sewaktu jadi pengakap...(heheeh.. itu yang dia kata)... maka halfmoon kuali tu pun jadi arwah laaa.....hikk...hikk....hikkk..... tu kuali beli masa g PEKAN anto adek tu.... ke IKM... tak ada lagi laaa kenangan buat ingatan ...ada story tu masa beli kuali tu...
Jadi lain kali, kalau nak tutup api dapur gas, pastikan yang api itu betul betul padam, baru tinggalkan dapor, selagi ada api didapur, dan ada benda atasnya, jangan tinggalkan... bahaya woooo......
|
|
|
| |
|
| 01.19.06 (1:24 am) [edit] |
|
aaaaaaaa..... nie lagi satu citer....
dah duduk umah baru sebenarnya... alaa... tapi tak laaa total duduk...week end stay... macam homestay.... sebab kena travel hampir seratus batu jugaklaaa nak balik kat umah homestay nie... almaklumlaaa dah masuk negeri lain...
alkisahnya.....waktu balik hari raya korban hari tu terbelilaaa hati lembu sekilo... kononnya nak buat masak gulai , tapi hanya setengah kilo jer yang masak, bukan gulai tapi masak kicap ngan cili hijau... hmm..sedap tau... lembut jer isinya... almaklumlaa.. lembu segar... bukan macam yang dah duduk kat dalam petisejuk entah berapa abad....
waktu nak balik ke tempat pertapaaan dibanda kosmopolitan, belen hati tu dimasukkan dalam freezer, tapi entah kenapa , petisejuk yang baru dibeli beberapa hari tu rupanya tak disetkan kepada frost... jadi tak laaa sejuk...dan beku....hehehe... padan muka kome..... lepas 8 hari baru balik ke homestay tu , itu pun sebab nak anto adek ke politeknik mendaftar untuk semester kedua.... heheh.. itu pun ada "utang" ngan adek tu.. sebab cabar dia soh dapatkan cgpa dekan... aaaa padan muka eseh... kena beli apa yang dijanjikan sebab adek dah tunaikan janjinya ...
kita tinggalkan citer adek dulu, meh dgr bab citer hal petisejuk nie...apa yg disimpan didalamnya... semuanya telah menjadi aromaterapi.. bagai bau2an potpuri dari "indah water"... hehehe.. buat yang tahu apa itu "indah water"... pepahe ajer laaa ya... ate...
mujur tka ikut dia org balik anto adek... kalau idak...memang kena panas tinger laaa... kiri kanan kena letup ngan meriam....
apapun..itulaa... kalau seseorang tu dia pandai akan hal hal kejuruteraan, jangan riak ngan orang yang pandai ofis administration... kerena kedua dua bidang ini berbeda....so... jangan suka kondem .. orang...
|
|
|
| |
| Selamat wahai teman |
| 01.19.06 (1:08 am) [edit] |
|
heheh..... tengah rajin nie dan teringat satu peristiwa baru baru nie....masih segarlaaa kata orang.. belum pudar...
ni citer kelakar dan jugak seram....mana tak seramnya... kalau terkena pasti hancur dan lebur sejumlah wang....
malam aidul adha selepas solat isyak dan bertandarus... konon kononnya.. nak melihat kemeriahan lampu bandaraya berneon gemerlapan... hehe.. bandaraya yang baru diberi nama bandaraya berchahaya....oopss........iakah... rasanya betul tu..tapi entahla... kalau diikutkan.. kat bandar bandar besar lagi meriah cahayanya.. tapi tak apalaa.. biarkan jer laa.. terang terang silampu neon.
kereta berasak asak gak kat jalanraya, tapi biasalaaa lagi lebar jalan lagi sesak kenderaan, yang akhirnya memakan diri. Dek kerana terlalu seronok bercerita, dan nak cepat kekanan , lalu dengan sengajanyalah melintas doubleline yg nyata tak boleh overtake... degil tu toksah dok habaq mailaaaa....hehehe.. bila sampai jer ke muka jalan.. terlihat ada tangan putih melambai lambai suruh ketepi.... aaaaa mau tak bertepok dahi.... boleh terbang rm300 kalau tak kena gaya.. dahlaaa langgar doubleline , tak pakai tali pinggang keledar pulak.... aaaaa........lantak laaa ... kamu..... padan muka aku.
dengan rasa hormat pada yang sedang bertugas, sisuami pun memberhentikan kereta dan mematikan injin sambil menunggu yang sedang bertugas datang bertanya soklan....
tetiba yang sedang bertugas yang bagai besar, teguh dan peramah menghulur tangan memberi salam aidul adha...sambil bertanya kenapa berhenti kereta, lantas sisuami menyambut tangan yang dihulur sambil memohon maaf, aduhhhhhh... drama samarinda sekejap... berderau darah jugak... dia bertanya kenapa berhenti kereta, dan menyuruh kami bergerak dari situ kerana kenderaan bagitu sesak....
alhamdulillah... syukur dalam hati... terselamat dan kena denda....
adeiiiiiiii..... kawan.... lain kali jangan langgar itu double line aaaa.........
hmmm.... mujur dapat pun makan sup terpedo yang termasyur kat kawasan tu......
apa pun... kenangan mengusik jiwa tuh...
|
|
|
| |
| Salam Tahun Baru |
| 01.19.06 (12:49 am) [edit] |
|
hehehe... buat teman sekelian yang singgah disini, yang bersantai disini, yang menjengah disini, yang selalu ada disini, yang sekadar bersisiran disini.... Assalammualaikum wbt, selamat datang dan salam sejahtera...salam tahun baru masehi dan salam aidil adha...
Niat dihati ingin menulis, namun apakan daya, pc asyik kena virus jer....ada ada jer virusnya.. jadi terpaksalah diluapkan hajat sekejap dari nak merapu merepek kat tblog nie.
Apa pun embunpagi ingin mengucapkan salam sayang dan jutaan terimakaseh pada seeorang sahabat yang telah menghias tblog nie dengan bersahaja canteknya. memang itulah sahabat dunia dan akhirat.. dia dekat dihati tapi jauh dimata.
Diharap dengan kedatangan tahun baru ini, agar segala impian dapat ditunaikan dan hasrat ingin memperbaiki diri dimakbulkan Allah. Sesungguhnya dengan usaha dan sabar juka tegur melaksanakannya, InsyaAllah akan diperolehi manafaatnya.
hehhe.. sambil dok menaip nie tgh dok mengunyah kacang putih (edisi utara).. kalau kat kl..dikatakan kacang kuda keras.... hmmm..memang keras...sakit gigi dan gusi dibuatnya tapi thrill mengunyahnya non stop... dah nak abis setengah kilo nie...
sambil tu hati teringat pada kengkawan lama, yang memasing menyepi diri... entah kemana hilang menyendiri, tapi masih sesekali menyapa bertanya kabar....
aduiiiiiiiiiiiii.... kerannya kekacang kuda nie....nak tercabut gigi.
disini dulu... nak merewang kejap..... jumpa lagi.....muaahhhhhhhhh.... embunpagi sayang semua....
salammmmm........
|
|
|
| |
| Jangan Main Tipu |
| 12.14.05 (7:19 pm) [edit] |
Semalam terbaca dalam suratkabar front page lagi mengenai satu kes penipuan wang hantaranbernilai RM8000.00. Aduhai, kenapa mahu menipu, tidakkah terfikir bahawa yang diri itu akan tinggal bersama sama dengan "isteri" dan ahli keluargannya. Mengapa mesti menipu , adakah nilai hantaran yang diminta terlalu tinggi dan tak mampu melunaskannya. Atau sekadar ingin menyempurnakan permintaan "kawin" saperti orang lain. Apapun yang cuba dilakukan, atau apa pun setiap perlakuan mesti ada penghujungnya dimana akan menerima hukuman. Hairan juga ya, mengapa orang sanggup menipu wang hantaran sedangkan dia tahu wang itu untuk keperluan apa!. Tidakkah boleh dibawa berbincang andainya tidak wang mencukupi . Setiap masaalah ada jalan penyelesaiannya.
|
|
|
| |
| Salam Lembaran |
| 11.10.05 (3:41 pm) [edit] |
Dah lama aku tak menulis, bukan kerana malas atau tak ada idea, idea tu bersepah2 tapi rasa tak berminat nak menulis sehinggalah jari ini tergerak ke arah keyboard untuk membuka tblog nie.
Apa pun pada para pengunjung setia, terimakaseh kerana masih setia berkunjung tanpa rasa jemu dan bosan. Yang bosan sekarang nie adalah pemilik tblog nie. hehe
Sebulan berpuasa, rasa seronok, gitu jugak sambut raya, paling seronok kerana tahun nie adalah tahun yang bersejarah., sejarah tersendiri terukir. biarlah sejarah itu berada didalam lipatan kenangan keluarga.
hmmm... along pun dah pandai bercerita, kalau dulu dia hanya berdiam diri jer bila adek adek yang lain berbula tentang hidup di kampus, tentang kenalan , tentang projek projek, tiada respon dari along. Tapi kali ini, along rajin berbual..kerana kebangkitannya membuat adek adeknya tak kering gusi mengusik dan bercerita bila along dah pulang ke tempat kerjanya.
nak terasa hati diatas apa yang terjadi , memang tak patut rasanya ,kerana tiada ada kecacatan didalam kehidupan seharian, tiada kekurangan dalam memiliki apa yang seharusnya dimiliki. Apa yang kurang sebenarnya adalah satu kelebihan bagi orang lain, dan apa yang lebih sebenarnya telah mencukupi untuk hidup selagi daya.
namun bagai dikata, semuanya masih ada kekurangan, masih ada yang perlu diperbaiki , masih banyak yang perlu dipelajari, masih dan masih...itulah yang terjadi sekarang ni,... masih mencari , masih mengharap, masih memiliki apa yang sepatutnya. Belum ada kehilangan setelah beberapa bab kehilangan berlaku dalam keluarga.
Apapun, yang paling penting dalam kehidupan ialah bersyukur dengan apa yang ada, bersyukur dengan kelngkapan kebendaan, bersyukur dengan keselesaan hidup, bersyukur dengan kenikmatan kesihatan yang baik dan mampu kesana kemari tanpa bergantung harap pada insan lain.
Itulah sebaik baiknya , bergantung harap pada PENCIPTAnya, Pencipta yang mencipta sekelian alam yang menjadi HAK mutlaknya... kerana kita hanyalah insan biasa yang tak punya apa apa, sekadar meminjam dari PENCIPTAnya. Berwaspada selalu dalamhidup , InsyaALlah akan rasa selamat dunia dan akhirat..
Salam ceria...dan salam sejahtera... sehingga ketemu lagi....
|
|
|
| |
| Masih Disini |
| 09.22.05 (2:41 pm) [edit] |
Dah lama jugak tak menulis, bukan kerana bosan atau tak ada idea tapi kerana sibuk bercuti dan sibuk melayan kerenah anak anak dan suami.
Dalam sibuk sibuk nak balik ke kampong bercuti, suami dengan tak sengaja terantuk bonet kereta dan hujung penyandangnya "menyerang" tengkorak kepala.. maka terjadilah satu lubang di tengah tengah kepala...berdarah... terpaksa bergegar ke klinik berhampiran.. kenalaaa 3 jahitan.. aduiiiiiiii... rasa nak terkencing bila melihat lukannya dan bagitu jugak jahitannya. Pasrah ngan ujian Ilahi.
Tapi yang paling tak best sekali... luka tu tak boleh kena air, maka seminggu jugaklaa kepalanya tak bersyampo... kesian sungguh.. katanya gatal berdenyut kulit kepala... pening lagi...hanya bersabar jer... yang paling tepat sekali dalam situasi begini.
Kat Penang, sempatlaa juga jumpa abg chaq... makan nasi kandar kat restoran makbul.. aduhh... memalam makan banana bot ngan milk shake....
G shopping baju raya.... alaa... bukan baju raya... baju kuliha buat nurul dan baju kerja buat kakak.... maknya tak payah beli baju.....
Apapun kenangan sepintas lalu... membuat hati tersentak...InsyaAllah akan dicoretkan bila ad masa terluang.
Kat sini dulu ekk.......
|
|
|
| |
| Kurnia Illahi |
| 09.07.05 (5:52 pm) [edit] |
Hari ini, satu keanehan telah terjadi. Manusia ini hidup hanya perlu beberapa panduan...
panduan pertama, melalui pengalaman atau pertunjuk yang cuba disampaikan untuk kebaikan diri.
manakala panduan kedua melalui wahyu atau hidayah yang datang dalam keadaan tanpa sedar.
|
|
|
| |
| Kekadang |
| 09.05.05 (4:47 pm) [edit] |
|
Kekadang tu kita rasa kita dah dapat apa yang kita mahu, semuanya dan segalanya.. hampir tiadak satu pun kurang, namun kita masih rasa ada yang tak cukup. Kenapa jadi bagitu???... kerana kita masih lagi dibelenggu nafsu yang mengajak kita membuat keputusan mengejut. tanpa mengambil sebarang perkiraan...
|
|
|
| |
| Kenduri Kawin |
| 08.28.05 (5:16 pm) [edit] |
Semalam g kenduri kawin kat dewan, yalah kan sekarang nie musim kawin buat kat dewan ngan gun khidmat catering, Kalau dulu kat kampong reramai bergotong royong.. nak buat macam mana ya.. trend orang zaman sekarang.. mudah rengkas dan selesa... tak yah penat penat nak cantekkan umah.
Maka ramailah jiran jiran yang datang awal sedang enka menikmati makanan... nasi beriani...pelbagai lauk.. dah ada trend sekarang nie... mesti ada kueh dan teh tarik... tapi tak apa laa..makan dan minum jugaklaaa , sebab org dah hidangkan.
Dan trend sekarang juga, dah tak ada telor rebus lagi, ditukar ngan potpuri ataupun jeli dan mungkin sapu tangan... sebagai cenderahati. alahaiii rasa sedih gak ya... satu tradisi orang melayu dah mula pupus....
Waktu nak balik, kami bersalaman ngan tuan umah yang bertanya tentang masakannya, sekadar menjawab..sedap.. kerana rezeki telah dinikmati...kenapa mesti komen kan!
Balik umah, cuaca redup....apa lagi..dah pekena nasi beraini... mat apun dah ilang besi berani dia.. dah nak terkatup....hmmmm.. terlelap laaa sekejap...
Petangnya, buat cucur bawang dan teh panas....hehehe....konon konon tak moh kemana...memang pun tak kemana.. memerap jer kat umah.....biasalaaaa tu...hari minggu kan...
|
|
|
| |
| Salam Mesra |
| 08.25.05 (2:11 pm) [edit] |
Pagi ini saperti biasa , jalan ikut jalan jauh sebab nak elakkan kesesakan, dan nak beli beehoon lagi sebenarnya. Kat kantin dah tak lalu nak makan masakannya... heheh.. bukan memilih tapi itulah hakikatnya. Tapi hari ini, abang tu mendayung kuali lama sangat, sampai taklarat nak tunggu...maka terpaksalah beli nasi lemak....hmmm.. nak tahu berapa harganya sebungkus nasi lemak yang dibungkus tu...ada telor rebus sebelah, sedikit sayur, sambal dan sesudu kerang...harganya RM3. Tiga ringgit Malaysia.....wahhhhhhhh...............betapa untungnya berniaga nasi lemak... yang hanya bermodalkan gerai kecik tanpa lesen... Tapi apa nak buat ya.. dah teringin sangat nak makan... belilah jugak.. Tapi yang paling tak best sekali...... ada kumpulan perbandaran itu makan nasi lemak cam makan free...semuanya diisi dalam pinggan..sampai tak nampak nasi.... kalau diikutkan.. mahu harganya RM7 ringgit....uwahhhhhhhhh..sekali sarapan pagi RM7.... hampesshhh....tu belum lagi makan tengahari.
yeh....yeh.... hari ini rasa nak makan kat restoran tu laa... restoran yang menyediakan sup sup yang sedap....hmm... tapi semangkok sup harganya mencecah RM7 ke Rm10 ...belum lagi ngan service charge... tapi tak per laaa.......ada org nak sponsor.... bedal ajalaa kan...
bila dikenang balik...elok ker makan belanja orang nie.. mesti ada sebab kan dia nak belanja.....tak perlaaa...sesekali apa salahnya.. memang allowance tu untuk entertainment.... so gunakanlah dengan betul kan....
Hmmmmmm... bau nasi lemak nie menyucuk hidung sungguh.....alahai............musnah diet seminggu.. namun alhamdulillah masih ada rezeki... masih diberi peluang bernafas... so apa lagi....rasailah segalannya....oopsssss... tapi jgn rasa yang makruh menuju ke haram........bahaya tu..untuk kesihatan dan keimanan....
byee...bye.......
|
|
|
| |
| Hari Ini |
| 08.24.05 (5:03 pm) [edit] |
Hari ini bukan saperti semalam, terasa panas dan terang cahaya di laur sana. Semalam seharian hujan turun... segar pokok pokok...bangunan pencakar langit nampak sedikit bersinar yang pada satu ketika ternampak kusam dan suram dengan jerebu.
Pagi ini aku disapa oelh seseorang...seseorang yang pada aku seorang yang baik dari segala seginya, yang menjadi perhatian , yang menjadi idola pujaan ramai...hehe.. namun awas.. dia bukan lah seorang bintang filem atau bintang ternama...tapi dia adalah sebuitir bintang sahabat diantara banyak banyak bintang sahabat yang ku miliki.
Hari ini aku mula belajar sesuatu, sesuatu yang dinamakan ehsan. Ehsan yang dilahirkan dari rasa kesihan dan belas.... rasa kekurangan rasa kejenkelan rasa kengerian, bila aku dipermainkan....Oh!!... ya kah aku dipermainkan.... hmm.... sekejap ya... nak check apa yang silapnya.
Hari ini, sekejap tadi, aku belajar mengenai sesuatu...ia itu keikhlasan ...keikhlasan dalam berkata kata...keikhlasan dalam menyuarakan satu satu pendapat, keikhlasan dalam mencari kebenaran.
Hari ini , sekejap tadi jugak aku belajar mengenai sesuatu, iaitu kejujuran... kejujuran dalam mempertahankan keikhlasan. Demi sebuah persahabatan.... kenapa mesti menyampingkan keikhlasan dan kejujuran dalam menegakkan sesuatu pendapat.
Sekarang baru aku faham, kenapa manusia sanggup jadi hipokrit hanya kerana tidak mahu merosakkan sesuatu hubungan. Aku rasa ngeri ngan pendapat mereka....memang ngeri....kerana pandangan ku berbeda ngan pandangan mereka...aduhaii.....pening pening....
Haruskah aku yang memecahkan tembok yang angkuh itu, atau haruskah aku yang membina tembok pemisah antara kejujuran dan keikhlasan.....
Masa akan menentukannya.
|
|
|
| |
|


Sebaik baik wanita adalah wanita solehah..
|